21 Februari 2011

Masturah dijumpai

18 Rabiulawal 1432H.

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Calon Pro-M Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar yang dikatakan hilang ditemui selepas berapa siri kempen pilihan raya kampus di universiti itu.

Harakahdaily difahamkan, pada pukul 10.40 malam tadi pihak Pro-M menerima maklumat Masturah dijumpai di Bangi.

Berapa anggota Pro-M bergegas ke Bangi dan beliau dijemput oleh ahli keluarga dan dibawa balik ke rumahnya di Sungai Buluh.

Mereka terus bergegas ke rumahnya dan mengesahkan perkara tersebut (gambar).

Masturah dilaporkan hilang oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di pangsapuri Pantai Permai, kira-kira jam 4.15 petang kelmarin.

Berikutan kehilangan itu, Nurhanis membuat laporan polis di balai polis Pantai, jan 12.20 malam semalam, selepas enam jam kehilangannya.

Menurut laporan Nurhanis, Masturah bersama beberapa orang wakil calonnya menziarahi rakannya di pangsapuri berkenaan jam 3.15 petang kelmarin untuk meminta rakan-rakannya di luar kampus turun mengundi semalam.

Sepanjang tempoh ziarah tersebut, mangsa dan beberapa orang rakannya menyedari mereka telah diekori oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali dari jarak yang jauh.

Hanis menceritakan bahawa Masturah turun untuk membeli kredit telefon bimbitnya di kedai berhampiran blok D dan mangsa menyuruhnya menunggu di blok E.

"Setelah kira-kira 10 minit menunggu, saya mendapati Masturah tidak juga kelihatan dan telefon bimbitnya gagal dihubungi," ceritanya.

Manakala satu lagi laporan polis dibuat oleh seorang lagi wakil calon, Rohayu Rosli berhubung panggilan telefon berbau ugutan yang diterimanya jam 11.15 pagi semalam.

Individu yang membuat pangilan berkenaan mengugut Rohayu supaya tidak melaporkan kes tersebut kepada polis sekiranya mahu mangsa selamat.

Harakahdaily/-

Fakta tentang telekomunikasi

18 Rabiulawal 1432H.

1. Lebih 80 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia adalah pengguna telekomunikasi yang menyumbangkan kiran-kira RM22 billion kepada perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang direkodkan pada tahun 2007.

2. Pada tahun 2005, kadar penggunaan telefon talian tetap di negara ini dicatatkan berjumlah 4.4 juta pengguna dengan kadar penembusan sebanyak 16.6 peratus. Daripada jumlah itu, sejumlah 74.9 peratus ialah pengguna di kawasan bandar, manakala di luar banda pula mencatatkan kira-kira 25 peratus yang mengunakan perkhidmatan tersebut.

3. Jumlah pengguna telefon talian tetap meningkat dengan kadar perlahan sehinggalah tahun 2008 iaitu dengan sejumlah 75.8 peratus pengguna telefon talian tetap di bandar, manakala sebanyak 24.2 peratus sahaja pengguna perkhidmatan itu di kawasan luar bandar.

Peningkatan yang kurang memberangsangkan ini adalah disebabkan oleh banyak pengguna beralih kepada talian telefon selular yang menawarkan harga perkhidmatan yang lebih kompetitif hasil daripada langkah liberalisasi pasaran yang dilaksanakan oleh kerajaan.

4. Langganan telefon selular pada tahun 2005 adalah sebanyak 19.5 juta pengguna, dan dijangka meningkat kepada 24.4 juta pengguna menjelang tahun 2010.

5. Pengguna Internet di Malaysia mencatatkan sebanyak 3.7 juta pengguna (Rancangan Malaysia Ke-8) dan dijangka akan bertambah sebanyak 10 juta pengguna lagi menjelang tahun 2010 dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-9.

Jangkaan peningkatan ini adalah kerana faktor kemampuan dan perubahan gaya hidup masyarakat Malaysia yang kini mula mementingkan aspek telekomunikasi.

6. Syarikat telekomunikasi di Malaysia yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Komunikasi, Air, Tenaga dan Komunikasi (KTAK) yang menyediakan perkhidmatan telefon ialah TM, Celcom, Maxis Communications dan DiGi.

Sementera itu, penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang berlesen adalah Mimos Berhad, TMnet dan Maxisnet.

7. Kerajaan memandang industri telekomunikasi harus diperhebatkan lagi. Selain daripada perkhidmatan yang sedia ada, komunikasi menggunakan satelit juga adalah salah satu kaedah yang harus dipelopori.

