Keativiti manusia yang pelbagai boleh menghasilkan gubahan yang juga pelbagai bentuk. Gubahan yang menarik di bawah dikirim oleh "Tok Busu" melalui emailnya pagi ini.....
01 April 2011
Creative Foody Funny Pictures
27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Keativiti manusia yang pelbagai boleh menghasilkan gubahan yang juga pelbagai bentuk. Gubahan yang menarik di bawah dikirim oleh "Tok Busu" melalui emailnya pagi ini.....
Keativiti manusia yang pelbagai boleh menghasilkan gubahan yang juga pelbagai bentuk. Gubahan yang menarik di bawah dikirim oleh "Tok Busu" melalui emailnya pagi ini.....
Setiap masalah ada jalan keluarnya !
27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Setiap masalah yang kita hadapi pada setiap hari pasti selalu ada jalan keluarnya. Kalau kita selalu berfikir secara positif setiap kali menghadapi pelbagai masalah tentunya semuanya akan menghasilkan kesan positif pada diri kita sendiri.
Bersama ini saya terbitkan koleksi gambar yang dikirim oleh "Mat Rock" untuk menjadi bahan renungan bagi kita yang berfikiran positif...

































Setiap masalah yang kita hadapi pada setiap hari pasti selalu ada jalan keluarnya. Kalau kita selalu berfikir secara positif setiap kali menghadapi pelbagai masalah tentunya semuanya akan menghasilkan kesan positif pada diri kita sendiri.
Bersama ini saya terbitkan koleksi gambar yang dikirim oleh "Mat Rock" untuk menjadi bahan renungan bagi kita yang berfikiran positif...

































Pandangan Mahathir yang cetek dan celaru mengenai Islam !

