26 September 2012

PERKASA ancam pulaukan Suria KLCC

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


 












Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC kerana mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga di situ.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point yang mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.

Sharifah mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera yang lain.

Beliau juga mendakwa, turut diberi amaran sewanya akan dinaikkan daripada RM22,000 sebulan kepada RM45,000 sebulan jika tidak mengosongkan premisnya menjelang 30 september ini.

"Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita 'window shopping'.

"Kalau pergi medan makan, kita ambil bau makanan sahaja," kata ibrahim.

Menurutnya lagi, PERKASA juga berupaya memainkan sentimen ke-Melayuan jika mereka bertindak melancarkan kempen untuk memulaukan Suria KLCC.

"Kita belum sampai ke tahap itu, kita boleh letak poster KLCC untuk orang bukan Melayu sahaja," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu.

malaysiakini/-

Bersih 3.0 dijadikan soalan periksa...

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 BERSIH 3.0 Dijadikan Soalan Periksa..Bangang Punya Cikgu

BUKTI GURU KAKI BODEK UMNO/BN CUBA RACUN FIKIRAN ANAK MURID DENGAN SOALAN EXAM (GAMBAR)


https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/230542_109948645825771_1966768171_n.jpg
Patutlah mutu pendidikan kita semakin hari semakin merudum mutunya.

Mana tidaknya.. Tanya soalan yang berbunyi:- BERIKUT MERUPAKAN KEJADIAN YANG BERLAKU SEWAKTU PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 YANG DIADAKAN PADA 28 APRIL 2012 YANG LALU......(a) Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu menyertai perhimpunan haram?

Adakah soalan begini wajar diajukan untuk peperiksaan?

Apa punya teruk sangat guru yang menyediakan soalan ini berpolitik sehinggakan mutu pelajaran menjadi mangsa.
Nanti aku nak buat soklan mengenai Altantuya amacam ok tak?
 
harakahdaily/-

Wanita dikelar penyamun rebah depan rumah jiran


 Jamaliah dikejarkan ke hospital selepas cedera parah akibat leher dikelar penyamun. - Foto Omar Osman 

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 
Jamaliah dikejarkan ke hospital selepas cedera parah akibat leher dikelar penyamun. - Foto Omar Osman
Yan: Seorang wanita sempat berlari meminta bantuan daripada jiran dalam keadaan darah bercucuran

daripada lehernya akibat dikelar penjenayah di Kampung Teroi, dekat sini, pagi semalam.

Jamaliah Ali, 55, yang kehilangan banyak darah bagaimanapun rebah dan tidak sedarkan diri, selepas berkali-kali mengetuk pintu rumah saudaranya yang terletak berdekatan, sebelum dikejarkan ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut. 

Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai dikelar ketika bergelut dengan penjenayah yang disyaki memecah masuk rumahnya, kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketika kejadian mangsa yang menumpang rumah adiknya, dikatakan tinggal seorang diri kerana adiknya itu keluar menghantar anak ke sekolah, manakala adik iparnya pula keluar bekerja.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, berkata berdasarkan kesan luka sepanjang lapan sentimeter, pihaknya yakin mangsa dikelar senjata tajam dipercayai parang.

Selain leher, katanya, terdapat juga beberapa kesan kecederaan lain pada badan mangsa iaitu pada kepala dan muka.

“Polis percaya suspek cuba untuk menyamun rumah mangsa kerana terdapat kesan geledah.
“Siasatan sedang dijalankan dan polis turut mengambil keterangan daripada adik serta jiran mangsa untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Ismail berkata, keadaan mangsa kini stabil dan dia yang dipindahkan ke Hospital Sungai Petani kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, seorang saksi, Rohani Omar, 54, ketika ditemui mendakwa hanya menyedari kejadian itu selepas dikejutkan bunyi goncangan kuat pada pintu rumah, ketika sedang memandikan bapanya yang lumpuh di bilik air belakang rumah.

