29 Julai 2011

Pengunaan dakwat dan biometrik kenyataan merapu Najib

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Saya ingin menyatakan bahawa kurang bijak bagi seorang Perdana Menteri berkata bahawa Pakatan tidak akan menerima sebarang usul untuk bakal dilaksana bertujuan baik untuk rakyat, kenyataan sebegini amat dangkal dan merapu.

Kenyataan beliau (Najib) berhubung isu biomatrik yang bakal diguna pakai dalam PRU 13 sebagai alternatif terhadap penggunaan dakwat kekal dan yang pasti pengunaan dakwat lebih murah dan praktikal untuk mengesan pengundi yang telah membuat undian.

Najib bersikap seperti orang kurang siuman, belum pun permintaan (dakwat kekal) tersebut  ditunai, Pakatan telah dilabel dengan pertimbangan yang seakan-akan datangnya dari kanak-kanak di tadika dengan mengatakan PR tetap akan mengatakan tidak jika kerajaan Umno-Bn setuju guna dakwat kekal dalam PRU 13 walhal belum pun berlaku seperti yang dikatakannya.

Minda beliau tidak ubah seperti manusia yang baru keluar dari gua setelah tinggal di gua dalam tempoh yang lama.
Sudah pastilah sistem dengan kelengkapan elektronik lebih mahal berbanding dakwat, tambahan pula sistem tersebut (biomatrik) jelas mudah dimanipulasi, belum teruji dan membazir.

Beliau mengatakan bahawa PR sering menolak sebarang usul kerajaan pusat, adalah menjadi lumrah, pembangkang akan menegur apa jua ketidakadilan yang berlaku dalam pemerintahan Negara, sekarang jelas kerajaan Umno-Bn telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan, jadi Pakatan menjalankan peranan kemudian ditohmah sebagai pihak yang enggan terima sebarang perubahan, ini tidak adil dan layak digelar zalim.

Saya cabar supaya beliau (Najib) orang yang pertama menguji dakwat kekal untuk buktikan samada dakwat kekal boleh dimanipulasi atau tidak berbanding sistem biomatrik yang mana menurutnya tidak boleh dimanipulasi.

Isunya sebenarnya BN amat takut jika mereka kalah dalam PRU 13 nanti, itulah sebabnya mengapa mereka cuba sedaya mungkin pertahankan langkah yang hanya menguntungkan BN termasuk biomatrik dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai talian hayat BN.

Hakikatnya Umno tidak perlu takut kerana apapun sisiterm yang digunakan, rakyatlah sebagai penentu untuk memilih PR atau BN dalam PRU 13 nanti.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 29 julai 2011

5 ulasan:

Awanama berkata...

celup kepala najib dalam dakwat kekal tu...bangang sangat... susah sangat ke nak terima cadangan BERSIH 2.0.....

Nazri berkata...

KESEMUA ADUN DAN MM UMNO YG MENANG DLM PRU DULU JIKA MEREKA MWNIPU DLM TU...SUDAH TENU HASIL RESEKI HARAM DAN MEREKA MAKAN DGN ELAUN HARAM DAN MENCURI DARI RESEKI CALON YG KALAH YG SEPATUTNYA MEREKA PEMBAKANG YG MENANG...

Awanama berkata...

salam.apakah bezanya penggunaan dakwat kekal dan biomatrik?mengapakah biomatrik tidak praktikal dan megapa pula dakwat kekal lebih telus?

Awanama berkata...

Salam,

Saya baru saja nak sokong artikel di atas tetapi lepas baca dua perenggan terakhir terus tak jadi sokong kerana tuan juga menuduh pihak Najid akan menjadikan sebagai talian hayat tanpa sebarang landasan atau bukti.

Saya sokong kalau nak tukar kepada pemerintah yang lebih baik tetapi pihak yang akan menggantikannya perlu lah menunjukkan yang lebih baik. Baik maksud saya dari segi Agama, Amalan, Sikap dan Keperihatina kepada rakyat.

Banyak blog yang saya baca semuanya pertikaikan sama ada dakwat kekal ataupun biometrik yang lebih baik. Tetapi tiada satu pun yang cuba memahami teknologi kedua-dua tersebut yg ada pro and cons.

Kalau nak membantah pihak mana pun kena lah bagi sesuatu yang memboleh kan pihak pembaca seperti saya faham kenapa ianya perlu dipertikaikan.

Saya nasihatkan cuba fahami dahulu teknologi tersebut dan terangkan bagaimana ianya boleh dimanipulasi. Barulah ada isi untuk berfikir. Tetapi kalau hanya tahu menuduh tapi pihak tuan pun menuduh kembali tanpada sebarang hujah yang bernas ianya sama 2x5 sahaja.

Sama lah seperti saya pergi pernah solat jumaat di kawasan Subang dimana khutbah jumaat tersebut menerangkan dosa fitnah dan harus menjauhinya tetapi susulan khutbah tersebut memfitnah mufti yang lain dan melabel kan sebagai anjing hanya kerana berbeza pendapat dan menyokong pihak kerajaan.

Segelintir makmum kelihatan bertindak keluar dari masjid kerana khutbah tersebut telah dicemari politik semata-mata.


Mungkin komen saya tuan takkan approve dan saya minta maaf jika ada terkasar bahasa.

Awanama berkata...

Salam,

Saya baru saja nak sokong artikel di atas tetapi lepas baca dua perenggan terakhir terus tak jadi sokong kerana tuan juga menuduh pihak Najib akan menjadikan sebagai talian hayat tanpa sebarang landasan atau bukti.

Saya sokong kalau nak tukar kepada pemerintah yang lebih baik tetapi pihak yang akan menggantikannya perlu lah menunjukkan yang lebih baik. Baik maksud saya dari segi Agama, Amalan, Sikap dan Keperihatinan kepada rakyat.

Banyak blog yang saya baca semuanya pertikaikan sama ada dakwat kekal ataupun biometrik yang lebih baik. Tetapi tiada satu pun yang cuba memahami teknologi kedua-dua cara tersebut dan pro and cons.

Kalau nak membantah pihak mana pun kena lah bagi sesuatu yang memboleh kan pihak pembaca seperti saya faham kenapa ianya perlu dipertikaikan.

Saya nasihatkan cuba fahami dahulu teknologi tersebut dan terangkan bagaimana ianya boleh dimanipulasi. Barulah ada isi untuk berfikir. Tetapi kalau hanya tahu menuduh tapi pihak tuan pun menuduh kembali tanpa ada sebarang hujah yang bernas ianya sama 2x5 sahaja.

Sama lah seperti saya pergi pernah solat jumaat di kawasan Subang dimana khutbah jumaat tersebut menerangkan dosa fitnah dan harus menjauhinya tetapi susulan khutbah tersebut memfitnah mufti yang lain dan melabel kan sebagai anjing hanya kerana berbeza pendapat dan menyokong pihak kerajaan.

Segelintir makmum kelihatan bertindak keluar dari masjid kerana khutbah tersebut telah dicemari politik semata-mata.

Mungkin komen saya tuan takkan approve. saya minta maaf jika ada terkasar bahasa.

- Rakyat yang perihatin.