31 Mac 2010

Terkini 10.54 am : Sidang Media

Satu sidang media akan diadakan sebentar lagi, semua ADUN PR masih berada di dalam dewan. Dan secara baik mengadakan perbincangan dengan ADUN BN.

Kelihatan Tajol Rosli berkata sesuatu kepada Dato Ngeh sambil diperhatikan ole ADUN yang lain.


Terkini 10.46 am : Bacaan Doa

10.42 am : Bacaan doa oleh Mufti Perak, DYMM Pemangku Raja Perak selesai merasmikan Dewan Perak.

10.45 am : Bacaan doa selesai, Ganesan tangguhkan dewan dan umum dewan ditangguh ke hari Rabu(esok) jam 10 pagi.

10.46 am : DYMM Raja Nazrin meninggalkan dewan.

10.48 am : Setelah Raja Nazrin meninggalkan dewan semua polis berbaju biru meluru masuk mengambil tempat tadi,benar mereka hanya berlakon.


Terkini 10.28 am : Polis yang berkawal didepan Ganesan meninggalkan tempatnya

Macam berlakon, bila Pemangku Raja Perak masuk ke dalam dewan tadi, lalu semua polis itu meninggalkan tempat mereka berdiri.

Sebelum itu ADUN Pengkalan Hulu sempat mempertahankan mereka yang tidak dikenali yang berbaju biru itu adalah untuk menjaga keselamatan Pemangku Raja Perak.

Namun ternyata Tajol Rosli berbohong apabila Pemangku Sultan masuk lalu mereka meninggalkan bahagian depan pentas utama.

Mungkin mereka menjaga kerusi Ganesan takut dirampas oleh kami???


Terkini 10.14am : Semua ADUN hadir

Semua ADUN PR dan BN berjumlah 59 orang berada dalam dewan mengikuti Majlis Perasmian oleh Pemangku Raja Perak.


Terkini 10.13 am : Titah Ucapan Perasmian.

DYMM Pemangku mulai masuk ke dewan dan memulakan titah ucapan perasmian sidang hari ini.


Terkini 10.11 am : Sivakumar menuju ke kerusi Speaker, Ganesan patah balik takut kerusi kena ambil

Apabila Sivakumar cuba menuju ke kerusi Speaker, Ganesan terus berpatah balik ke kerusinya takut diambil oleh Sivakumar sebentar tadi.


Terkini 10.09 am : ADUN PR terus protes supaya polis keluar

ADUN PR terus protes supaya polis keluar, sidang terhenti..Raja Muda belum masuk ke dalam dewan.


Terkini 10.06 am : Permohonan PR ditolak, sidang diteruskan

Selepas bacaan doa oleh SU Dewan Ganesan tetap meneruskan dewan dengan tidak mengindahkan permohonan dari Pakatan Rakyat.


Terkini 10.03 am : ADUN PR protes polis ramai dalam dewan, supaya keluar

ADUN PR diketuai oleh DS. Nizar protes dewan yang dipenuhi oleh ratusan polis dan menjamin dewan akan berjalan lancar walaupun dewan tiada polis, namun ditolak oleh BN.


Terkini 9.57 am : Kami akhirnya dibenar masuk setelah dihalang sekitar 15 minit.

14 Rabiulakhir 1431H

Akhirnya kami dibenarkan masuk setelah berlaku perdebatan dipintu masuk E sebentar tadi.


Terkini 9.55 am: Kami dihalang untuk masuk

14 Rabiulakhir 1431H

Polis tidak ada kerja diluar dan banyak berkumpul di luar dewan. Dalam bangunan dewan untuk menghalang kami masuk melalui pintu masuk yang kami pilih iaitu pintu E.


Terkini 9.40 am : Acara Pemeriksaan Perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak

14 Rabiulakhir 1431H

Perbarisan tamat. Acara perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak. Raja Nazrin Shah.


Sekitar Sidang DUN Perak











albanjari/-

Terkini 9.36 am : DYMM Raja Muda Perak tiba di bangunan dewan.

14 Rabiulakhir 1431H

DYMM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak selamat sampai di bahagian hadapan dewan negeri tempat perbarisan akan diadakan sebentar lagi.

Semua tetamu termasuk dari Pakatan Rakyat berdiri untuk penghormatan bersama dengan lagu NegaraKu yang berkumandang.



Terkini 9.16 am : Speaker haram ambil tempat hormat perbarisan

14 Rabiulakhir 1431H

Kelihatan speaker haram bersama setiausaha Kerajaan Negeri menerima tabik hormat dari pasukan perbarisan yang bertugas.