13 Oktober 2021

Anak pasang kunci basikal pada leher ibu, gagal dibuka kerana terlupa nombor kod

 

JIANGSU: Seorang wanita terpaksa pergi ke balai polis bagi meminta bantuan untuk membuka kunci basikal pada lehernya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 Oktober lalu, anak lelaki wanita tersebut yang berusia empat tahun didakwa memasang kunci itu pada leher ibunya.

PRN Melaka: SPR mesyuarat Isnin ini

 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan,  satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 akan diadakan Isnin ini.

PM Norway Erna Solberg letak jawatan

 

Erna Solberg menjadi Perdana Menteri selama lapan tahun. (Gambar AFP)

COPENHAGEN: Perdana Menteri Norway Erna Solberg menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Raja Norway, Raja Harald V dalam satu pertemuan di Istana Kerajaan pada Selasa.

7,950 kes baharu Covid-19

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 7,950 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Polis rampas kereta kerajaan negeri digunakan Norhizam

 ABDUL Majid pada sidang media mengenai Toyota Camry yang tidak dipulangkan oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka. FOTO Syafeeq Ahmad

ABDUL Majid pada sidang media mengenai Toyota Camry yang tidak dipulangkan oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka. FOTO Syafeeq Ahmad

Melaka: Polis merampas sebuah kenderaan rasmi kerajaan negeri yang sebelum ini didakwa enggan dipulangkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan (Adun) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam itu dirampas pasukan polis di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak, jam 11.20 pagi semalam.

Mahkamah tangguh keputusan SIS Forum cabar Enakmen Agama Islam Selangor

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan keputusan berhubung tindakan undang-undang oleh Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah negeri untuk mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

UMMAH SOKONG PENUH PM DAN KABINET SELESAIKAN KES ADIB DENGAN ADIL

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dan Kabinet diatas penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes kematian arwah Adib semasa bertugas dirusuhan agama kaum India di Kuil Sri Mahamariamman.

Islam: Cahaya yang tidak mampu dipadamkan

 

FIRMAN Allah SWT:

﴿يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ٨ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ٩﴾

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut (perancangan dan tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya. (8); Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama (dan ajaran yang lain) meskipun orang Musyrik membenci (terhadap Islam). (9).” (Surah al-Saff: 8-9)

90.6% populasi dewasa lengkap divaksin

 

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Negara kini mencatat 90.6% populasi dewasa atau 21,220,121 individu lengkap menerima dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

COVID-19: Russia uji vaksin semburan hidung terhadap sukarelawan

 Russia dijadual akan menguji vaksin COVID-19 jenis semburan hidung, Sputnik V ke atas sukarelawan dewasa di negara itu. - Foto AP

Russia dijadual akan menguji vaksin COVID-19 jenis semburan hidung, Sputnik V ke atas sukarelawan dewasa di negara itu. - Foto AP

MOSCOW: Russia dijadual akan menguji vaksin COVID-19 jenis semburan hidung dalam kalangan kumpulan sukarelawan dewasa, ketika negara itu berdepan jumlah kematian dan jangkitan yang semakin meningkat.

Sewaktu pandemik COVID-19 melanda tahun lalu, negara itu dengan segera membangunkan vaksin Sputnik V, namun langkah itu berjalan perlahan sehingga mengakibatkan ramai penduduk tidak mempercayai pihak berkuasa serta bimbang dengan produk perubatan baru itu.

Ronaldo terus buru rekod

 Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika saingan kelayakan berdepan Luxembourg di Estadio Algarve dekat Loule, Portugal. - AFP

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika saingan kelayakan berdepan Luxembourg di Estadio Algarve dekat Loule, Portugal. - AFP

LONDON: Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo 'berjanji saya akan sentiasa mencari lebih banyak gol' selepas menambah rekod jaringan antarabangsanya.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol antarabangsa ke-115 awal pagi tadi.

`Kita belum menang' - Dr Noor Hisham

 Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kelonggaran merentas negeri yang dikuatkuasakan kerajaan sejak Isnin lalu

menjadi titik tolak terhadap perjuangan menerusi landskap 'medan perang' baharu dalam menghadapi COVID-19.

Jualan tiket bas ekpres ke Selatan suram

 Pengusaha bas ekpres SC Southern, Mohd Faizal Ramasamy, 34, menyembur cecair pembasmi kuman sebelum menerima penumpang dan memulakan perjalanan di depoh bas di Larkin, Johor Bahru. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Pengusaha bas ekpres SC Southern, Mohd Faizal Ramasamy, 34, menyembur cecair pembasmi kuman sebelum menerima penumpang dan memulakan perjalanan di depoh bas di Larkin, Johor Bahru. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: Sambutan terhadap pembelian tiket bas ekpres di negeri ini masih lembap walaupun kebenaran rentas negeri dibenarkan sejak Isnin lalu.

Sabah baru capai 70.3 peratus vaksinasi

 Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. - Fail NSTP

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. - Fail NSTP

KOTA KINABALU: Sabah baru mencapai 70.3 peratus daripada jumlah penduduk dewasa yang lengkap mendapatkan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata peratusan itu mewakili 1,939,517 penduduk berumur 18 tahun ke atas.

PIALA THOMAS: Malaysia ke suku akhir

 Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia cemerlang menewaskan Brian Yang 21-18, 21-13 pada saingan Piala Thomas. NSTP/EZAIRI SHAMSUDIN

Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia cemerlang menewaskan Brian Yang 21-18, 21-13 pada saingan Piala Thomas. NSTP/EZAIRI SHAMSUDIN

AARHUS, Denmark: Skuad muda negara melangkah ke suku akhir Piala Thomas selepas membelasah Kanada 5-0 di Arena Ceres di sini, sebentar tadi.

Membuka kempen dalam Kumpulan D, Malaysia menampilkan aksi pemanas badan dengan penuh bergaya sebelum berdepan dengan Jepun pada Khamis ekoran penarikan diri pasukan England.