“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah ia meng-hormati jirannya” (Muttafaq ’alaih).
Perhatikan letak otak manusia yang sengaja diletakkan di bahagian atas tubuh dan dilindungi tengkorak kepala. Ini adalah suatu petanda agar manusia mahu terlebih dahulu menggunakan otak untuk berfikir sebelum berbuat sesuatu. Sebab, berbuat tanpa berfikir terlebih dahulu boleh menimbulkan kecelakaan bagi manusia.
Perhatikanlah beberapa kemalangan di jalanraya, dalam minggu lepas di negara kita, banyak korban nyawa dan kerugian hartabenda akibat kejadian yang dimulai oleh perbuatan tanpa menggunakan akal yang waras tersebut. Belum lagi perasaan dari orang-orang yang menyaksikan kejadian ngeri itu atau perasaan sedih dari para saudara yang terkorban.
Besar kemungkinan, semua itu kerana sebahagian kita enggan mengutamakan fikiran atau terlalu meletakkan emosi semasa memandu di jalanraya. Seakan-akan semua ruang jalan hanya diperuntukkan untuk kita sendiri, sehingga bebas saja memandu kenderaan dengan kelajuan yang melampau . Padahal menggunakan jalan penting sekali menggunakan pola hidup berjiran, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah. Iaitu, saling menghormati dan saling memberi antara satu sama lain.
Sayangnya sebahagian kita enggan berfikir. Akibatnya, kecelakaan bukan hanya menimpanya, tetapi juga menimpa orang lain nya di jalan raya.
1 ulasan:
Catat Ulasan