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com
Gambar ini saya capture dari Majalah al Islam, bulan Mac 2011... (kalau tak silap) Apa pandangan anda tentang apa yang diutarakan oleh Mahathir di sini.. Semoga kita berhati-hati dengan serangan pemikiran Sekularisme.
Komen Cina Islam :
Saya terpanggil untuk menyiarkan email ringkas dari sdr Ibnuirfadzil mengenai kenyataan Mahathir yang saya anggap jelas menggambarkan kecelaruian pemikiran can ceteknya ilmu Mahathir mengenai ajaran Islam itu sendiri.
Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan ucapan dan pemikiran mahathir termasuklah saya, ucapan diatas adalah pelengkap dan penambahan koleksi Mahathir yang sering mengeluarkan pandangan yang menghina Islam.
Sesunggunya Rasulullah diutuskan untuk melengkapkan ajaran Islam termasuklah satu sunnah yang diajar oleh baginda dalam soal politik dan pemerintahan seperti semasa baginda di Madinah. Ajaran inilah yang membayangi Jamaah Islam diseluruh dunia dan di malaysia adalah PAS bagimelaksanakan cita-cita islam tersebut.
Setelah Wafatnya baginda Rasulullah maka Ulamaklah menjadi ikutan dan panduan umat Islam sehingga askhir zaman seperti Sabda Rasulullah " Ulama adalah pewaris kepada para nabi".
Suka saya memetik satu tulisan dari Majalah Hidayatullah seperti dibawah:-
Majalah Hidayatullah, Desember 2007. Akhir-akhir ini banyak umat Islam yang sudah berani melecehkan para ulama dan tidak menghormati mereka lagi, ini adalah salah satu tanda akhir zaman…padahal dalam Islam, para ulama mendapatkan kedudukan yang sangat terhormat sekali. Diantaranya adalah apa yang disebutkan Allah swt dalam salah satu firman-Nya :
” Wahai orang-orang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rosul-Nya dan ulil amri di antara kamu ” (QS An Nisa’ : 59 )
Dalam ayat tersebut, Allah swt memerintahkan orang-orang yang beriman untuk mentaati Allah , Rosul-Nya dan ulil amri. Hanya saja ketaatan kepada Allah dan Rosul-Nya adalah ketaatan mutlak, sedangkan ketaaatan kepada ulil amri tergantung kepada ketaatan mereka kepada Allah dan Rosul-Nya. Adapun maksud dari ulil amri dalam ayat tersebut menurut Ibnu Abbas ra, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Thobari dalam tafsirnya adalah para pakar fiqh dan para ulama yang komitmen dengan ajaran Islam. Sedangkan Ibnu Katsir berpendapat bahwa ulil amri di atas mencakup para ulama dan umara ( pemimpin ).
Ini sesuai dengan apa yang kita dapati dalam perjalanan sejarah Islam pertama, bahwa Rosulullah saw adalah sosok ulama dan umara sekaligus. Begitu juga para khulafa’ rasyidin sesudahnya : Abu Bakar, Umar, Ustman dan Ali, begitu juga beberapa khalifah dari bani Umayah dan bani Abbas. Namun dalam perkembangan sejarah Islam selanjutnya, sangat jarang kita dapatkan seorang pemimpin negara yang benar-benar paham terhadap Islam. Dari sini, mulailah terpisah antara ulama dan umara. Dalam posisi seperti ini, manakah yang harus kita taati terlebih dahulu, ulama atau umara ? Kalau kita perhatikan ayat di atas secara seksama, akan kita dapati bahwa ketaatan kepada ulil amri tergantung kepada ketaatan mereka kepada Allah dan Rosul-Nya.
Sedang orang yang paling mengetahui tentang perintah Allah dan Rosul-Nya adalah para ulama, dengan demikian ketaatan kepada para ulama didahulukan daripada ketaatan kepada umara, karena umara sendiri wajib mentaati ulama yang komitmen dengan ajaran Islam. Dalam hal ini Ibnu Qayyim dalam bukunya ” I’lam Al Muwaqi’in ” ( 1/9 ) menyatakan : ” Pendapat yang benar adalah bahwa para umara’ hanya boleh ditaati jika mereka memerintahkan kepada sesuatu yang berdasarkan ilmu, hal itu bisa terwujud jika para umara’ tersebut mengikuti para ulama, karena ketaatan itu hanya diwajibkan pada hal-hal yang baik –baik saja dan berdasarkan ilmu. Oleh karenanya, kita mentaati ulama, karena mereka mentaati Rosulullah saw, begitu juga kita mentaati umara’ karena mereka mentaati para ulama . ”
Semuga kita terus dilindungi oleh Allah SWT dari pemikiran yang karut dan sesat.
31 Mac 2011
Hilang tempat berteduh selamanya...