“Tiba-tiba saya nampak mangsa rebah di depan pintu rumah saya. Tanpa berlengah, saya terus dapatkan bantuan jiran untuk hantar mangsa ke hospital,” katanya. 

berita harian/-

Rapid: Melayu jadi hamba atas tanah sendiri

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sudah terlalu banyak tanah orang Melayu menjadi mangsa atas nama pembangunan yang akhirnya mengakibatkan orang Melayu  terpinggir dan menjadi hamba kepada orang lain di atas tanah asalnya sendiri.

Sehubungan itu, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menolak projek Rapid Petrokimia Petronas yang diumumkan akan dilaksana di Pengerang Johor sebagai projek mengutamakan rakyat.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata dengan pemindahan penduduk dari 10 kampung tardisional, tidak mungkin boleh diterima sebagai mengutamakan rakyat.


Menurutnya, jika benar projek yang hendak diperkenalkan adalah untuk kepentingan rakyat sepatutnya pandangan rakyat diperolehi terlebih dahulu.

“Kami berpendapat pengumuman PM bahawa projek itu akan dilaksanakan tanpa terlebih dahulu melalui proses perundingan awam adalah tindakan yang mengenepikan hak rakyat untuk memberi maklum balas,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, pendekatan kerajaan memaksa rakyat menerima projek pembangunan yang bersifat pengambilan kampung halaman dan memaksa penduduk dipindah adalah pendekatan diktator yang sering dihadapi oleh rakyat di negara membangun.

Rakyat, ujarnya sering dijadi mangsa dengan alasan bahawa pembangunan diperlukan dan rakyat perlu berkorban.

Katanya lagi, pihak pemaju projek selalunya mendapat perlindungan kerajaan dan kerajaan pula sering mengiakan kehendak pemaju.

“Teras tidak menerima pendekatan yang sudah lama ditolak oleh rakyat di kebanyakan negara membangun sekarang kerana pendekatan seperti ini akan selalu mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar, peminggiran penduduk, kesan sosio-budaya yang negatif dan kepentingan penduduk tempatan diketepikan untuk diambil alih oleh orang luar.

“Ini bukan kali pertama rakyat diketepikan. Janji awal bahawa puluhan ribu peluang pekerjaan akan disediakan, biasanya tidak berlaku bila projek berskala besar ini dilaksanakan,” ujarnya.

Azmi berkata, rubahan iklim ekonomi semasa sentiasa menjadi helah kenapa syarikat tidak dapat memberi peluang pekerjaan seperti yang diramalkan dan adakala terpaksa membuang pekerja.

“Projek mega seperti ini akan selalunya mengutamakan kepentingan ekonomi dari yang lain,” katanya.

Tambahnya, dalam pengalaman pelbagai projek yang telah dilaksanakan akhirnya pekerja asing diambil dengan alasan kos upah lebih murah dan penduduk tempatan akhirnya terpinggir.

“Pengalaman seperti ini bukan baru. Projek Perwaja di Kedah yang akhirnya rugi kini dipenuhi oleh pekerja luar dan tidak berlaku sebarang keuntungan dan limpahan ekonomi seperti dijanjikan berlaku,” katanya lagi.

Beliau menambah, Teras berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya meneruskan pendekatan "dari atas ke bawah" (top down) seolah-olah kerajaan lebih tahu semua  dari rakyat.

Sebaliknya, kata beliau pendekatan yang lebih mesra rakyat iaitu "dari bawah ke atas" ( bottom up ) sepatutnya digunakan jika kerajaan benar-benar jujur mengguna prinsip rakyat diutamakan.

“Teras membantah keras pengambilan tanah rakyat oleh projek Rapid Petronas di Pengerang apatah lagi tanah yang melibatkan perkampungan tradisional Melayu,” katanya lagi.

harakahdaily/-

Kapal tentera baharu China

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 
KAPAL pengangkut pesawat pertama milik China berlabuh di Dalian, timur laut China pada Ahad lalu.



