26 Mei 2018
Pilih Yang Mana ?
22 Mei 2018
Musafir Di Bulan Ramadhan.
Masuk 5 Ramadhan kena bermusafir meneruskan tugas yang belum selesai di negara beruang panda. Ikutkan hati rasa malas untuk bermusafir di bulan Ramadhan ini.
Namun bila tertingat mustajabnya doa di bulan mulia ini terlebih blagi bagi mereka yang bernusafir rasa malas hilang begitu sahaja.
Tambahan pula suasana Ramadhan di sini sangatlah meriah bila kita ke mesjid setiap hari masa berbuka puasa. Maka petuanya carilah hotel yang berdekatan dengan mesjid.
Suasana masa beebuka semua mengambil tempat dengan hidangan ringkas seperti kurma dan pelbagai buahan dan roti. Selepas berbuka dengan ringkas semuanya bergegas untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.
Selesai solat beberapa petugas sudah siap menunggu untuk mengagihkan bungkusan nasi bagi setiap jemaah.
Minuman yang disediakan berupa air mineral dan teh botol yang tinggi menggunung secukupnya untuk diminum sepuasnya.
Semoga musafir ini mendatangkan rezeki yang berganda kepada hamba-hamba Nya.
Aamiin.
17 Februari 2018
Sudah Habis Modal?
Teringat semasa kecil-kecil bila ada berkelahi dan kalah atau yang sudah rasa habis modal dan semacam kalah mereka menjelerkan lidah dan ada sampai yang meludah. Paling terdesak dari jauh bila kalah berlawan mereka mula memanggil lawannya dengan berbagai panggilan kononnya untuk memburukan lawannya.
Tidah disangka perkara yang sama berjangkit kepada orang tua di zaman sekarang.
Namun saya tetap berbangga dengan Budaya Politik Matang Sejahtara (BPMS) yang kami tampilkan. Makanya tidak perlu melayan lawan yang menjelir lidah , meludah dan memanggil dengan nama yang buruk-buruk kerana kemenangan sebenarnya yang kami harapkan hanya dari Allah Yang Maha Esa.
Tak apa lah. ...
Perbaiki diri kita dan orang lain.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (QS. at-Tahrim: 6).
Tanggung jawab seorang muslim ialah terus berusaha mengingatkan orang lain agar mahu memperbaiki diri, itu wajar dan sangat penting. Tapi menjadi tidak wajar bila dia pula lupa mengingatkan diri sendiri untuk diperbaiki .
Bahkan dari segi urutan, swbenarnya dirinya sendiri sebenarnya lebih utama dan pertama untuk diingatkan.
08 Oktober 2017
Waktu yang berharga.
Pena Idham Lim
17 Muharram 1439/8 Okt. 2017.
Beruntunglah orang-orang yang mampu memanfaatkan waktunya untuk melakukan perkara yang berharga. Ketahuilah cara orang menilai waktu berharga berbeza antara manusia. Setengah orang merasakan waktunya berharga bila mampu menghasilkan wang yang banyak, dan setengah yang yang lain melihat waktu sangat berharga bila mampu memanfaatkannya untuk beribadah dan melakukan amal soleh sebanyak mungkin. Manafaatkanlah waktu kita untuk keduanya kerana semuanya penting dengan syarat jalannya benar dan mendapat keredhaan Allah SWT.
07 Oktober 2017
Lidah....
Pena Idham Lim
16 Muharram 1439/7 Okt. 2017.
Kehidupan seharian tidak terlepas dari pengunaan lidah. Dari lidahlah lahirnya bahasa atau ucapan yang digunakan seseorang dan ianya menggambarkan indentiti seseorang.. Orang-orang yang bertaqwa akan cenderung berusaha untuk mengendalikan lidah dan bahasa yang digunakannya, kerana ia menyedari bila lidah dan bahasanya dikendalikan secara salah dapat menimbulkan dosa dan bila lidah dikendalikan dengan sebaiknya ia diibaratkan semacam mendulang pahala yang berganda-ganda..
04 Oktober 2017
Kekuatan kerana jemaah.
Pena Idham Lim
13 Muharram 1438/4 Okt 2017.
Merasa diri sendiri hanya boleh bekerja dan kerana dirinya lah jemaah menjadi kuat sehingga memandang rendah kepada orang lain adalah penyakit kepada ahli dalam sesuatu jamaah. Hakikàtnya sebuah jemaah bergerak dan menjadi kuat adalah kerana saling memerlukan semua ahli dalam jamaah dari ahli sehinggalah kepada kepimpinan. Kerana itu berkerjalah kerana redha Allah bukan kerana merasakan diri sendiri kuat .
28 September 2017
Menghargai Ibadah.
Pena Idham Lim
7 Muharram 1439/28 Sept. 2017.
Setiap insan mengharapkan agar setiap amalan dan ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT. Sehingga bila ada orang yang meninggal dunia didoakan agar segala amalnya diterima Allah. Keadaan ini menandakan seorang hamba mengharapkan agar amalan dan ibadahnya dihargai oleh Allah, Namun begitu sebahagian dari kita kadangkala lalai dan tidak menghargai ibadah yang lakukan diri sendiri. Contohnya tidak ramai yang mampu hadir untuk solat 5 waktu secara berjemaah.
Sejahtera Bersama Islam.
26 September 2017
Ikhlas Beramal.
Pena Idham Lim
5 Muharram 1439/26 Sept. 2017.
Amalan yang terbaik disisi Allah SWT ialah amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan Ikhlas kerana Nya. Rugilah mereka yang nampak bersungguh beramal namun bukan niatnya kerana Allah. Malah lebih baik kalau kerja seseorang dilihat sedikit namun keikhlasannya tiada tolak bandingnya. Amalannya walaupun tidak dipandang di bumi tetapi tinggi nilainya bagi makhluk dilangit.