Berikut merupakan senarai satelit yang telah dilancarkan oleh Malaysia:

a. Satelit terulung negara, Geo-Stationary Malaysia East Asia Satellite (MEASAT1) dilancarkan di orbit bumi pada Januari 1996.

b. Pada November tahun yang sama, MEASAT2 pula dilancarkan, sekali gus membuka lembaran lebih luas kepada industri telekomunikasi Malaysia.

c. Pada tahun 2000 pula, Sebuah satelit Low Earth Orbit (LEO), yang diberi nama TiungSat dilancarkan.

d. Pada April tahun ini, Malaysia melakar sejarah dengan melancarkan satelit keempat negara iaitu RazakSAT yang juga merupakan satelit LEO yang dilancarkan di Kwajalein ISland, berhampiran dengan Guam dalam wilayah Amerika Syarikat.

RazakSAT yang berharga RM127 juta itu merupakan satu daripada kelas LEO yang membawa muatan elektro-optikal dan kamera jenis Medium Aperture (MAC) yang boleh mengesan objek sekecil 2.5 meter untuk tujuan pemetaan perbandaran, alam sekitar, dan bioteknologi meliputi seluruh kawasan muka bumi di Malaysia.

8. Statistk daripada SKMM mencatatkan penggunaan Internet jalur lebar di Malaysia kini meningkat. Teknologi ini yang mencatatkan sejumlah 500,000 pengguna di Malaysia sudah tampil menjadi bentuk komunikasi yang wajib dimiliki oleh rakyat selepas telefon selular.

Dijangkakan sebanyak 3.7 juta rakyat Malaysia akan menggunakan Internet jalur lebar menjelang tahun 2010.

9. TM dipilih sebagai syarikat yang bertanggungjawab untuk membangunkan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB). HSBB dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai sasaran 50 peratus penggunaan jalur lebar menjelang tahun 2010.

TM dipilih kerana syarikat itu membekalkan 85 peratus perkhidmatan jalur lebar dalam negara dan memiliki infrastruktur yang akan menyokong perlaksanaan HSBB.

TM melabur lebih RM4 billion daripada RM8.9 billion dalam projek bernilai RM11.3 billion dan kerajaan dijangka menyumbangkan sebanyak RM2.4 billion dalam pembangunan teknologi berkenaan.

10. Menurut data yang dikeluarkan oleh Asia Pacific Mobile, Informa Telecoms dan Media melalui penyelidikannya pada suku tahun pertama tahun 2007, menyenaraikan Maxis Communications di tangga yang ke-27 dengan jumlah pengguna berjumlah 8 juta orang.

Sementara TM yang memiliki Celcom berhad, mencatatkan sebanyak 6 juta pengguna pula berada pada tangga ke-34, manakala DiGi pula berada di tempat ke-37 dengan jumlah pengguna yang sama.

11. Di peringkat Asia pula, sejumlah 46 juta orang adalah pengguna telefon talian tetap dan hampir 9 juta orang pengguna telefon selular.

12. Di rantau Asia juga mencatatkan jumlah pengguna telefon selular mencecah hampir 2 billion orang pada tahun 2004 dan dijangka mencecah hampir 3 billion pengguna pada tahun 2009.

Daripada jumlah itu, kira-kira 47 peratus pengguna dari rantau Asia Pasifik, manakala Eropah Barat sejumlah 20 peratus dan hampir 9 peratus pengguna dari rantau Amerika Utara.

Dominasi pengguna terbanyak di rantau Asia Pasifik menjangkakan perolehan keuntungan mencecah sehingga AS$13 billion dalam sektor itu sepanjang tahun 2006 hingga 2010.

Oleh : nina mazrina.

PAS Kedah yakin catat majoriti 2/3

18 Rabiulawal 1432H.
Mohd Shubihi Muhamad Zain.

ALOR SETAR, 21 Feb: PAS Kedah berkeyakinan parti itu mampu mencatatkan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kekal memerintah dengan majoriti 2/3.

Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercakap pada media selepas merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, kelmarin.

"Sasaran kita pada PRU 13 nanti adalah untuk tambah kerusi DUN, sekurang-kurangnya kita dapat tambah hingga memperoleh majoriti 2/3 untuk terus kekal mentadbir Kedah.

"Kita telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang mampu memberi kemenangan pada PAS apabila diadakan PRU 13 melalui maklum balas positif dari cawangan-cawangan di seluruh negeri.

"Jentera-jentera parti kita di semua peringkat juga sentiasa berusaha bagi memantapkan kekuatan dan menarik sokongan pengundi kepada PAS dari pelbagai aspek," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan kerusi-kerusi terbabit kerana menurutnya ia adalah strategi parti yang tidak perlu didedahkan kepada musuh.

Menurut Azizan yang juga Menteri Besar Kedah, keyakinan beliau itu adalah bersandarkan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu dengan lancar tanpa sebarang isu yang mampu menggoyahkan kepercayaan rakyat terhadap kecekapan dan ketelusan pentadbirannya.

