16 Julai 2011

'Mimpi ngeri' keluarga Teoh belum sudah

14 Syaaban 1432H. [MOD] -

Dua tahun selepas kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, keluarganya masih terseksa pada kematian misteri, antaranya kerana laporan suruhanjaya diraja masih belum didedahkan.

NONESemasa menghadiri majlis peringatan di Seri Kembangan, adik perempuannya Lee Lan membuat rayuan penuh emosi supaya laporan itu dikeluarkan.

"Saya tidak faham kenapa perdana menteri tidak mahu dikeluarkan. Kenapa?

"Laporan itu bukan untuk kami, ini semua untuk rakyat Malaysia," kata Lee Lan yang bergenang air mata dalam ucapan 30 minitnya.

Laporan itu diserahkan pada Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun.

2 ulasan:

cityiklan berkata...

kenapa x dedahkan??
apakah isu ini satu rahsia kerajaan??

Tanpa Nama berkata...

takziah diatas kehilangan.laporan sudah didedahkan. kenapa taknak diterima juga. kita hentikankan lah episod hitam ini. sprm juga mesti mengambil iktibar dan mengubah prosedur dan pelaksanaan mereka dan kenakan tindakan keras kepada pegawai yang tidak mematuhi peraturan.
apa yang menjadi masalah adalah campurtangan politik dan hanya berpuashati apabila keputusan yang keluarkan mengikut apa yang kita kehendaki.