Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.
Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.
"Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai, lapor Bernama.
Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat Februari lalu dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Fairus sebagai timbalan ketua menteri I dan ADUN Penanti.
Menurut kenyataan itu, siasatan SPRM mendapati tugas dan tanggungjawab di bawah portfolio Fairus tidak ada kaitan secara langsung dengan perusahaan kuari di Pulau Pinang.
"Beliau hanya diberi tugas mengendalikan siasatan kes pemberian tanah di Lot 954 dan 955, Mukim 20, Seberang Perai Tengah kepada seseorang, dan siasatan mendapati beliau ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, menurut SPRM, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Fairus.
"Siasatan mendapati Fairus telah pergi menghadiri kursus antarabangsa di London pada pertengahan tahun 2008 bersama-sama dengan TimbalanKetua Menteri II Pulau Pinang (P Ramasamy) yang mana Ramasamy dibiayai sepenuhnya oleh pihak penganjur dan kerajaan negeri," kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu juga, SPRM mengingatkan kerajaan negeri, kementerian dan jabatan agar mematuhi peraturan dan tatacara permintaan serta penerimaan sumbangan daripada pihak luar.
SPRM akan menghantar pegawainya ke Pulau Pinang untuk menjalankan kajian bagi meningkatkan ketelusan dan akuantabiliti melalui prosedur dan tatacara penerimaan sumbangan atau derma dari pihak luar.
"Hasil kajian ini akan dicadangkan untuk diterimapakai oleh lain-lain negeri dan kementerian," menurut kenyataan itu.

6 ulasan:
kadang2 aku tengok PKR ni yang dok buat pening dalam PR ni.mintak DSAI tengok2 la orang2 dia ni...
Drs,Dlm kes ini adakah YB Fairus tergesa gesa melepaskan jawatan sebelum menunggu keputusan siasatan SPRM ataupun berlaku pengeseran dalaman dlm PKR?Bagi pandangan saya beliau agak baru dlm sepak terjang politik.Byk mata menanti belaiu turun kerana ramai yg kepingin kedudukan yg dinikmati nya.Seorang yg boleh dicanai dan digilap potensi nya.Berdasar statement beberapa hari lalu ada nada kecewa dgn PKR.Mungkin dgn izin DSAI YB Fairus boleh di ajak bersama dgn PAS.InyaALlah satu aset utk perjuangan Islam masadepan.IsyaALlah. Nona Ratana Chulaborn.
Kewujudan Angkatan Muda PKR memang baik, tetapi kalau nak buat komplen atau teguran kepada kerajaan atau wakil rakyat perlu dibuat secara berhemah dan ikut prosedur islam. Jumpa 4 mata, cari bukti kuat dan nasihat. Kalau masih berdegil boleh buat tindakan undang-undang. Kalau niat hendak menjatuhkan orang lain dengan cara yang yang tidak sihat, Allah akan balas kepada pihak berkenaan dan juga parti. Berhati-hati dengan tindakan kita.
Mudah saja....SPRM lengah2kan keputusan supaya YB Fairuz letak jawatan, baru dilaporkan dia tak bersalah... Saja nak menyusahkan atas arahan BN.... Polis, SPR, SPRM, ssssaaaammmaaaaa jeee...
perletakan jawatan oleh fairus sebagai TKM1 dan ADUN Penanti boleh juga ditafsirkan sebagai memenuhi kehendak ketelusan dan intergriti peribadi dan parti.PKR atau komponen PR boleh menjelaskan kpd orang2 BN bahawa setiap ADUN atau AP PR bersedia melepaskan jawatan jika ada pertuduhan serius membabitkan salahlaku moral,rasuah dan sebagainya.Tidak seperti ADUN/AP BN walaupun pelbagai tuduhan dibuat beserta bukti tetapi masih bergayut dengan jawatan dan enggan melepaskannya.Inilah bezanya dan Perbezaan ini mesti dicanang dan dijelaskan kepada rakyat bahawa PR sebuah parti yg benar2 perihatin dan bertanggungjawab dgn amanah.
Syabas Sdr Fairus.. sanggup letak jawatan demi membersih jemaah dari dianggap kotor.. Tahniah kerana tiada bukti siasatan SPRM terhadap tuduhan terhadap sdr.
Diharap sdr tabah menghadapi karenah kawan dan lawan. Ingat saudara sahabat yang mudah melatah jangan sekali-kali mudah mendedah sesuatu yang belum diketahui hanya hasil dari omong-omongan. Ingat yang musnah adalah sahabat sendiri. Saya tak ingat nama sahabat dalam PKR yang trut sibuk menuduh sdr Fairuz itu dan ini. Selepas ini diharap sahabat yang membuat kenyataan-kenyataan buruk itu kena minta maaf terbuka terhadap sdr Fairuz. Ingat bukan senang SPRM nak gugur satu-satu kes yang melibatkan pembangkang.
Kepada Sdr Fairuz jumpalah tuan-tuan Guru untuk memperkasakan keimanan dan jati diri supaya tidak mudah patah semangat. Tuan Guru Nik Aziz juga pernah disiasat SPRM tapi ingat yang membuat baik tetap dilindungi Allah..!
Catat Ulasan