"Keyakinan saya amat tinggi sebab tidak timbul isu dalam negeri yang membolehkan rakyat menolak PR dan kita juga telus dalam pentadbiran, ekonomi semakin stabil, tiada gejala rasuah dan perancangan pembangunan sedang berjalan.

"Rakyat mampu menilai apa yang kita lakukan dan kita yakin rakyat juga akan memilih kita pada pilihan raya akan datang," katanya.

Harakahdaily/-

P’raya tidak telus, sampai bila rakyat boleh sabar

18 Rabiulawal 1432H.
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 21 Feb: Walaupun berlaku ketidaktelusan dalam perjalanan piihan raya di Malaysia, namun hingga kini dilihat rakyat masih boleh bersabar.

Bagaimana pun, sekiranya rakyat merasa kecewa dengan sistem yang ada dan gagal melakukan perubahan melalui cara demokrasi, pilihan rakyat mungkin sama dengan apa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika bercakap kepada media selepas bertemu dengan para pelajar Kelantan dan keluarga mereka, yang baru pulang dari Mesir.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata, peristiwa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia itu satu peringatan besar kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Jadi ini satu peringatan yang besar terutama kepada kepimpinan BN di Malaysia.

“Di Malaysia, ketidaktelusan berlaku dalam perjalanan pilihan raya, tetapi sekarang ini boleh jadi rakyat boleh sabar lagi, namun kita tidak tahu pada masa akan datang.

“Kalau rakyat merasa kecewa dengan sistem yang ada dan tidak boleh membuat perubahan melalui cara demokrasi, mungkin akan rakyat pilih sama dengan di Mesir dan Tunisia itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada media pada Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam.

Majlis dihadiri lebih 3,000 orang termasuk pelajar Kelantan Mesir dan keluarga itu anjuran Gerakan Membantu Pelajar Mesir (GETIR) Alumni Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) dengan kerjasama pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Mengulas amanah kepimpinan, Mohd Amar berkata pemimpin sepatutnya berkhidmat kepada rakyat di dalam konteks agama, mesti melaksanakan tuntutan agama dalam kepimpinan dan dalam kerjaan.

Ini kerana apabila amanah tidak dilakukan khususnya dalam menjalankan kebajikan rakyat, sekiranya jalan yang biasa tidak ada untuk menukar kerajaan itu maka berlakulah peristiwa luar biasa di mana rakyat turun ke jalan raya dan sebagainya.

Keadaan itu berlaku, katanya kerana rakyat sudah hilang kepercayaan dengan sistem “pilihan raya”.

“Di Mesir ada juga pilihan raya, tetapi pilihan raya itu sendiri terlalu banyak tipu helah dan tipu daya sehingga dalam Pilihan Raya Presiden, Hosni Mubarak mendapat 98 peratus undi, bersekali dengan undi pos. Suatu benda tidak masuk akal.

“Di Mesir itu penipuan dah melampau sehingga akhirnya rakyat tidak ada pilihan lain, hendak buat pertukaran cara biasa tidak boleh, akhirnya rakyat turun ke jalan raya,” dakwanya.

Mengulas cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika Pakatan Rakyat berhasrat memerintah negara, pakatan itu hendaklah memperlihatkan ‘bayangan kabinet’ kepada rakyat, Mohd Amar berkata keupayaan Pakatan Rakyat (PR) sekarang apabila memerintah empat negeri, Pakatan menunjukkan kemampuan sebuah kerajaan.

“Negeri-negeri diperintah PR terutama di Selangor dan Pulau Pinang, dipuji sebagi sebuah Kerajaan yang telus, sebuah kerajaan yang bersih, sebuah kerajaan yang berjaya menyusun ekonomi.

“Dan Kedah sudah pun berjaya meningkatkan hasilnya di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan.

“Di Kelantan pemerintahan sehingga 21 tahun, kita telah menunjukkan perubahan yang menjadi ikutan kepada orang lain.

“Oleh itu tidak perlu kepada ‘kabinet bayangan’, sebab apa yang sudah ada cukup. Kita telah menunjukkan satu perubahan, ini belum sampai satu penggal lagi.

“Jadi kempinan Najib cuba hendak menafikan perkara yang sudah nyata, tidak timbul persoalan kita perlu ada ‘kabinet bayangan’ atau tidak, tetapi bukti itu sudah ada di depan mata,” katanya.

Najib semasa berucap di majlis sempena Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau baru-baru ini mendakwa di Malaysia cuma ada cabinet kerajaan saja dan pembangkang tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka.

Harakahdaily/-

Pemuda PAS serah memo pada kedutaan Libya esok

18 Rabiulawal 1432H.

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat melalui lajnah antarabangsa akan menyerah memorandum membantah kekejaman yang telah mengorbankan rakyat tanpa senjata ke kedutaan Libya pada Rabu 23 Februari, jam 11.00 pagi.

