Email : Zamri keciks
SIMPANG EMPAT – Keluarga kepada Ahmad Zaidi Hamid,48,yang cacat mental sejak lahir hilang 13 hari yang lalu dan merayu kepada semua masyarakat awam yang menjumpainya supaya menghubungi keluarga berkenaan di Simpang Empat, Semanggol.
Adik Ipar,Jalil Bakar,42, berkata, pihak keluarga telah membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Empat Semanggol disebabkan Ahmad Zaidi yang lebih mesra dipanggil ‘Mat’ tidak pulang ke rumah setelah lebih 24 jam keluar bersiar-siar sejak 18 Desember 2009 lalu.
Menurutnya, sebelum ini ‘Mat’ gemar ke perhentian Bas dan menumbang bas untuk berjalan-jalan kemudian pulang semula ke rumah sebelum malam.
“Semuanya ehsan daripada penduduk setempat yang sudah mengenali Mat terutamanya pemandu-pemandu bas dan teksi di daerah Kerian serta Kamunting.
“Tetapi sejak 18 Desember lalu Mat didapati keluar rumah sejak jam 8 pagi dan tidak lagi kelihatan dan kini sudah hampir 2 minggu dia hilang,”katanya.
Bercerita mengenai sejarah Ahmad Zaidi, adik iparnya Jalil Bakar berkata, abang iparnya itu cacat dari segi mental dan tidak mampu untuk bercakap dengan petah apatah lagi apabila ditanya di mana rumahnya.
“Mat tidak boleh bercakap dengan banyak selain lupa dimana rumahnya sendiri,”katanya.
Adik Ahmad Zaidi,Zaiton Hamid,43, berkata, abangnya itu merupakan anak sulong dalam keluarga dan mengalami kecacatan mental sejak dilahirkan lagi.
Menurutnya,beliau khuatir kerana sewaktu keluar rumah ‘Mat’ dipercayai tidak membawa kad pengenalan dan ini menyukarkan orang ramai untuk menghubungi pihak keluarga apabila menjumpainya.
“Sebelum ini dia ada membawa salinan kad pengenalannya ke mana sahaja dia pergi.
“Kami sekeluarga amat khuatirkan keadaan beliau dan amat berharap orang ramai yang menjumpainya terus menghubungi pihak keluarga di talian 019 4086188 atau 05-8905499 yang dibuka 24 jam atau terus menghantar Ahmad Zaidi ke alamat No 52 Sungai Kepar,Simpang Empat ,34400 Semanggol,Perak.
Menurut Zaiton, pernah sekali Ahmad Zaidi hilang itupun 9 tahun yang lalu sekitar tahun 2001 sewaktu sambutan Hari Raya Puasa diadakan Ahmad Zaidi dipercayai menumpang Bas dan dijumpai di Kuala Lumpur oleh orang kampung yang menziarahi keluarga mereka di sana.
“Kami sekeluarga amat berharap orang ramai yang menjumpai ‘Mat’ dapat memberi kerjasama dengan menghubungi pihak keluarga dengan segera,”katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
2 ulasan:
Kesiannya..saya juga mempunyai dua saudara berpenyakit mental tetapi ia berlaku setelah mereka berdua mencapai baligh.
Kami seperti juga keluarga Mad, tidak mampu menjaga mereka berdua, tidak mampu mengawal pergerakan mereka kerana mereka sudah dewasa. Sangat sukar memastikan mereka bertingkah laku seperti orang lain. Jika kita memberikan mereka pil penenag dan pil tidur sekalipun, belum tentu mereka menelannya..selalunya mereka campak aja ke tanah!
Sudahnya mereka melalak, melolong dan mengganggu jiran-jiran. Lebih malang lagi jika mereka bertindak ganas dan mengejar kanak-kanak yang mengejek. Anak saya yang berumur 7 tahun pun pernah dipukul sewaktu sedang leka bermain, tanpa apa-apa sebab!
kami tidak mampu menggajikan orang unutk menjaga mereka..kami orang susah.
Mengapa kerajaan tidak menyediakan pusat nurseri yang mencukupi untuk pesakit-pesakit mental seperti ini? Hospital mental di Tampoi Johor dan Tanjung Rambutan dibina sewaktu penjajahan British dulu hanya menerima pesakit yang benar-benar kronik, yang ada kes bunuh atau lukakan orang. Kalau setakat kes pesakit lempang, tumbuk, melalak-melolong, mereka hanya dimasukkan ke hospital sekejap, diberi ubat penenang dan dihantar ke rumah waris semula.
Saya meray pada pihak-pihak tertentu, prihatinlah kepada masalah yang dihadapi pesakit mental ini. Mereka juga rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan sewajarnya dari kerajaan. Bukankah pesakit mental juga amanah untuk mereka yang bergelar pemimpin kerajaan?
thans kepada yb yang begitu amik berat tentang masalah penduduk di tempat saya.saya akan sebarkan cerita 'mat' ni di sekitar kuala lumpur.mudah-mudahan kita dapat jumpa dia. Insya Allah.
Catat Ulasan