12 April 2011

Macam budak sekolah ?


08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Beginilah Kad Nama yang bertali diagihkan kepada semua ADUN PR pada pagi tadi sebelum keberangkatan Pemangku Rakja Perak. Semua ADUN PR mengambil keputusan untuk tidak mengenakan kad ini di leher masing-masing.

Sesungguhnya tidak ada peraturan pun yang mengatakan kami mesti memakai tanda-tanda tertentu untuk datang bersidang.

Saya tidak tahu kenapakan peraturan kekanak-kanakan ini sedangkan jumlah adun cuma 59 orang termasuk adun katak di Perak.

Apakah kewajaran pemakaian tag tersebut ?

Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(4)

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Raja Melayu telah diberi pengiktirafan sebagai ketua Agama Islam. Status tersebut kekal. Oleh itu pegawai yang diamanahkan untuk menjaga istitusi dan adat melayu mesti menjalankan amanah.

Mesjid mestilah dilindungi mesjid dari politik kepartian.

Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(3)

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

"Semangat maufakat hendaklah dibina dalam menghadapi musibah".

"Islam menganjurkan pembangunan hendaklah dijalankan secara lestari".

"Kekayaan hendaklah diagih secara adil dan dibahagi secara sekasama"

_ Titah Raja nazrin.

Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(2)

08 Jamidilawal 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri Perak mengucapkan takziah kepada kerajaan Jepun diatas bencana yang menimpa negara tersebut, Titah DYTM. Pemangku Raja Perak

Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(1)

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

DYTM Pemangku Raja Perak memulakan titah ucapan perasmian sianga pada hari ini.

10.09 Pagi : DYTM Raja Nazrim berangkat masuk ke dalam Dewan

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Kerangkatan masuk pemangku Raja Perak, DYTM Raja Dr. Nazrin ke dalam dewan negeri Perak dan mengambil tempat untuk memberikan ucapan Perasmian pada hari ini.

Terkini 10.00 pagi : Sidang bermula.

08 jamadilawal 1432H. [MOD] -

Speaker BN Perak dimulai dengan bacaan doa oleh SU Dewan, dan diikuti dengan penangguhan sidang sebantar oleh Ganesan bagi mempersilakan DYTM Pemangku Raja Perak berangkat masuk ke dalam Dewan bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Terkini 9.57 pagi : Loceng dibunyikan.

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Sebentar tadi loceng dibunyikan menandakan sidang akan dimulai bila-bila masa dalam keadaan semua adun PR dan Bn serta jemputan mengambil tempat masing-masing

Persidang pada hari ini ilah acara Perasmian Penggal Ke Empat Dewan Negeri perak yang ke 12. yang akan disempurnakan oleh pemangku Raja Perak, DYTM. Raja Dr. Nazrin.

Agenda persidangan hari ini setelah itu terdapat pengumumman dari Speaker BN,Dato' Ganesan dan dewan akan ditangguhkan dan akan bersambung esok

Kempen Fasa Kedua Lebih Agresif

8 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUCHING, 12 April: Tanggal 11 April tepat lima hari kempen bagi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak tamat bagi fasa pertama, dan 12 April menjadi tarikh seterusnya masuk ke fasa kedua.

Kesemua parti yang bertanding masih belum giat dalam berkempen termasuk perang poster yang juga kurang kelihatan.

Tinjauan di beberapa buah kawasan Dun di Parlimen Kuching, Santubong, Batang Sadong, Batang Lupar dan Samarahan kebanyakannya masih belum rancak perang posternya.

PAS sendiri baru memulakan perang posternya pada 9 April, dengan petugas baru sahaja memulakan kerja-kerja menampal poster, banner dan propaganda.

Cuma di Sebuyau sahaja, PAS yang menampilkan Pesuruhjaya Sarawak, Adam Ahid telah memulakan lebih awal lagi kerja-kerja menaikkan bendera dan poster.

Di Muara Tuang, Sadong Jaya dan Tanjung Datu, semuanya masih di peringkat awal lagi, iaitu hanya dibeberapa tempat sahaja dinaikan poster dan bendera PAS.