Ketuanya, Nasrudin Hasan At-Tantawi berkata, kebangkitan rakyat yang meletus di negara-negara Arab mutakhir ini yang telah pun menumbangkan rejim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.

Tambahnya, suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya.

“Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai time bomb setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Malangnya, kata beliau kerajaan Bahrain dan Libya menggunakan kekerasan dalam menangani kebangkitan rakyat dengan menggunakan pihak keselamatan untuk menembak rakyat dan orang ramai yang menyertai rally kebangkitan rakyat tersebut.

“Sehingga kini saya difahamkan telah ratusan orang ramai yang terdiri dari masyarakat awam yang tidak bersenjata menyertai himpunan kebangkitan itu ditembak mati,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya cara kerajaan Bahrain dan Libya menangani kebangkitan rakyat tanpa senjata dengan kekejaman yang menumpahkan darah dan nyawa rakyat mereka sendiri.

Sebaliknya, tegas beliau rejim yang telah berkuasa dan memerintah sewajarnya mendengar suara rakyat mereka dan bertindak sewajar tanpa pertumpahan darah sekalipun mereka terpaksa berkorban meninggalkan takhta.

Harakahdaily/-

Slogan 1Malaysia yang dilaung oleh kerajaan Najib hanya omong kosong

18 Rabiulawal 1432H.
Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 21 Feb : Agenda menyelamat rakyat dari hidup melarat terus menjadi agenda utama kerajaan persekutuan sehingga ia menjadi suatu identiti yang seakan hidup di dada-dada akhbar begitu di radio dan juga televisyen yang bernaung dibawah kerajaan persekutuan.

Namun persoalan demi persoalan yang terbit dari suara golongan yang diperintah sering tidak dijawab oleh kerajaan, itulah isu yang sedang menjadi topik utama Pakatan Rakyat pada setiap saat.

“Slogan BN bahawa rasuah adalah kemusnahan dan kesengsaraan yang menjadi petunjuk bahawa kerajaan beria benar membanteras rasuah, persoalannya indeks prestasi rasuah negara tidak mencerminkan kerajaan seseri dalam hal tersebut itu,” kata YB Khalil Idham Lim, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.

Khalil yang merupakan Ketua Penerangan Pas Perak menjelaskan Indeks Malaysia dalam isu rasuah telah meletakkan negara kita berada di tangga ke-56, sama taraf dengan negara-negara afrika, persoalannya adakah kita setaraf negara Afrika dari segi sumber kekayaan hasil bumi dan aliran keluar masuk wang negara, jawapannya sudah tentu tidak.

“Mula-mula di era Mahathir negara Malaysia pada tangga ke-20 hingga ke-25, kemudia pada zaman Pak Lah naik ke tangga 47 indeks rasuahnya, dan terkini di zaman Najib Razak kita berada pada tangga yang ke-56 dunia, makin mundurkah pemikiran pemimpin negara?” soalnya.

Dalam pada itu Khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan sejak kebelakangan ini iklan kesan dan akibat rasuah sering ditayang pada media televisyen dan radio sambil menyifakan iklan tersebut amat kreatif dan mampu menyentuh hati audien.

“Tetapi jika pemimpin tidak serius dalam hal membanterasnya, bagaimana usaha itu akan berhasil, sia-sia malah membazir masa dan wang rakyat,” soalnya.

“Kemenangan Umno di kedua-dua PRK Merlimau dan Kerdau adalah matlamat utama BN, helah menipu rakyat semain rancak di televisyen dan akhbar pro kerajaan sekarang ini,” ujarnya.

Beliau menambah berdasarkan rentetan indeks rasuah negara yang telah dinyatakan tadi, jelas bahawa Malaysia menuju ke arah kehancuran disegenap institusi dalam negara, rakyat perlu sedar dan bertindak terhadap perkara ini.

“PRK mahupun PRU13 adalah medan terbaik, BN tiada kuasa apabila seluruh rakyat menuju satu suara untuk mengubah kerajaan sedia ada,” jelasnya lagi.

“beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir adalah jalan terbaik setakat ini, bahkan di lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi cemerlang dan meletakkan negeri tadbiran BN jauh ketinggalan dalam banyak aspek serta isu,” katanya.

Slogan 1Malaysia yang dilaung oleh kerajaan Najib hanya omong kosong tambahan pula Perdana Menteri sendiri tidak pasti 1Malaysia dapat difahami oleh rakyat atau tidak berdasarkan reaksi beliau yang masih ragu-ragu apakah sebenarnya kefahaman dan maksud gagasan 1Malaysia di minda masyarakat negara ini.

“Masa dan wang ringgit telah banyak terbuang angkara umno bN, mereka tidak boleh lagi diberi peluang untuk memerintah 5 tahun akan datang,” jelasnya.

“Rakyat harus fikir untuk ubah sesuatu yang besar, dasar pemikiran yang maju adalah menerima pembaharuan, bukan menutup ruang untuk suatu yang baru,” tegasnya.