26 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO - Sementara jutaan penduduk Tokyo dan negara lain bimbangkan kesan radiasi di dalam air minuman, makanan dan di udara, ribuan penduduk yang tinggal berhampiran loji nuklear Jepun mempunyai kebimbangan lain.
Kebocoran di loji Fukushima Daiichi itu memaksa mereka meninggalkan kediaman masing-masing, mungkin untuk beberapa tahun, dan mungkin juga untuk selama-lamanya.
Lebih 70,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer dari loji itu telah dipindahkan dan 130,000 lagi yang menetap dalam lingkungan 30 kilometer dinasihatkan supaya sentiasa berada di dalam rumah.
Mereka juga bakal diarah keluar dari rumah masing-masing jika krisis nuklear yang semakin meruncing tidak dapat dikawal dengan baik.
Namun tiada mana-mana pihak, termasuk kerajaan Jepun yang menyentuh isu itu secara terbuka walaupun tanah dan makanan di kawasan itu disahkan tercemar dengan bahan radioaktif.
"Tiada siapa yang berani bercakap mengenai perkara ini secara terbuka, tetapi saya pasti semua orang sedar dan khuatir mereka tidak dapat pulang ke rumah selama beberapa tahun," kata Yoichi Azuma, guru besar sekolah Koriyama yang menjadi pusat perpindahan penduduk Fukushima.
Walaupun beberapa pakar yakin krisis nuklear di Jepun itu tidak seburuk yang dijangka, namun kebocoran bahan radioaktif tetap mengancam nyawa penduduk.
Salah satu bahan radioaktif yang dibebaskan oleh loji Fukushima, sesium-134 adalah paling membimbangkan kerana mampu mencemarkan tanah selama lebih 200 tahun, meningkatkan kemungkinan penduduk yang dipindahkan tidak dapat kembali semula ke rumah mereka.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano turut menyentuh isu itu, Khamis lalu, bahawa kerajaan sedar keperluan sosial penduduk di kawasan loji perlu dipenuhi dalam jangka masa panjang.
"Tetapi kerajaan perlu berhati-hati jika mahu mengarahkan zon perpindahan diperluas supaya tidak mencetuskan panik," katanya.
Sehingga kini, krisis nuklear di Jepun masih belum berakhir malah dilaporkan semakin buruk dan kebanyakan penduduk berlindung di sekolah, pejabat dan bangunan lain, jauh dari pencemaran itu.
"Penduduk berharap dapat pulang ke rumah tetapi mereka khuatir dengan keselamatan diri akibat krisis nuklear ini," menurut pengurusan sekolah Azuma, di mana 150 penduduk yang dipindahkan sedang menumpang berteduh.
Sinar Harian/-
Pakatan lebih baik dari BN selesai masalah rakyat

26 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini terbukti lebih berkemampuan dalam mengurus tadbir negeri dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat berbanding BN, dengan kejayaannya melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.
Kejayaan perlaksanaan projek Taman Selayang Mutiara atau Bukit Botak, jelas membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lebih berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat, apabila ia gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan, kejayaan perlaksanaan projek itu juga jelas menunjukkan cara penyelesaian untuk masalah peneroka bandar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari cara Kerajaan BN.
Menurut beliau, projek tersebut melibatkan pembinaan 1,422 unit rumah berkembar dengan keluasan setiap unit adalah 850 kaki persegi dan dikhaskan untuk bekas peneroka bandar Kampung Bukit Botak.
Katanya, lebih menyerlahkan lagi keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terhadap masalah rakyat, apabila setiap unit rumah itu hanya dijual dengan harga RM99,000 walhal harganya di pasaran terbuka adalah sekurang-kurangnya RM170,000 seunit.
"Projek tersebut sedang berjalan lancar sekarang dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Berdasarkan kemajuan di tapak, menurut beliau, projek yang dilaksanakan PKNS itu berupaya disiapkan sepenuhnya menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012 ini.
Beliau yang juga Adun Cempaka menjelaskan, projek tersebut dibahagikan kepada 6 fasa agar ia dapat dilaksanakan serentak dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.
"Jadi, sebarang masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah biasa yang dihadapi oleh sebarang projek pembinaan dan akan dapat diatasi," jelasnya.
Untuk memastikan segalanya berjalan mengikut yang dirancangkan, beliau sendiri telah melakukan lawatan tapak terhadap projek itu 25 Mac lalu dan cukup berpuas hati dengan perkembangannya.
Turut bersama beliau dalam lawatan itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin A'ala, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) PKNS, Ir Abdul Ghani Hashim dan Penyelaras Dun Taman Templer, Haji Mohammad Abdul Rahman.
Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda
Pimpinan Umno Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan

