07 Oktober 2009

Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal.

HarakahDaily.Net/-



7 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Kadang-kadangkan saya merasakan bahawa segala nemtuk penipuan yang cuba dilakukan oleh mereka ni terlalu bodoh bagi orang yang berakal.

Sudahlah, bertindaklah sebagai orang yang profesional.Sebab semakin mereka melakukan perkara-perkara sebegini semakin menambahkan lagi kebencian rakyat.

Tanpa Nama berkata...

pemeneng pelakon pembantu tamil terbaik jatuh kpda calong calongnya

mamak azeeez
paria azeezz
azeezzz black
azeezz gendut
3m azeez

jawapannya
semua di atas
dalam filem terkena sapuan angin menusuk ke sumsum tulang.
hari berikuut slpas kerna tumbukan padu maut masuk wad.
hari ketiga nazak
hari keempat mampuih kot.

Tanpa Nama berkata...

hahahhahahahahaha adoh adoh... malu betul la ketua umno ni

Tanpa Nama berkata...

Ala biasalah..umno..tak der benda yang betui..makcik ade kat depan tu bersama ribuan saksi yang lain..tak sikit pun bebudak pas menyentuh dia..yang ade cuma memeluk dia..memang makcik tak minat nak ambik gambo dia..buang karan jer..

Tanpa Nama berkata...

lepas PRK Bagan Pinang ni, minta PAS buat aduan ke atas kedua2 mangkuk hayun ni..dakwa ada berniat jahat dan fitnah.. baru diaorang tau..jgn duk nak buat cerita je..

Fir berkata...

Depa ni ingat Pemuda PAS lembik sangat ka? 9 org pukul tapi tak dak kesan langsung. Kalau betul lah Pemuda PAS pukul Mamak Azeez tu, saya rasa Mamak Azeez tu dah masuk ICU.... Fikir-fikirkan lah... Jangan dok menipu la Mamak Oii

Tanpa Nama berkata...

mamak mane boleh percaya langsung....sama dgn mamak zambri MB hRm tu kT PERAK....auta kara ...kalu jumpa ular gan mamak...org kata katok mamak dulu....hehehe......betul lah tu..
mamak mamak.....sama gak dgn bekas ketua depa chedet....byk merapu....kalu cakap 50 ayat...cuma 1 jer yg betui.