“Ayuh seluruh rakyat!, lakukan perubahan bermula dengan diri anda ke arah Malaysia yang lebih selamat,” ujarnya ketika menutup sesi temu bual.

Masturah hanya sedar ketika berada di masjid

18 Rabiulawal 1432H.

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Cara kehilangan calon Umum Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar yang ditemui malam tadi masih menjadi misteri apabila beliau tidak dapat mengingati apa yang berlaku sebelum beliau hilang.

Masturah, 22, sebaliknya hanya berada dalam keadaan sedar ketika berada di sebuah masjid di Bangi malam tadi.

Masturah terus meminjam telefon bimbit seorang jemaah masjid dan menghubungi ibunya.

Setelah mendapat penggilan berkenaan, ibu dan bapanya terus bergegas ke masjid berkenaan untuk menjemput Masturah.

Menurut wakil calon, Rohayu Rosli yang turut menziarahi Masturah di rumahnya (gambar Masturah dua dari kanan) setelah dibawa pulang, Masturah kelihatan lemah dan tidak mampu bercakap banyak.

Beliau juga tidak dapat mengingati bagaimana beliau boleh berada di masjid tersebut dan apa yang berlaku selepas beliau membeli kredit tambahan telefon bimbitnya di sebuah kedai di Pangsapuri Pantai Permai, tempat beliau hilang.

"Keadaan dia memang lemah, nampak letih. Kami sampai rumah dia, tengok mak dia tengah suapkan makan.

"Masturah dapat mengingati kami dan saya tanya dia ingat tak apa yang berlaku. Dia kata tak ingat. Yang dia ingat dia beli top up, lepas tu bila terjaga dia dah ada di masjid," ceritanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Rohayu, ibu bapa Masturah berada di pangsapuri Pantai Permai untuk menemui seorang uztaz, bagi meminta pertolongannya mencari Masturah sewaktu menerima panggilan Masturah.

Sebelum itu, ibu bapa Masturah bersama-sama Pro-M mengadakan solat hajat di dataran hadapan Dewan Tunku Canselor.

Rohayu berkata, keadaan Masturah sewaktu ditemui sama seperti sebelum beliau hilang iaitu berbaju kurang batik, tudung merah jambu dan kot labuh.

Masturah hadir ke UM tengah hari ini

Sementara itu, menurut Rohayu, Masturah akan pergi ke kampus UM bersama-sama ibu bapanya untuk bersama-sama menyaksikan proses pembungan undi hari ini.

"Tengah hari ini Masturah akan datang ke kampus tapi bersama ibu bapanya sebab mak dia memang sangat risau keselamatan dia sekarang ni, takut apa-apa berlaku lagi," katanya.

Tambahan pula ujarnya, hari ini merupakan hari kemuncak kepada pilihan raya kampus.

Hazayani Zakaria

Untung Maybank RM2.97 bilion, catat peningkatan

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Malayan Banking Bhd. (Maybank) mencatatkan peningkatan 16 peratus keuntungan sebelum cukai kepada RM2.97 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir pada Disember 2010 berbanding RM2.56 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti turut meningkat kepada RM2.15 bilion bagi tempoh sama berbanding RM1.88 bilion.

Beberapa fakta dan maklumat berkenaan blog

18 Rabiulawal 1432H.

Internet sememangnya satu 'dunia' yang mengasyikkan. Seseorang yang berada dalam dunia Internet pasti tidak akan merasa bosan untuk terus melayari Internet dengan meniti dari satu blog ke blog yang lain untuk mengumpulkan maklumat atau menambahkan kenalan maya. Tidak kurang juga yang menggunakan Internet sebagai medium untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.

Saya tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Jyh Wee Sew yang bertajuk "Mengimbangi Cita Rasa Manusia dalam Budaya Internet" yang disiarkan dalam Dewan Budaya Oktober 2008. Rencana ini mengetengahkan beberapa fakta statistik serta maklumat tentang natijah penggunaaan Internet yang berlebihan.

Sama ada kita sedari atau tidak, usia Internet diperkenalkan kepada dunia baharu sahaja 15 tahun. Walau pun masih muda, Internet sudah mampu untuk mengubah tamadun manusia. Pada masa kini, kebanyakan transaksi dan maklumat dilakukan melalui Internet. Para pekerja akan merasa gusar sekiranya tidak melayari Internet di tempat kerja. Internet dijadikan sebagai saluran perhubungan sama ada di antara sahabat handai mahu pun dengan pelanggan dan rakan perniagaan.

Saya senaraikan di bawah ini beberapa fakta menarik daripada rencana ini untuk tatapan dan pengetahuan kita semua:

1. Terdapat sejumlah 112.8 juta blog di dunia, sejumlah 175,000 blog baharu telah direkodkan pada setiap hari, 1.6 juta blog dikemaskinikan setiap hari termasuk 18 blog yang dibaikpulihkan pada setiap saat.