26 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 31 MAC : Sikap membelakangkan peranan dan teguran dari mufti dan pemimpin agama jelas menunjukkan wajah sebenar Umno dalam meneruskan kelangsungan politik mereka yang kian dilupakan rakyat, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty.
Menurut Muhammad, walaupun teguran dan peringatan telah diberikan dari kalangan ahli agama kepada parti pemerintah namun sikap tidak ambil pusing yang dipamerkan membuktikan, pimpinan Umno-BN hanya mendokong agama apabila ia selari dengan agenda mereka.
"Mereka hanya memperalatkan mufti, mereka tidak menghormati mufti pada hakikatnya, apabila kepentingan mereka memihak kepada politik, mufti tidak digunakan, apabila kepentingan dari segi agama, (barulah) mufti diutamakan," katanya.
Muhammad berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan pendedahan rakaman video seks yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaibkan Ketua Pembangkang itu kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
Pendedahan mengenainya dibuat oleh tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" pada 21 Mac lalu.
Mereka terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Shuib dalam perkembangan terbaru mengakui bahawa beliau bertanggungjawab dalam pendedahan video seks fitnah ke atas Anwar.
Selain Harussani, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga menggesa umat Islam menyiasat dahulu akan kesahihan klip video 21 minit itu sebelum membuat tuduhan membuta tuli dan menjatuhkan maruah individu lain.
"Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.
"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti,"kata Dr Juanda yang dipetik dari portal Malaysiakini.
Mengulas kenyataan mufti yang tidak mendapat respon balas dari pimpinan Umno-BN, Muhammad berkata, ia perbuatan normal bagi mereka yang hanya mengejar kekayaan dunia, pangkat dan darjat sehingga sanggup melakukan apa jua untuk menjatuhkan seteru mereka.
"Mereka tahu Anwar tidak melakukan perkara itu, tetapi oleh kerana mereka rakus dengan politik untuk menjatuhkan karier poltik Anwar di bumi Malaysia, memang Umno tidak kisah dosa pahala demi kepentingan kegelojohan, ketamakan dan kerakusan politik, mereka sangup buat apa sahaja," katanya.
Muhammad turut menyatakan kekesalannya terhadap media di negara ini yang dilihat semakin terhakis ketelusannya apabila hanya memberi liputan yang memihak kepada parti pemerintah.
"Media itu tidak lagi menjunjung kebenaran, media bukan lagi alat untuk memperkatakan lagi kebenaran, sebaliknya ahanya menjadi alat kepada warga politik Umno yang rakus, inilah hakikatnya di negara kita sekarang, ianya amat mendukacitakan,"tambahnya lagi.
Tv Selangor/-
Penduduk bantah projek loji radioaktif di Gebeng

26 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) dekat Kuantan yang bernilai hampir RM700 juta, menerima bantahan daripada segelintir penduduk yang khuatir projek berkenaan mengancam kesihatan mereka.
Wakil kumpulan itu, Vincent Jiam berkata, kerajaan perlu memandang serius projek itu kerana kebanyakan negara menolak untuk membina loji pemprosesan logam radioaktif kerana khuatir berlakunya pencemaran sisa bahan berkenaan.
“Kami mewakili rakyat yang inginkan keadilan dan perhatian kerajaan kerana tidak mahu sejarah Bukit Merah di Perak berulang.
“Tindakan ini bukan mewakili parti politik. Kami harap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima memorandum ini dan putuskan supaya projek itu dihentikan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata, jika syarikat terbabit masih meneruskan projek berkenaan walaupun sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji itu, penduduk tetap bimbang risikonya.
“Semua ahli politik cuba tanggalkan jawatan sebentar dengan meletakkan diri sebagai ibu bapa dan mengenang masa depan generasi muda jika projek ini masih diteruskan.
“Saya berjumpa dengan beberapa pegawai kerajaan sebentar tadi (semalam) dan mereka persoalkan saya mengapa menentang projek sebesar ini. Kami hanya berharap mereka dapat membantu supaya menghentikan syarikat itu,” katanya.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pihaknya akan menghantar memorandum tersebut kepada Perdana Menteri.
“Saya terharu perjuangan saya sejak 2008 akhirnya didengari oleh penduduk dan berharap ia dapat dihentikan segera,” katanya.
Kira-kira jam 9.20 pagi semalam, sekumpulan 100 penyokong berhimpun di luar bangunan Parlimen mengadakan protes menentang projek berkenaan.
Sinar Harian/-
Projek MRT : Uji Kerjasama Pusat Dan Kerajaan Selangor

