16 Muharram 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim
PM 1Malaysia, dilihat sangat gusar dengan tawaran 100 hari bila berkuasa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat, Najib Tun Razak memberi reaksi segera dengan menyifatkan kenyataan Pakatan Rakyat sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ahad lepas Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat Malaysia Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya umum akan datang.
Najib memberi reaksi segera dan menjanjikan kenyataan lebih terperinci sebagai jawapan balas kepada janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen di Pulau Pinang Ahad lalu.
‘‘Kita akan beri reaksi yang lebih jelas sebab apa yang dia nyatakan itu tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar,” katanya.
Sejak tawaran ini dikeluarkan pada Ahad lepas saya melihat pemimpin BN sangat menggelabah dan mula memberi jawapan dengan memperkecil tawaran itu. Tawaran ini tidak mengambil kira pelbagai tawaran lain dalam buku Jingga yang menjadi topik perbahasa dalam Konvesnsyen sehari itu.
Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.
Satu kenyataan yang saya lihat memperbodohkan dirinya sendiri dan rakyat Malaysia bila menafikan satu tawaran yang selama ini diperjuangkan oleh rakyat. Ianya sudah lama sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan BN .
Lucunya Muhyiddin menganggap kenyataan Pakatan Rakyat itu sekadar umpan untuk menarik pengundi dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan dengan menyifatkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengalaman mengepalai Kerajaan Pusat berikutan setiap keputusan memerlukan kajian, penelitian dan kesan tempoh masa panjang.
Perlulah ditegaskan bahawa tawaran itu adalah susuatu yang telah dibuat setelah mengambil kira berbagai aspek kemampuan kewangan negara hasil dari kajian dari sebuah panel dan pakar ekonomi yang dilantik.
Tawaran itu juga mengambil kita pengalaman di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat sehingga sekarang iaitu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Sebelum itu kita buktikan semasa 11 bulan berkuasa di Perak.
Adalah diakui pandang Najib dan Muhyiddin adalah dalam kotak pemikiran pemimpin BN yang berbelanja boros dan tidak mengutamakan kan sesuatu perojek yang perlu diutamakan. Pemimpin BN lebih bangga dengan projek mega dari memberi subsidi kepada rakyat.
Sikap mementingkan kroni dan rasuah serta penyelewengan sehingga berbillion wang negara lesap begitu sahaja memastikan kegagalan usaha memulihkan ekonomi negara yang semakin tenat.
Kerana itu janji 100 hari hanya mampu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dengan menjanjikan pemberantasan rasuah secara serius serta mengutamakan rakyat serta berhemat dalam berbelanja.
Terbaru projek pembinaan menara Warisan dengan biaya sebanyak 5 billion mebuktikan itulah watak dan wajah sebenar pemimpin BN dalam membangunkan negara.
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, pakatan Rakyat menjanjikan akan melaksanakan program berikut:
1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
3. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
4. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

2 ulasan:
YB, saya yakin Allah akan berikan kemnangan, namun dasar2 yg kita perjuangkan perlu dijelaskan kepada rakyat bawahan atau lebih dikenali rakyat yg hanya membaca akhbar arus BN dan tidak mendapat penjelasan dr YB2 pakatan. saya mohon, sudah tiba masanya YB2 pakatan tumpukan kepada perjumpaan dengan rakyat dalam skop yg lebih kecil untuk memudahkan rakyat mendapat penjelasan dengan apa yg kita kemukakan. bagi masyarakat yg celik it, tiada masalah namun penjelasan secara terpeinci perlu diluraskan untuk memahamkan secara mutlak dan tiada istilah2 yg akan dipesongkan oleh media arus BN. sy mohon agar YB dapat sampaikan kepada semua YB2 pakatan akan gerakan yg perlu dikuatkan kini demi memastikan rakyat faham dengan jelas dan terang akan perkara2 yg kita tawarkan. Takbir!! Allahu Akbar
Saya amat-amat sokong manifesto pakatan ini. Tetapi seperti tulisan saudara di atas, perkara ini perlu dihebohkan "face to face" kepada masyarakat kampung khasnya yang kadang-kadang termakan janji2 manis BN setiap kali pilihanraya..Semoga Pakatan berjaya ke Putrajaya!
Catat Ulasan