2. Blog yang saya dan anda semua gunakan kini adalah versi "Web 2.0" yang juga dikenali sebagai jurnal Internet adalah menggantikan laman "Web 1.0" yang kini lebih dikenali sebagai laman sesawang.

3. Jurnal Internet remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskinikan. "Netizen" adalah gelaran yang diberikan kepada golongan remaja atau warga siber yang kerap membaca blog, menyimpan, menulis dan memberikan komen di jurnal Internet menerusi Web 2.0. Konsep "netizen" ini diperkenalkan oleh Michael dan Rhonda Hauban kira-kira 12 tahun yang lalu untuk menerangkan konsep warga siber.

4. Golongan dewasa juga tidak kurang minatnya dengan blog ini. Golongan ini membentuk kumpulan warga siber untuk berkongsi fikiran dan meluahkan rasa hati mereka. Isu politik adalah antara tema yang biasa digunakan oleh golongan ini.

5. Pemantauan menunjukkan bahawa ramai yang memilih untuk menggunakan blog sebagai pengantara bagi mencatat jurnal kerana seseorang itu tidak perlu melalui proses penyuntingan dan kelulusan editor untuk menghasilkan penulisan yang kadangkala memakan masa berbulan-bulan sebelum disiarkan. Dengan blog Web 2.0 ini, segala maklumat terkini boleh disalurkan dengan pantas dan sekiranya lewat, sesuatu berita itu akan dikatakan sudah basi.

6. Namun demikian, Internet juga mempunyai keburukannya.

Menurut laporan BBC, seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah meninggal dunia selepas bermain permainan komputer yang diberi nama "Starcraft" selama 50 jam di kafe Internet. Pemuda ini dikatakan hanya tidur dan makan sedikit sepanjang sesi permainan komputer ini.

7. Jurnal Internet seorang pelajar lelaki pula mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai kawan kecuali permainan komputer. Remaja ini sanggup bergaduh dengan ibunya apabila dilarang bermain komputer. Beliau menyalahkan ibunya kerana menghalangnya bermain di luar rumah dan akhirnya beliau ketagihan permainan computer sehingga tidak berminat untuk membuat kerja sekolah.

Dia sanggup membayar rakan sekelas beliau untuk menyiapkan kerja sekolah agar dia terus dapat bermain permainan computer. Pelajar ini bukanlah seorang pelajar yang bebal kerana apabila rakannya tidak dapat menjawab soalan matematik, dia menunjukkan kaedah penyelesaian soalan matematik dalam sekelip mata. Ini membuktikan bahawa budaya teknologi telah menghakis nafsu untuk melakukan aktiviti harian sehingga menyebabkan sesetengah remaja mencari kepuasan di Internet.

8. Dalam kes yang lain pula, seorang remaja lelaki dikatakan hidup hanya dengan makanan segera di dalam bilik tidur kerana tidak mahu meninggalkan skrin komputer. Selama beberapa hari beliau tidak mandi dan tidak mengendahkan deringan telefon bimbit. Remaja ini ketagihan dengan permainan komputer yang dimainkan secara berkumpulan. Oleh kerana pungutan mata secara berkumpulan amat dipentingkan, beliau membuat urusniaga membeli status pemain yang menjanjikan kuasa siber.

Jurnal Internet beliau mendedahkan bahawa beliau membayar sejumlah RM200 semata-mata untuk mendapat status baharu dalam permainan komputer. Urusniaga ini dilakukan secara sulit dan pada waktu malam. Pemain yang menjual statusnya tadi akan memberikan kata laluan baharu kepada remaja ini bagi membolehkannya menukarkan kod permainan sekaligus menjadikan beliau sebagai ketua permainan komputer yang disegani di Internet.

Secara ringkasnya, Internet pada abad ke-21 ini sedikit sebanyak mempengaruhi budaya pergaulan sesama manusia. Kalau dahulu kita hanya bersemuka atau berhubungan melalui telefon tetapi kini kita sudah ada Internet yang menjanjikan kita pelbagai kaedah untuk lebih kenal-mengenali antara satu sama lain.

Apa yang pasti, kita harus bijak untuk menggunakannya pada jalan yang betul dan elakkan diri kita daripada terjebak dengan sindrom "ketagihan Internet".p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal { margin: 0cm 0cm 10pt; line-height: 115%; font-size: 11pt; font-family: "Calibri","sans-serif"; }.MsoChpDefault { }.MsoPapDefault { margin-bottom: 10pt; line-height: 115%; }div.Section1 { page: Section1; }

NOTA:

Keseluruhan fakta dan hampir 90 peratus teks dalam catatan ini telah dipetik daripada rencana "Mengimbangi Cita Rasa Manusia dalam Budaya Internet" oleh Jyh Wee Sew dalam Dewan Budaya Oktober 2008. Sebarang penerbitan semula mana-mana bahagian dalam catatan ini hendaklah memberikan kredit kepada penulis rencana iaitu Jyh Wee Sew.

http://www.lindaamri.com

NUTP bantah cadangan swasta sekolah kerajaan

18 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.”

