30 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Motosikal yang ditahan dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk siasatan.
BANDA HILIR - Mat rempit sanggup melanggar dan merempuh anggota polis
semata-mata mahu meloloskan diri daripada sekatan jalan raya.
Itulah aksi berani yang dapat dilihat dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Eye On Malaysia, petang kelmarin.
Operasi dilakukan 14 pegawai dan anggota polis cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, diketuai Pegawai Penguat Kuasa Trafik, Inspektor Abd Zaki Zainal, bermula kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Operasi dilakukan 14 pegawai dan anggota polis cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, diketuai Pegawai Penguat Kuasa Trafik, Inspektor Abd Zaki Zainal, bermula kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Dalam operasi itu, seorang pelajar lelaki tingkatan lima turut ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya.
Sebanyak 14 motosikal disita dan pemiliknya turut dikenakan tindakan
kerana membenarkan penunggang tiada lesen menggunakan motosikal terbabit
dalam operasi yang dijalankan selama empat jam itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd
Rahman berkata, 100 motosikal diperiksa dan 14 daripadanya disita kerana
melakukan kesalahan menunggang tanpa lesen.
“Dalam operasi sama, kita turut mengeluarkan 45 saman atas pelbagai kesalahan,” katanya.
sinar/-




GEORGE TOWN:
Pengesahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 bahawa lebihan surplus yang
paling tinggi dicatat dalam sejarah Pulau Pinang yang naik 312% kepada
RM138 juta pada 2011 berbanding RM33 juta pada 2010 adalah usaha gigih
rakyat Pulau Pinang dan semangat berpasukan semua anggota pentadbiran
kerajaan negeri.


