25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.
"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.
"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.
Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.
Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.
"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.
"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. (HD)

2 ulasan:
betul kata prof tu jika begitu adakah PM itu amanah? satu persoalan yang perlu diungkai
Macam UMNO/BN tak pernah memimpin Kelantan. 1978 hingga 1999 kumpulan siapa MB? Duit petronas pergi mana!... Pemimpin UMNO kelantan ramai yang kaya-kaya raya dan yang tumpang tui
bila masuk UMNO pun kaya raya...!
Kelantan dalam Gagasan Malaysia.. Mengetuai Kerajaan Persekutuan siapa?..UMNO/BN. Kerajaan UMNO/BN boleh beri bantuan kepada negara luar walau bukan Malaysia 'hatta' bukan melayu atau islam pun.
Cara sekatan peruntukan macam Amerika lakukan terhadap musuh-musuhnya. Apakah SIKAP kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan semacam itu?
Dengan Kelantan walau majoriti Melayu pun tak boleh menyerah 'Peruntukan Yang Hak'; royalti petronas mana!...perkapita mana..? kalau adapun serah peruntukan di penghujung tahun macam mana nak berbelanja penutupan akaun tahunan dah bermula.
Apa yang mereka mengaku Ketuanan Melayu itu buat; kalau nak bercakap pasal orang melayu, kelantan mempunyai komposisi kaum melayunya adalah besar majoritinya. Malah kaum melayunya berdayasaing mendominasi perniagaan..
Catat Ulasan