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. - Bernama

2,000 anggota polis dikerahkan di DUN Kerdau

18 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BENTONG: Seramai 2,000 pegawai dan anggota polis dikerahkan bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Temerloh.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani, berkata persediaan itu turut dikhususkan pada hari penamaan calon pada 26 Februari dan proses pembuangan undi yang dijadualkan berlangsung 6 Mac ini.

12 perkara punca kerosakan otak

18 Rabiulawal 1432H.

1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.

3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.

12. Mengabaikan Meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!

Oleh : nina mazrina.

Tiada bukti Beng Hock melompat keluar

18 Rabiulawal 1432H.

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Penyiasat forensik polis, Mazli Jusoh Che Kob berkata, tiada bukti yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock melompat dari sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau, tiada sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Mazli berkata demikian ketika memberikan keterangan di depan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Jun 2009 selepas disiasat semalaman sebagai saksi.

Ekoran itu, satu inkues dioadakan namun hasilnya tidak dapat ditentukan bagaimana cara beliau mati. Ekoran itu, satu sauruhanjaya dibentuk bagi menyiasatnya.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar ikut tingkap, mereka akan memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.

Prosiding hari ini diberitahu oleh Cif Inspektor Mazli Jusoh bahawa beliau tidak menemui apa-apa bukti yang dapat menunjukkan Teoh ada memegang bingkai tingkap ataupun duduk pada ruang tingkap plaza berkenaan sebelum ditemui mati di tingkat sembilan.

“Anda tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah bertindak keluar dari tingkap?” soal peguam Majlis Peguam Christopher Leong pada inkuiri hari ini.

“Tidak, tidak ada apa-apa (kesan),” jawab Mazli.

Harakahdaily/-

Fakta telekomunikasi

18 Rabiulawal 1432H.

1. Telegraf mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1874 oleh penjajah Inggeris di Perak.

2. Hampir 100 tahun setelah telegraf diperkenalkan, SEACOM diperkenalkan yang menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sarawak melalui Laut Cina Selatan.

3. Pada tahun 1985, ATUR telefon tanpa wayar yang pertama diperkenalkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM).

4. JTM Kemudian di korporatkan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan kemudiannya ditukar nama kepada Telekom Malaysia Berhad (TM).

5. Empat tahun kemudian, perkhidmatan telefon selular pertama yang menggunakan perkhidmatan GSM diperkenalkan dan dikendalikan oleh Syarikat Celcom Malaysia Sdn. Bhd.

6. Tahun 1995 juga mencatatkan sejarah apabila malaysia melancarkan satelit pertama negara iaitu Malaysia East Asia Satellite (MEASAT) yang dilancarkan bagi membolehkan negara menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit.

7. Telekom Malaysia Berhad memperkenalkan telefon talian tetap tanpa wayar yang dikenali sebagai CDMA.

8. Pada masa yang sama Celcom memperkenalkan perkhidmatan panggilan video yang menggunakan teknologi 3G.

9. Terkini, perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berasaskan teknologi Wimax diperkenalkan oleh Syarikat Packet One Sdn. Bhd. (P1) pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi spektrum 802.16e.

10. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), sejumlah hampir 21 juta rakyat negara ini menjadi pengguna telefon selular sehingga tahun 2007.

11. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), sejumlah RM600 juta bakal dibelanjakan untuk membangunkan perkhidmatan telekomunikasi moden. Syarikat pengendali telekomunikasi pula bakal membelanjakan sehingga RM1.3 billion khusus untuk perbelanjaan modal syarikat masing-masing.

12. Jumlah pengguna rangkaian komunikasi di Bangladesh meningkat daripada 3.8 juta orang pada tahun 2004 kepada 29.5 juta orang pada tahun lalu dengan liputan rangkaian meluas sehingga 97 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhannya.

13. Sektor telekomunikasi di Bangladesh menyumbang sebanyak 6.7 peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu peningkatan lebih 250 peratus berbanding dengan KDNK pada tahun 2004 yang hanya 2.1 peratus.

14. Badan penyelidik yang berpangkalan di Norway iaitu Telenor ASA juga mencatatkan angka-angka pertumbuhan yang menarik dalam perkembangan sektor telekomunikasi di Malaysia.

Industri telekomunikasi di Malaysia pada pertengahan tahun 1990 menyaksikan peningkatan kadar pengguna melebihi 50 peratus setiap tahun sebelum bergerak perlahan ketika krisis kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1997/98.

