20 November 2009

Batalkan tunai haji selesaikan isu - Nazri Aziz

KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.

“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.

“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.

Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.

HarakahDaily.Net/-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah selamatlah Tuan Guru dari fitnah rasuah.
Teruskan perjuangan tanpa rasuah dan hadiah dari makhluk selagi berjawatan.

Tanpa Nama berkata...

pi haji SPRM ngan nazri nak sebok....kalau p genting ka,,,,,bandung ka....taiwan ka...ok ja...yg khir toyo bawak bini berjalan guna 1.8 juta duit krajaan relax ja.....janji UMNO...

Raziq Najab berkata...

Siapa2 nak selamat dari SPRM & ISA tinggalkan PR masuk UMNO!
Tak percaya? boleh tanya PM...

TAPI,

Kalu nak selamat Akhirat,
Teruskan bersama perjuangan Islam!

Pergi jahanam kebangsaan
ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa lah manusia ni, pergi ke jalan Allah dipropagandakan

david ahmad muniandy berkata...

aku nak tanya orang kelantan di sini sekarang juga tuan guru kayakah? adakah tuan guru derma kepada orang miskin dan tabung kebajikan separuh dari wang gaji dia? jadi setiap bulan guna separuh dari wang gaji dia untuk buat derma jadi adakah simpanan untuk diri dia sendiri? tak masuk lagi buat kenduri lagikan kalau ada pelawat asing datang! kalau seseorang ada kecemasan minta tolong dari tuan guru bukankah separuh dari gaji dia terpaksa tolongkan orang? jadi orang rakyat kelantan tengah baca blog YB sila beri komen!.

Hafriz Mohamad berkata...

kenapa benda macam ni SPRM sibuk nak cek?
sedangkan banyak penaja2 majlis maksiat yang bermandi arak masih bebas...

Orang nak baut amal pon, tang tu jugak la diorang nak hentam.

Jahil punya pemerintah zaman skg...zalim teramat zalim. Langsung xde prasaan hormat pd seorg ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Tok guru mmg menggunakan duit gaji dan elauannye untuk rakyat kelantan, perbangunan kat kelantan duit dari situ..kerajaan pusat xnk tolong kelantan.. dari dulu lagi..projek diluluskan tapi kewangan xsampai2.. yang benar orang mache, kelate