Sejahtera Bersama Islam.
25 September 2017
Takut Tertinggal.
Pena Idham Lim
4 Muharram 1439/25 Sept. 2017.
Orang sanggup berbaris panjang di Lapangan Terbang sehingga mereka terlepas dari kewajipan solat yang lebih utama dengan alasan mereka takut ditinggalkan oleh penerbangan ke berbagai destinasi. Namun mereka lupa dengan mereka meninggalkan solat mereka akan tertinggal dari masuk golongan hambaNya yang akan mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT.
Sejahtera Bersama Islam.
22 September 2017
Jangan Bermusuh Untuk Kalahkan Musuh
Pena Idham Lim
1 Muharram 1439/22 Sept. 2017.
Anggota sebuah jamaah yang memperjuangkan Islam mestilah sentiasa mencari persamaan pemikiran, amalan dan tindakan. Hindarkan perbezaan dan perselisihan peribadi kerana ia akan merencatkan kekuatan untuk mengalahkan musuh. Bagaimana untuk mengalahkan musuh kalau sesama kita yang bermusuh.
Sejahtera Bersama Islam.
21 September 2017
Hijrah dan Pengorbanan.
Pena Idham Lim
30 Zulhijjah 1438/21 Sept. 2017.
Beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru mengikut kalender Islam. Ianya merupakan detik sejarah Hijrahnya Baginda Rasulullah dari kota Mekah kota Madinah. Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut sekurang-kurangnya menjadi insan yang sedar bahawa Islam memerlukan penganutnya yang sentiasa rela untuk mengorbankan apa sahaja demi Islam. Dengan pengorbanan mereka yang terdahulu Islam berkembang dan sampai kepada kita pada hari ini..
Sejahtera Bersama Islam.
20 September 2017
Ibu bapa adalah model.
Pena Idham Lim
29 Zulhijjah 1438/20 Sept. 2017.
Ibu Bapa semestinya terlebih dulu menjadi model yang baik bagi pembentukan akhlak dan tingkahlaku anak-anak. Bukan menjadi contoh yang buruk, kesan dari didikan dirumah memberi kesan kepada keadaan diluar rumah. Apalagi diluar rumah anak-anak sedang didedahkan dengan berbagai perkara yang merosakkan.
Sejahtara Bersama Islam.
19 September 2017
Berwasapadalah...
Pena Idham Lim
28 Zulhijjah 1438/19 Sept. 2017.
Menjadi kelaziman bagi sebahagian manusia yang begitu berat hatinya untuk beribadah, termasuk ibadah yang diwajibkan seperti sholat. Namun merasa ringan dan tidak terbeban ketika mereka melakukan perkara yang tidak bermanfaat malah mengundang dosa dan kerosakan. Berwaspadalah, kerana itu merupakan tanda bahawa diri kita sedang ditawan syaitan, dan kita memiliki pelbagai penyakit yang kelak menjerumuskan kita kepada dosa yang berpanjangan.
Sejahtera Bersama Islam.
18 September 2017
Muhasabahlah diri sendiri.
Pena Idham Lim
27 Zulhijjah 1438/18 Sept. 2017.
Bermuhasabahlah tentang diri sendiri . Di sana pasti terdapat tanda-tanda pada diri kita yang memberi petunjuk apakah kita berada dalam kebaikan atau sedang menuju kepada keburukan.
Sejahtera Bersama Islam.
17 September 2017
Badut Politik...
Pena Idham Lim
26 Zulhijjah 1438/17 Sept. 2017.
Semakin bertambah koleksi badut politik negara dengan politik dangkal kehulu kehilir melompat sekadar mencari kepuasan dunia yang bersifat sementara. Saya rasa bertuah kerana masih istiqamah dijalan ini hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah dan sebagai jawapan kepada kehidupan abadi yang semua akan menemuinya.
Sejahtera Bersama Islam.
16 September 2017
Martabatkan Islam.
Pena Idham Lim
25 Zulhijjah 1438/
16 Sept. 2017
Terkejut dengan hasil siasatan kes kebakaran Maahad Tahfiz adalah hasil jenayah terancang oleh sekumpulan anak muda yang positif dadah terlarang. Tidak selesai masalah dengan ribuan dan jutaan kecaman kepada mereka. Penyelsaiannya hanya kembali kepada ISLAM. Marilah kita tingkatkan usaha semoga Islam diletakkan ditempat yang sebenarnya. Islam adalah untuk diikuti serta dipatuhi dan bukannya barang dagangan dan sekadar pemanis mulut dengan mengikuti kehendak penguasa yang jahil.
Sejahtera Bersama Islam.
Kenapa solat sindiri tanpa berjemaah
Pena Idham Lim
24 Zulhijjah 1438/15 Sept. 2017.
Singgah di mesjid, Surau solat alangkah rugi bila melihat gelagat manusia solat sendiri tanpa berjemaah. Kagum dengan seorang pak cik yang sudah lanjut usia jalan membongkok berkeliaran mencari jemaah untuk dijadikan imam. Satu sikap yang terbaik untuk kita contohi. Buat apa berhenti solat di mesjid dalam keadaan orangnya ramai namun tiada solat jemaah yang didirikan.
Sejahtera Bersama Islam.
14 September 2017
Takziah...
Pena Idham Lim
23 Zulhijjah 1438/14 Sept. 2017.
Takziah kepada keluarga mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Surau Ittifaqiah, Jalan Keramat Hujung, Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur pagi tadi. Setakat ini dilaporkan seramai 25 orang telah ditemui meninggal dunia. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.
Sejahtera Bersama Islam