Di Beting Maro pula, jentera PAS Kelantan yang bertugas di sana sejak Oktober tahun lalu lagi mula menguasai beberapa Tuai (Ketua) Rumah Panjang, dan kempen lebih tertumpu kepada penerangan dari rumah ke rumah.

Di Tanjung Datu, kempen berteraskan ceramah kelompok, selain program turun padang rumah ke rumah oleh calon PAS, Nani Sahari, namun seperti kata Nani, kesukaran dihadapi kerana ada halangan di kalangan petugas keselamatan terhadap ceramah PAS.

Di Muara Tuang, kempennya berjalan secara senyap, hanya kehadiran Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan beberapa pimpinan PAS Perak menceriakan keadaan dengan program bersama penduduk.

Di peringkat DAP pula, ceramah-ceramah yang mereka anjurkan mendapat perhatian ramai, termasuk ceramah bersama tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng di Batu Kawa pada 10 April lalu.

DAP antara parti yang dikatakan menjadi tumpuan besar pengundi di kawasan bandar terutama di Kota Sentosa yang mana penyandangnya, Chong Chien Jen ada peluang besar apabila rekodnya di sini dikatakan sangat baik.

Sementara kempen PKR pula bertumpu kepada isu-isu membabitkan tanah adat (NCR), kronisme dan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selain isu-isu kemiskinan.

Anwar sendiri turun naik ke Sibu, Miri dan Kuching serta Bintulu untuk berceramah, dan membantu pimpinan setempat berkempen dengan lebih agresif.

Harakah mendapat maklumat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan berkampung selama liam hari bermula 11 April untuk serang Pakatan Rakyat secara habis-habisan.

Namun, BN-PBB juga sebenarnya sudah mula menyerang Pakatan rakyat bukan semasa kempen, tetapi sejak Sidang Dun Sarawak dibubarkan.

Ramai yang menjangkakan, kempen fasa kedua bakal agresif dengan BN pastinya akan memulakan penggunaan jentera kerajaan dengan lebih kerap berbanding sebelumnya.

H/daily

Ajar Pemimpin Angkuh dengan Bahasa Undi

8 Jamadilawal 1432H. [MOD] -




KUALA LUMPUR, 12 April: Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimpin BN tidak boleh tidur lena.

“Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh  pada 16 April 2011, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Contohnya, kata beliau pemimpin Umno yang kalah kepada Pakatan Rakyat baru mereka sedar untuk turun melihat kesempitan rakyat sedangkan sewaktu ada kuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.

Justeru, ujarnya tdak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak, BN mendapat tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April 2011 hingga kini.

Menurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan memperolehi menang tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

“Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai  janji untuk pengundi di Sarawak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, modal  pembangunan adalah skima lama BN di mana tempat yang ketinggalan daripada arus pembangunan.

Memang, katanya kemiskinan suatu  yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi.

Beliau menambah, sebab itu peruntukan tidak sampai ke sasaran supaya ia adalah modal  kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.

Sehubungan itu, katanya PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.

Pada hal  dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) untuk tempoh lima tahun, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah (PBR)

Dalam pembentangan RMK-10, Datuk Seri Najib meKUALA LUMPUR, 12 April: Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimoiBN tidak boleh tidur lena.

“Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh  pada 16 April 2011, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Contohnya, kata beliau pemimpin Umno yang kalah kepada Pakatan Rakyat baru mereka sedar untuk turun melihat kesempitan rakyat sedangkan sewaktu ada kuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.

Justeru, ujarnya tdak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak, BN mendapat tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April 2011 hingga kini.

Menurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan memperolehi menang tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

“Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai  janji untuk pengundi di Sarawak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, modal  pembangunan adalah skima lama BN di mana tempat yang ketinggalan daripada arus pembangunan.

Memang, katanya kemiskinan suatu  yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi.

Beliau menambah, sebab itu peruntukan tidak sampai ke sasaran supaya ia adalah modal  kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.

Sehubungan itu, katanya PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.