26 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 31 MAC: Cadangan projek Aliran Transit Massa (MRT) yang melibatkan laluan Kajang - Sungai Buloh sepanjang 60 kilometer akan menjadi ujian getir kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ini berikutan katanya, projek menaiktaraf pengangkutan awam yang akan menelan kos sebanyak RM40 bilion itu meliputi sebahagian besar kawasan Selangor selain cadangan laluan melibatkan kawasan penempatan penduduk.
Justeru Khalid bertegas akan mengambil sikap proaktif berbincang dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan kepentingan rakyat di negeri Selangor tidak diabaikan.
"Kerajaan negeri bukan lihat sebab komersial tapi usaha kerajaan untuk selesaikan masalah kesesakan jalan raya. Ini adalah satu ujian antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri agar dapat berbincang secara profesional bagaimana untuk mencapai satu perbincangan untuk kebaikan rakyat. Kita perlu proaktif," jawab beliau dalam Sidang DUN Selangor pagi tadi.
Menjawab soalan yang dikemukakan ADUN Bangi, Khalid menjelaskan taklimat proses pemetaan lokasi stesen MRT telah diwartakan untuk perbincangan.
Justeru katanya, penglibatan secara langsung kerajaan negeri dalam usaha mencari penyelesaian aliran laluan MRT penting bagi mengelakkan sebarang ketidakadilan kepada rakyat tempatan.
Terdahulu, 30 pemilik kedai di Kajang membantah cadangan laluan MRT yang turut melibatkan premis mereka.
"Yang penting kuasa yang ada pada tangan kerajaan negeri adalah proses pengambilan tanah. Jika kerajaan negeri mendapati pengambilan untuk aliran tidak adil
kepada rakyat dalam pembangunan, kita berhak untuk tidak meluluskan.
"Saya akan mengambil sikap proaktif tapi tidak akan membelakangi rakyat negeri selangor. Kita telah mengumumkan bercadang untuk menempatkan exco dalam perbincangan supaya hampir dengan rakyat dan mengetahui keadaan sebenar. Pampasan yang adil perlu diberikan," jelas Khalid lagi.
Namun menurut Khalid setakat ini tiada sebarang pembangunan diluluskan di kawasan aliran yang terlibat.
Katanya lagi, kerajaan negeri melalui pejabat-pejabat tanah daerah telah mengeluarkan notis awal kepada penduduk yang terlibat bagi mengelakkan sebarang spekulasi harga tanah.
Justeru jelas beliau lagi, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diberikan boleh mengemukakan perkara tersebut di mahkamah.
Khalid kemudian menjelaskan kerajaan negeri masih merasa sangsi dengan pendekatan kerajaan Persekutuan berhubung kos pembinaan MRT, justeru beliau menyarankan agar badan penilaian bebas diwujudkan bagi menilai kos sebenar sejajar dengan konsep nilai berpatutan.
"Tidak semestinya Gamuda akan mendapat kontrak tersebut. Kontrak tersebut perlu ditender. Pasukan penilaian bebas akan menilai sebenar kos tersebut. Kita masih sangsi dengan kerajaan persekutuan dan saya rasa ini adalah satu cara memastikan kos terlibat memberi konsep nilai berpatutan," jelasnya lagi.
Tv Selangor/-
Kos dua kapal selam RM50 juta setahun

26 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Katanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.
Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam, beliau berkata, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, dianugerahkan dan dilaksanakan syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.
Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
“Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.
“Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai,” katanya
Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Februari tahun lepas.
Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Jan tahun lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar.
Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang seringkali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.
“Masalah teknikal yang dihadapi adalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia,” katanya. - Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)