Pena YDP Kuala Kangsar
20 Mei 2017
.إنا لله وإنا اليه راجعون..
Perginya sebutir permata PAS, Prof. Dr. Khazani selepas 15 tahun berada dalam team pemikir PAS dan selepas 3 tahun memegang jawatan sebagai Pengarah stategik PAS. Memerah fikiran dan tenaga tetap istiqamah hingga akhir hayatnya bersama PAS.
Apa yang ada padanya sudah cukup untuk dia senang dan berbangga di dunia..Kelulusan dan menerima anugerah anugerah Saintis Muda Negara tahun 2001, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
dan pemenang anugerah saintis cemerlang, 4 tahun berturut turut 2001-2004, Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau mendapat gelar Prof semasa berkhidmat di UPM.