Pada hal  dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) untuk tempoh lima tahun, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah (PBR)

Dalam pembentangan RMK-10, Datuk Seri Najib mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.

“Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu dhaif.

“Persoalannya kenapa jadi begini?

“Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat?" soalnya.ngumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.

“Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu dhaif.

“Persoalannya kenapa jadi begini?

“Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat?" soalnya.

H/daily

11 April 2011

Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa kuat dekat Fukushima

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

TOKYO: Amaran tsunami dikeluarkan untuk timur Jepun selepas gempa bumi kuat melanda negara itu dengan pusat gempa berhampiran loji nuklear yang lumpuh akibat tsunami besar sebulan lalu.

Jabatan Geologikal Amerika Syarikat menyatakan gempa bumi itu bermagnitud 7.1 pada kedalaman hanya 10 kilometer dan berpusat 86 kilometer ke tenggara bandaraya Fukushima.

Agensi Meteorologikal Jepun pula mengeluarkan amaran tsunami dan menyatakan ombak setinggi satu meter boleh melanda wilayah Ibaraki, kawasan yang paling teruk dilanda tsunami bulan lalu.
Ombak setinggi setengah meter juga dijangka melanda wilayah Fukushima. - AFP

Fokus sebarkan dakwah Islam di Sarawak.

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Pesuruhajaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan bahawa kini PAS kini telah berjaya meluaskan ruang dakwah dalam kesempatan Pilihanraya Negeri Sarawak yang sedang berlangsung di Sarawak dan akan berakhir pada 16 April ini.

Menurut beliau, bagi DUN Muara Tuang DUN yang diamanahkan kepada tiga negeri iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu mereka menumpukan agenda dakwah sebagai aspek utama bagi mendidik dan menarik hati rakyat Muara Tuang untuk memahami dan bersama perjuangan PAS sekaligus memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan calon dari PAS

Beliau menyatakan bahawa kini rakyat Sarawak khususnya di DUN yang ditandingi PAS mendapat gambaran sebenar apakah perjuangan yang dibawa oleh PAS, dan mereka dapat menerima dengan sebaiknya dan begitu gembira dengan kehadiran PAS untuk menyampakan dakwah berkenaan Islam disamping bersama menyelesaikan masalah rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira agama dan bangsa.

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menggambarkan kegembiraannya apabila DUN Muara Tuang yang dijaga oleh jentera PAS dari tiga negeri dari semenanjung iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu Berjaya menubuhkan banyak cawangan baru PAS di Dun Muara Tuang.

Memetik ucapan beliau, “ Setakat ini PAS telah berjaya menubuhkan 5 cawangan penaja PAS yang terdiri dari ,cawangan penaja ke penaja PAS Taman Desa Ilmu, kampong Tanjung Bundong, Kampung Pinang, Kampung Sindang dan Kampung Pengkalan Kuap”

“ Dengan penubuhan cawangan-cawangan penaja PAS ini akan merancakkan lagi gerak kerja dakwah dan tarbiyah bagi masyarakat PAS untuk bersama mendokong perjuangan PAS”

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan Ini adalah satu petanda baik bagi PAS di Bumi Kenyalang. sekaligus membuktikan bahawa PAS diterima oleh masyarakat Sarawak.

mohd hafez sabri

BN dalam bahaya? Najib berkampung di S'wak

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke sarawak sekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.

Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.

Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.

Lebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.

Anwar juga di Kuching

Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.

Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.

Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.

Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.

Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak.

Esok, Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan kewangan untuk dibaik-pulih.

Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.

Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.

Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.

Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya.

Malaysiakini

Melayu rosak kerana hiburan artis melampau bukan kerana ‘seni’.

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Saya berasa terpanggil untuk menulis member komentar terhadap tulisan Mior Kamarul Shahid yang disiar dalam akhbar Berita Harian 2 April 2011 yang lalu. Tulisan beliau kelihatan sebagai aluan dan selamat datang kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang bakal disiar secara langsung menerusi beberapa siaran media perdana negara.

