9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.
Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama.
"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.
Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.
Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.
Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.
2 ulasan:
Dr Said Ramadhan al-BuTi pernah membuat cadangan dalam kitabnya "Syarah al-Hikam" supaya ummat Islam membawa bincang perkara-perkara hukum-hukum Islam (termasuk perkara Mu'amalah , Jenayah dan Munakahah) dalam percakapan harian mereka di mana-mana sekalipun supaya Syari'at Islam itu hidup sepanjang zaman dan ummat Islam jangan lupa dan leka. Sudah lama musuh-musuh Islam berusaha menjadikan ummat Islam mengabaikan Syari'at Islam ...termasuk bab hukum Hudud dan Mu'amalat.
Sekiranya PAS dalam ceramahnya menyentuh tentang HUKUM ALLAH (Hudud) , ia membukakan minda kita semua , walaupun itu perkara politik. Kalau PAS mahukan Hudud diDAULATKAN ....kenapa pula UMNO tidak boleh sokong ?
Sepatutnya UMNO boleh membantu kearah ini. UMNO boleh membuat kajian dan penjelasan tentang Hudud dengan pembelanjaan wang satu juta ringgit atau lebih. Jika setiap tahun wang berjuta-juta dibalanjakan untuk hiburan dan maksiat , alangkah lebih baik jika UMNO gunakan untuk memberi penjelasan tentang Hudud melalui media-massa TV dan akbar ?????
dibawah ialah antara hadis2 berkenaan hakim.
“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)
orang islam tidak pernah mempertikaikan hukum hudud. cuma berselisihan pendapat tentang perlaksanaan nya. kebelakangan ini, banyak yg mempertikaikan keputusan2 mahkamah samada sivil atau syariah. sapa boleh jamin keadilan 100%. tlg jgn salah faham.
Catat Ulasan