Pada tahun lalu, pengguna telekomunikasi di negara ini mencecah sehingga 21 juta orang iaitu 80 peratus daripada keseluruhan penduduk. Jumlah ini sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ketiga pengguna telekomunikasi paling banyak selepas Singapura dan Korea Selatan.

15. Pada tahun lalu, sektor komunikasi menyumbangkan sejumlah RM21.3 billion kepada ekonomi negara iaitu kira-kira 3.7 peratus daripada keseluruhan KDNK berbanding dengan pencapaian hanya 15.3 billion (3.1 peratus KDNK) pada tahun 2005.

16. Jumlah pelanggan 3G di Asia Pasifik dijangka akan mencecah 564 juta orang menjelang tahun 2013 berbanding dengan 121 juta orang pada tahun 2007.

17. Pada tahun lalu, kira-kira sejumlah 158.4 juta orang pelanggan 3G di Asia Pasifik.

18. Nokia Siemens Network (Nokia Siemens) peneraju pengatur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi mudah alih pula (HSPA) menjangkakan bilangan pengguna perkhidmatan itu di Asia akan meningkat sekali ganda kepada 53.5 juta pengguna daripada 26.5 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.

19. Menurut laporan SKMM lagi, tahap penembusan jalur lebar pada suku tahun 2007 ialah sekitar 3.7 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.

Jumlah ini amat rendah dan hampir sama dengan negara lain seperti Turki (3.8), Mexico (3.5), berbanding dengan jumlah di Switzerland, Korea Selatan dan Norway yang mempunyai purata 26 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.

20. SKMM juga melaporkan bahawa sejumlah 84,600 orang pengguna jalur lebar pada tahun 2006 berbanding dengan 49,500 orang pada tahun 2005. Angka ini tidak signifikan jika dibandingkan dengan 27 juta orang penduduk Malaysia keseluruhannya.

Oleh : nina mazrina.

Tahukah Anda?

18 Rabiulawal 1432H.

# KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua.

# KUCING adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.

# Sebatang PENSEL mampu menghasilkan garis lurus sehingga 56km. Jika 2 bilion pensel ia mampu mengelilingi dunia sebanyak 9 kali.

# Raja RAMA RAMA mempunyai deria rasa sebanyak 12,000 kali ganda dari manusia.

# Anda dikehendaki melalui 1792 anak tangga untuk sampai kepuncak menara EIFFEL.

# JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.

# Gunung berapi terbesar di alam semesta adalah OLYMPUS MONS yang terletak di planet Marikh.

# Ikan HARUAN mampu mengesan 27000 jenis bau skali gus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.

# Nisbah SEMUT dengan manusia adalah 1,000,000:1

# Tanduk BADAK SUMBU bukanlah dari tulang, tetapi ia hanyalah dari bulu yg terkumpul dan padat.

# BATU KARANG terbesar dikeluarkan dari badan manusia adalah seberat 1.36kg .

# Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

# Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

# Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

# Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

# Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

# Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

# Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

# Bahwa simbol mata uang dollar $ tidak diketahui berasal dari mana, namun kemungkingan berasal dari huruf U dan S (U.S)?

# Bahawa sebelum wang kertas digunakan, Amerika menggunakan kulit rusa (buckskins)? Hingga sekarang orang mengenall istilah bucks.

# World Wide Web diperkenalkan pada tahun 1989, Beatles dibentuk pada tahun 1959, Nestle memperkenalkan produk kopi instan pada tahun 1938.

# Semasa di havard university, edward kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish kerana menipu.
# Pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.
# Pemutar skru jenis philips telah dicipta di oregon.

# Bendera kebangsaan italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.

# Cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.

# Tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.

# Tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.

# Terdapat lebih 4 juta kereta di brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah minyak yang dihasilkan dari tebu.

# Gajah menghabiskan masa selama 23 jam untuk makan.

# Anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.

# Istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.

# Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh pelombong emas.

# Tahukah anda bahawa mulut kita menghasilkan 1 liter air liur setiap hari...

# Jantung manusia dapat menyemburkan darah sejauh 30 kaki

# Dalam waktu 24 jam, tubuh manusia rata-rata melakukan aktifiti:

Jantung berdenyut sebanyak 103,689 kali
Darah mengalir 1,680,000 mil.
Kuku tumbuh sepanjang 0.00007 inci
Rambut tumbuh sepanjang 0.01715 inci
Menghabiskan 2.9 pounds air
Menghabiskan 3.25 pounds makanan
Menghisap 438 kaki kubik udara
Menghasilkan 1.43 pints keringat
Berbicara sebanyak 4,800 kata
Bergerak saat tidur sebanyak 25.4 kali.

# Tahukah anda kita tidak akan berasa GELI bila kita mengeletek diri kita sendiri.... hehehe

Oleh : nina mazrina.