12 Julai 2017
Contoh Istiqamah
10 Julai 2017
Dongeng Timun Cina
09 Julai 2017
Terima Kasih Semua.
08 Julai 2017
Meningati dan bersiap untuk mati?
07 Julai 2017
Halalkah?
06 Julai 2017
Sampah Yang Sebenar.
05 Julai 2017
Jauhi mengata keji dan mengumpat.
04 Julai 2017
24 jam sehari semalam.
02 Julai 2017
"Bahagia".
01 Julai 2017
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Pena Idham Lim
7 Syawal 1438H.
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)
Ziarah dipusara sayu hati ini melihat banyak kubur yang masih terbiar tidak terurus walau sudah seminggu lebaran. Benarlah kata-kata "seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak" namun "sepuluh orang anak belum pasti mampu menjaga seorang ibu". Juga demikianlah mereka juga tidak mampu menjaga kubur ibunya yang pergi untuk selamanya. Walaupun untuk sekali dalam setahun.
Sejahtera Bersama Islam.
30 Jun 2017
Sudah Berada Di Rumah Allah Namun Abaikan Berjemaah
Pena Idham Lim
6 Syawal 1438H.
Singgah disebuah Masjid. Penuh dengan rombongan pengantin. Dukacitanya yang solat berjemaah boleh dikira dengan jari. Sayang sekali sudah berada di Rumah Allah namun masih tidak mampu solat berjemaah. Kalau begitu dakwah perlu ditingkatkan kerana kalau dibiarkan suatu masa nanti masjid akan hanya digunakan bila solat hari raya, majlis akad nikah dan solat jenazah sahaja. Segalanya tidak mustahil boleh berlaku.
Sejahtera Bersama Islam.
29 Jun 2017
Intai Tarikh Untuk Mula Puasa 6 Syawal.
Pena Idham Lim
5 Syawal 1438H
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun".
Sesudah 5 hari Syawal berlalu, tahniah kepada yang mula berpuasa 6 Syawal dan kepada yang belum marilah kita mengintai-intai tarikhnya untuk kita mula berpuasa.
Sejahtera Bersama Islam.
28 Jun 2017
Sampul Infak Madrasah di Cambodia
Pena Idham Lim
4 Syawal 1438H.
Terharu mendengar kisah daifnya umat Islam di Kemboja yang hidup dalam serba kekurangan seperti yang diceritakan oleh Ust. Yusof Taib Mudir Madrasah Abdul Rahmah Kg. Wilvong yang terletak 170 km dari bandar Phnom Penh. Jauh sekali dengan kemewahan dan senangnya umat Islam di Malaysia. Walaupun pun susah mereka di Kemboja masih bangkit untuk mempertahankan dan membangunkan Islam. Kagum dengan kegigihan Ust. Yusuf yang menginfakkan dirinya demi kemajuan pendidikan anak bangsanya.
Mulai bulan Julai ini saya akan menyediakan SAMPUL INFAK untuk dikirim pada setiap bulan ke Kemboja bagi menampung keperluan Madrasah yang dikelolakan olehnya.
In shaa Allah saya akan berikkan akaun berkenaan. Ust yusof balik ke kemboja esok dan dia akan buka akaun maybank cambodia secepat mungkin.
Sejahtera Bersama Islam.
27 Jun 2017
Layan Tetamu Istemewa.
Pena Idham Lim
3 Syawal 1438H.
Hari ini saya menerima seorang tamu dari Kemboja Ustaz Yusof yang saya kenali sejak setahun lepas. Beliau datang Ke Malaysia sejak 22 jun lepas mengorbankan masa untuk tidak berhari raya bersama keluarga demi mencari dana untuk menampung pengurusan dan pembangunan madrasah yang dikelolanya di Kemboja. Satu perjuangan murni yang saya hargai dan perlu dihargai dan sewajarnya mendapat bantuan dari semua pihak. Dia akan saya layan sebagai tetamu istemewa yang berkebetulan dengan suasana Hari Raya sehingga beliau akan pulang ke negaranya pada subuh Khamis 29 jun ini. Kepada sahabat yang berhajat untuk membantu boleh hubungi saya.
Sejahtera Bersama Islam.
26 Jun 2017
Lazimi amalan baik.
Pena Idham Lim
2 Syawal 1438H.
Masa begitu cepat berlalu. Hari ini sudah 2 Syawal. Saya mengingatkan diri saya dan rakan taulan jangan kita abaikan kelaziman beribadah di bulan Ramadhan yang telah kita dididik dan mampu dilakukan. Terutamanya sebagai seorang ahli gerakan Islam pastikan anda melazimi untuk solat secara berjemaah. Kerana orang yang baik amalannya selayaknya menjadi orang yang terbaik ikutannya.
Sejahtera Bersama Islam.