BEIJING - Kapal pengangkut pesawat pertama China mula beroperasi semalam, kata Kementerian Pertahanan di sini.

Ia digunakan selepas China memperbesarkan lagi armada tentera lautnya ketika ketegangan maritim di Laut China Selatan terus meningkat.

Media negara berkenaan melaporkan, upacara pentauliahan kapal induk sepanjang 300 meter itu dihadiri oleh Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao.

Kapal induk itu dibeli dari Ukraine dan dinamakan semula sebagai Liaoning sempena nama wilayah timur laut China yang menempatkan bandar pangkalan tentera laut utama di negara itu, Dalian.




Sebelum dijadikan kapal pengangkut pesawat, Liaoning merupakan kapal separa siap milik tentera laut bekas Kesatuan Soviet. 

Kapal tersebut ditunda dari Ukraine tanpa enjin, persenjataan dan sistem navigasi pada tahun 1998.
Kapal itu dibeli daripada pemerintah Ukraine pada harga sekitar AS$20 juta (RM61.4 juta).
Kerja pengubahsuaian mengambil masa selama beberapa tahun.

Liaoning memiliki kapasiti untuk membawa sekitar 26 buah pesawat dan 24 buah helikopter.
Dalam perkembangan berkaitan, Beijing masih belum mendedahkan peranan sebenar kapal induk tersebut selain membantu melindungi perairan China.

"Kapal induk itu juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan pertahanan negara dan keupayaan ketenteraan," kata bekas pegawai tentera laut China, Yang Yi kepada akhbar China Daily yang disiarkan semalam. - Agensi

25 September 2012

42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua

9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India. 

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.

Sidang Perak ditangguhkan.

9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Sidang DUN Perak berakhir dengan penagguhan diumumkan oleh Speaker selepas menerima Usul dari MB Perak.

Tronoh Cabar ADUN Lompat Perak istihar harta, Usul ditolak oleh dewan


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


ADUN Tronoh bangun mencelah Pengkalan Baru yang berbahas dengan mencabar semua ADUN Lompat di Perak yang berjumlah 4 orang untuk mengistiharkan harta masing-masing.

Pengkalan Hulu juga bangun dengan meminta supaya semua bekas Exco semasa PR memerintah untuk istihar harta.

Akhirnya satu undian suara dilakukan dan Speaker mangumumkan usul ditolak dengan suara majoriti menolak.

Teja Bahas Usul Anti Lompat..


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Wakil Teja yang bangun membahaskan usul anti lompat memulia denngan peribahasa pinggan tidak retak nasi tak dingin bagi menjawab mengenai usul yang dibuat bukan dengan tujuan dituju kepada kes lompat di Perak.

Dewan semakin hangat apabila wakil Pantai Remis mendedahkan dia juga mendengar sebenarnya Pangkor bertemu dengan Ketua Umum PKR dan meminta jawatan Menteri Besar.

Pangkor bangun menjawab tohmahan Pantai Remis dengan mencabar Teja untuk membawa Ketua Umum dan dia dimana-mana mesjid untuk bersumpah bahawa dakwaan itu sama sekali tidak benar.

Kubu Gajah yang mencelah supaya Pantai Remis menarik balik dakwaan tersebut juga ditolak oleh dewan.

Teja yang meneruskan perbahasan supaya Dewan menerima usul ini dengan bersangka baik demi kebaikan negara dan negeri.

Dewan hangat dalam perbahasan Usul Anti Lompat.


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Perbahasan dari wakil Pengkalan Hulu menjadi hangat apabila berlaku wakil dari Setiawan dan Behrang bangun untuk mmencelah .

Setiawan meminta dewan untuk meluluskan usul anti lompat bagi mengelak ada yang pindah parti.