Saya bersetuju dengan tajuk kecil beliau iaitu tiada kajian ilmiah buktikan nilai masyarakat terhakis kerana dunia seni kerana saya memahami istilah seni jauh bezanya dengan takrifan istilah seni artis yang pihak media maklumi.

Seni yang saya faham adalah seperti yang digambarkan dalam Ensiklopedia Indonesia, bahawa seni adalah penjelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi kedalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis dan ruang), atau dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari dan drama).

Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8).

Menurut Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam.

Ulama’ tersohor seperti Al Qaradhawi juga banyak menulis berkenaan kesenian dalam islam (Al Islam Fal Fann) yang menegaskan betapa salahnya kita mengharamkan seni yang merupakan fitrah insaniyah yang dianugerahkan kepada manusia.

Kita juga melihat bahawa kaum Monggol dan Gassar (Jermanik) yang menghancurkan tamadun Arab dan Rom tidak memiliki korpus kesenian sebaliknya hanya berbekalkan keganasan dan strategi peperangan sehingga menyaksikan tamadun mereka tidak kekal berpenjangan.

Seni juga menjadi musuh kepada kerajaan-kerajaan komunis sehingga mengistilahkan seni adalah alat Komrad iaitu hanya alat propaganda untuk menyembahkan manusia terhadap ideology komunis dan bukannya suatu ekspresi ikhlas manusia untuk berhibur.

Namun istilah seni yang dibawa dalam majalah dan akhbar hiburan adalah seni sekular yang tiada kaitan/hubungan dengan saranan Islam. Istilah artis (ahli seni) kelihatannya tidak layak dipegang oleh para artis dan selebreti di Malaysia dan serata dunia memandangkan aspek moral dan etika mereka yang meleset. Sedangkan seni adalah suatu kerjaya yang berstatus, bermoral, berakhlak serta mengundang rasa izzah kepada pembawa seni tersebut. Ekspresi seni yang digambarkan oleh artis di Malaysia dengan menayang dada,ketiak dan bahu, berpakaian ala kemban serta bermegah dengan parti sosial di internet tidak layak bergelar artis atau ahli seni.

Lantaran itu, pihak Berita Harian tidak menjumpai hasil kajian masyarakat melayu hancur dan rosak disebabkan seni kerana seni itu baik. Masyarakat melayu tidak pernah rosak dengan aktiviti seni rakyat yang bermoral, seni lukisan, seni suara yang beradab melaung nama Tuhan dan kebaikan, malah orang melayu semakin hebat apabila berhadapan dengan seni rekabentuk indah, ukiran dan seni silat yang tidak bercanggah dengan islam. Semua itu adalah seni selagi mana ia adalah ekspresi tubuh dan akal manusia.

Tetapi terlalu banyak hasil kajian dan kenyataan media yang mengaitkan kerosakan kaum melayu terutama belia dan remaja akibat aktiviti hiburan yang dipopularkan oleh ‘artis’ yang mengaku berseni tersebut. Seni yang bagaimana cuba ditonjolkan jika keruntuhan rumah tangga dan aib suami isteri dimainkan oleh media sehingga menolak aspek rumah tangga Islam?

Kata saudara Mior lagi;

Di Malaysia, ada golongan yang kononnya menganggap mereka sebagai moralis Melayu yang tidak pernah melihat dunia hiburan dalam konteks yang matang. Mereka mengaitkan hiburan dan Melayu. Disebabkan acara hiburan sering dibanjiri orang Melayu, mereka membuat generalisasi bahawa semua orang Melayu suka berhibur.

Lagi;

Janganlah disebabkan secebis ruangan gosip artis, maka media dan dunia hiburan dipersalahkan. Mereka yang kononnya membenci gosip sebenarnya adalah orang yang suka membaca gosip. Inilah sikap hipokrit golongan yang perasan mereka moralis yang sering menyalahkan dunia hiburan kononnya punca kepada gejala negatif. Setakat ini, rasanya belum ada kajian ilmiah yang boleh membuktikan korelasi jelas antara hiburan dengan gejala negatif masyarakat. Jika hiburan menjadi faktor kegagalan pelajar dalam peperiksaan, tentulah universiti di negara ini kosong tanpa pelajar, sedangkan sekarang sudah ada puluhan universiti awam dan swasta.

Ruangan gosip tidak perlu dicari alasan untuk dihalalkan. Gosip adalah haram dalam Islam secara tuntas. Tidak pelru menyalahkan si pengkritik gosip sebagai hipokrit. Malah tulisan-tulisan media hiburan kebanyakkan cuba menaikkan nama beberapa kerat artis yang kelihatan bermoral sebagai tanda aras bahawa masih ada artis malaysia yang bermoral sedangkan mereka amat keliru betapa jauhya beza antara moral dan etika dengan nilai akhlak Islam. Berhati budi, tiada skandal namun tidak menutup aurat masih dianggap tidak berakhlak dalam Islam. Cuma beretika sahaja menurut kaca pandang manusiawi.

Dahulu sekitar tahun 1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini. Ia juga sejajar dengan dasar Kebudayaan Kebangsaan Negara.

Perkara utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan bersopan dan berperibadi yang tinggi. Dari segi pakaian pula, mereka perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak menjolok mata. Sekurang-kurangnya ada juga kesedaran untuk mengelakkan para ‘artis’ terjerumus dalam dosa yang lebih dalam.

Presiden Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa kini.

Siapa kata artis tidak menjadi ikutan ramai sehingga ramai penulis media cuba membela artis yang membawa budaya berpakaian tertentu dan menafikan kaum Melayu selalu terikut-ikut dengan budaya tersebut?

Suatu ketika ada artis seperti Wardina telah membawa gelombang positif apabila mengenengahkan tudung seni yang menarik dan ringkas untuk diikuti oleh remaja. Namun malang apabila ada pula artis lebih muda daripadanya mencipta pula kaedah tudung ala-makcik zaman 60an berbungkus seperti bola di kepala dengan membuka leher dan telinga.

Antara tindakan RTM yang boleh dipuji dalam mengekang gejala negetif artis Malaysia adalah seperti berlaku pada 1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat. Pada 1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting seperti menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen.

Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama.

Namun begitu mengapa pula pada 1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara.

Mengapa saya katakan konotasi istilah ‘artis’ di Malaysia adalah sekular? Ia disebabkan si ahli seni tersebut (artis) bukanlah menceburkan diri dalam bidang seni kerana ingin mengeluarkan bakat kerana agamanya. Ia mengeluar bakat, menyertai temuduga rancangan realiti, menjadi metee artis senior semata-mata untuk popular dan dihalalkan atas alasan mencari rezeki.

Adakah rigid benar Islam sehingga menolak sebahagian besar karya ‘seni’ artis negara ini? Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung. Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.

Mazhab Ahlul Madinah (ulama-ulama Madinah) dan lainnya seperti ulama Dzahiri dan jemaah ahli Sufi memberikan kemudahan pada nyanyian walaupun dengan gitar dan biola. (Imām Asy-Syaukānī, NAIL-UL-AUTHĀR, Jilid VIII, hlm. 100-103)

Terjaminkah akhlak artis jika ingin menepati piawaian Imam Al Ghazali?

Jika dianggap tiada kajian ilmiah berkenaan kegilaan rakyat terhadap hiburan, lihat sahaja kajian berkaitan kerakusan rakyat Malaysia menggunakan media internet sebagai medan hiburan mereka. Tidakkah benar rakyat kita suka berhibur? Dalam kajian oleh Syarikat Nielsen ke atas 52 negara mendapati rakyat Malaysia merupakan pengguna internet yang rakus dan berpengalaman, aktif dalam memuat turun dan melayari kandungan media dan hiburan secara percuma dalam internet.

Pengarah Urusan Kumpulan Pengguna Nielsen Malaysia, Paul Richmond, berkata penduduk Malaysia adalah ketagih hiburan dan teknologi kerana menikmati sejumlah besar hiburan dalaman, muzik, permainan video dan media digital.