Sambil itu dia mendakwa sebagai menjawab hujah dari Pengkalan Hulu dengan mencabar supaya didedahkan apakah maksud kenyataan di Istana dari isteri ADUN Bota yang meminta maaf kerana tertakan. juga mengenai Changkat Jering dan Behrang yang juga didakwa ada tekanan mengenai kes mahkamah yang disabitkan.

ADUN PR Tronoh usul Undang-Undang Anti Lompat Parti


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Satu usul yang telah diberi notis oleh ADUN Pakatan Rakyat dari Tronoh, YB. V. Sivakumar sedang dibentang dan dibahas oleh ADUN tersebut dalam DUN Perak..Teks penuh akan menyusul.  

Dewan lulus pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (Pindaan) 2012


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Kerajaan Perak Bantang pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (Pindaan) 2012. Pindaan tersebut telah dibentang oleh wakil Kamunting dan disokong oleh wakil Kampung Gajah.

Perbahasan usul dilakukan oleh wakil Lubuk Merbau, YB Zainuddin(PAS) dengan mengucapkan tahniah dan sokong atas pendaan tersebut sesuai dengan keperluan semasa.

Beliau juga meminta supaya SPA diberikan kuasa sepenuhnya kuasa untuk melaksanakan tugas tanpa gangguan dari pihak lain.

Selepas penggulungan dilakukan oleh pihak kerajaan Speaker meinta sokongan dewan dengan sokongan suara majoriti.

Ketua Pembangkang Persoal Sidang sehari ,Pantai Remis dan Simpang Pulai bantah soalan ditolak.


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Selepas sesi soalan lisan berakhir dengan pihak kerajaan yang sempat menjawab 6 soalan sahaja, Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bangun mencelah dan membantah tempoh sidang yang disebut oleh Speaker cuma sehari sahaja.

Dewan juga semakin hangat bila wakil Pantai Remis dan Simpang Pulai bangun membantah mengenai banyak soalan yang ditolak oleh Speaker dengan alasan yang tidak munasabah.

Menurut Pantai Remis soalannya mengenai berapa jumlah perbelanjaan lawatan MB Perak keluar negara ditolak oleh Speaker dengan alasan jawapan boleh diambil dalam buku rujukan biasa. YB Nga menyindir dan menjelaskan dia sudah cari disemua kedai buku namun tidak ada jawapan dan bertanyakan kepada Speaker apakah maksud buku rujukan biasa itu peringkat SPM atau STPM.

9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


ADUN DAP Pasir Pinji mencelah dalam soalan tambahan mengenai tapak warisan Lembah Lenggong yang didedahnya bahawa status tapak warisan sudah mendappat amaran dari UNESCO dua bulan selepas mendapat pengiktirafan.

Dewan menjadi hangat apabila jawapan dari wakil kerajaan iaitu dari Sungai Rapat dibantah dan dicelah oleh ADUN Pasir Pinji.Termasuk bantahan dari wakil Pantai Remis yang membantah jawapan Sungai Rapat yang menyebut tetang Bandar Georgetown juga yang mendapat amaran.

Jawapan dari Sungai Rapat ialah tidak ada amaran UNESCO namun makluman sahaja.

Sidang DUN Perak hari ini.


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Mesyuarat ke 2 Penggal kelima DUN perak yang ke 12 berlangsung pada hari ini bermula pada jam 10 pagi sebentar tadi.Sidang DUN pada hari ini dijangka hanya berlangsung untuk tempoh sehari sahaja.

Kesemua ADUN Pakatan Rakyat hadir pada sidang hari ini kecuali ADUN PAS dari DUN Gunung Semanggol, YB Hj Ramli Tusin yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan matanya.

Sesi sidang yang bermula pada pagi ini dimulai dengan sesi jawapan soalan-soalan oleh pihak Kerajaan Perak. Tempoh yang ditetapkan cuma sejam sahaja.