Hiburan melalui media juga mempengaruhi tabiaat remaja dan belia negara ini. Samsudin A. Rahim dalam kajiannya (1994), Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja, (Kementerian Belia dan Sukan Malaysia) menunjukkan majoriti remaja memilih ruangan atau program berbentuk hiburan apabila mereka mendedahkan diri kepada media (55% untuk TV, 70% untuk radio, 57 % untuk akhbar, dan 56 % untuk majalah).

Lihat juga dalam kajian Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap Kesan Rancangan Hiburan Realiti Tv Akademi Fantasia (Mohd Ismail Bin Mustari & Ahmad Shukri Bin Jamaludin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ). Bilangan mahasiswa UTM yang bersetuju mengatakan rancangan hiburan realiti AF sesuai untuk ditonton juga berada pada tahap rendah. Ini kerana masih ramai bilangan mahasiswa yang kurang setuju. Kajian juga menunjukkan rancangan berbentuk hiburan masih boleh dipertikaikan kesesuaiannya kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar iaitu mahasiswa. Ramai dikalangan mahasiswa UTM tidak bersetuju dengan “kenyataan melalui rancangan realiti AF dapat melambangkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan saling bantu membantu”.

Secara keseluruhan kajian itu, rancangan hiburan realiti AF tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Dari sudut budaya ilmu responden juga menunjukkan bahawa, rancangan hiburan realiti AF tidak memberikan impak kepada peningkatan budaya ilmu dikalangan muda mudi walaupun dalam hiburan realiti.

Kepada pihak media yang optimis bahawa hiburan yang di bawa oleh para artis tiada kena mengena dengan akhlak masyarakat renungilah kritikan Syed Ali Ashraf yang telah mengkritik pihak media massa yang sering menggunakan pelbagai alasan, termasuk hak dalam demokrasi, kebebasan bersuara dan hak individu. untuk membolehkan mereka melaksanakan beraneka rancangan dan program yang akhirnya telah merosakkan budaya, cara hidup dan pegangan agama seseorang. Menurut Ashraf (1997: 1):

…it [the media] has become a very powerful instrument in the hands of human beings to cultivate or destroy moral values, to affect and control the minds of people by those who have the power over these media. In the name of freedom and human rights, various big and small companies have started putting up programmes with little censorship or restriction. Whether these programmes will be good or bad depends on what is meant by good or bad and who determines what is good and what is evil.

Bagaimana pula dengan kajian UPM yang menolak media hiburan sebagai punca kerosakan akhlak masyarakat? Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan. Pihak UPM juga menyatakan faktor keluarga, pengaruh rakan serta hiburan luar yang menyebabkan kerosakan akhlak belia.

Yang sewajarnya, YADIM tidak perlu membuat kajian menafikan pengaruh media hiburan sebagai faktor utama kerosakan akhlak kerana umum mnegetahui kerosakan akhlak disumbang oleh pelbagai faktor diantaranya juga adalah media. Kritikan dan saranan baikpulih media hiburan bukan bermakna kita menafikan faktor keluarga dan rakan sekeliling sebagai punca kerosakan akhlak sebaliknya fokus utama hari ini dalam realiti globalisasi media hiburan dan aktiviti hiburan itu sendiri menyumbang kepada kerosakan masyarakat selain faktor yang disebut di atas.

Adakah pendakwah di Malaysia hanya menyelar artis melayu dan hanya mendiamkan diri terhadap kekaratan jahiliyah artis Amerika umpamanya? Jawapan mudah, sebelum menunding jari ke negara luar, molek lah kiranya kita perhatikan rumahtangga kita dahulu iaitu negara sendiri. Sebelum menunding jari ke Hollywood, sudilah kiranya kita menegur Malaysiawood dahulu.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng


Telur Tiruan China

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

"Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China. Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, “Hidup tanpa produk-produk buatan China. “Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea.

Bentuk Telur Tiruan

Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul “MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China,” melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul “Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran”.

Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan.

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

“Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

“Kuning telur’ dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.

Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.

“Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya.

Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.)

http://waksab.blogspot.com