KUALA LUMPUR: Airasia Super App melancarkan FACES, teknologi pengecaman wajah pertama di rantau ini yang mengenal pasti pelanggan melalui pengecaman wajah segera, untuk memesan dan membayar banyak tawaran perjalanan dan gaya hidup dalam satu aplikasi.
Mas Ermieyati dicalonkan sebagai Ketua Menteri Melaka oleh PErikatan Nasional (PN). - Foto NSTP/ Hazreen Mohamad
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka.
Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di pejabat PN, di sini hari ini.
Muhyiddin bersama barisan pemimpin tertinggi PN mengumumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka. - Foto NSTP/ Hazreen Mohamad
Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN.
"Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan professional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri.
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menamakan Dato’ Mas Ermieyati Samsuddin sebagai calon Ketua Menteri (KM) Melaka berikutan ahli Parlimen Masjid Tanah itu merupakan seorang yang berkelayakan, profesional, muda dan mempunyai banyak pengalaman.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu menjadi bukti bahawa PN sentiasa memberi ruang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina untuk memegang jawatan penting.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Bajet 2022 peringkat dasar yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini bakal memberi sinar baharu buat ahli Keluarga Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya malam ini, Ismail Sabri berkata kelulusan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini meliputi pelbagai kaum, budaya dan agama dan tiada pihak yang akan tercicir.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 atau Bajet 2022 di peringkat dasar.
RUU itu diluluskan dengan undian suara selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa perlu melalui undian belah bahagi.
ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia menerima teguran Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kerana baginya perkara itu hanya sekadar gurauan.
Malah, beliau telah memohon maaf kepada mufti terbabit yang kebetulan pensyarahnya ketika belajar di Universiti Sains Malaysia sebelum ini.
PUTRAJAYA: Segala bentuk penjualan aset milik Lembaga Tabung Haji diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV) yang dibentuk semasa pentadbiran kerajaan terdahulu telah diarah supaya dihentikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad memberitahu, tindakan tersebut sebagai jaminan kerajaan terhadap kepentingan aset-aset sedia ada yang belum lagi dijual.
MELAKA: Pakatan Harapan (PH) dipercayai melanggar peraturan pilihan raya dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana menggunakan bahan poster yang boleh mengelirukan pengundi.
Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Negeri Melaka, Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, PH seolah-olah terdesak dan tiada integriti sehingga terpaksa memasang poster #Adly Zahari MYCM (Ketua Menteri Saya) untuk mempengaruhi pengundi.
KERAJAAN Negeri Kedah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengumumkan bahawa tidak akan lagi mengeluarkan mana-mana kelulusan lesen premis judi di seluruh negeri Kedah dan menghadkan penjualan minuman keras secara terbuka kepada semua pengguna bukan Islam di semua PBT.
Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bahawa keputusan berkenaan diambil hasil daripada perbincangan dalam Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri pada minggu lalu.
BANGI 16 NOVEMBER 2021. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berucap ketika Majlis Pelancaran Buku Koleksi Teks Ucapan & Coffe Table KPPA dan Sesi Town Hall bersama sama Warga Universiti Awam dan Pelajar Pelajar Tajaan JPA di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi. STR/AZHAR RAMLI
BANGI: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperhalusi data penjawat awam yang masih enggan menerima vaksin COVID-19, sebelum membuat keputusan berkenaan tindakan selanjutnya ke atas mereka.
KUALA LUMPUR: Amalan berjudi tidak hanya diharamkan oleh Islam sahaja, bahkan ia turut dilarang di dalam semua agama, demikian dinyatakan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Dr Balachandran Gopal Krishnan.
MELAKA: Seramai 11,557 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.
Jumlah pengundi awal ini terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.
Proses pengundian awal juga disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding.
Tinjauan Harakahdaily seawal pagi di Pusat Mengundi Awal berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak mendapati pusat undian berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Harakahdaily kongsikan suasana undi awal di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak.
Tujuh lokasi mengundi bagi tentera dan pasangan sedang dijalankan di Bilik Gerakan 96 DPP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Bilik Pusat Latih Palapes Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di DUN Durian Tunggal serta Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah membabitkan DUN Bukit Katil.
DUN Sungai Udang merekodkan jumlah pusat pengundian awal terbanyak iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak I, SK Kem Terendak II dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak serta Dewan Borhan.
BUKAN mudah berdepan pilihan raya dalam keadaan kempen terpaksa berjalan dengan kaedah norma baharu, apatah lagi ada beberapa kawasan yang capaian internetnya ‘kaput’ amat.
Ini luahan beberapa sahabat yang berkampung di Melaka sejak sebelum proses penamaan calon hingga ke saat ini khasnya di kawasan yang agak kurang akses internet seperti di Kuala Linggi, Ayer Limau dan Tanjong Bidara serta Taboh Naning.
MELAKA: Calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Ahmad Bilal Rahudin berkempen menggunakan bas persiaran dua tingkat.
Fungsi utama bas berkenaan adalah untuk memudahkan pergerakan petugas dan jentera parti dari satu tempat ke satu tempat.
PERANG BENDERA PARTI … Bendera Parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memenuhi pada kiri dan kanan jalan raya bagi menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Sempang dekat Merlimau, Melaka. - Foto hiasan/BERNAMA
Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin hangat apabila 112 calon dan jentera sibuk berkempen siang malam memancing undi dengan tempoh berbaki empat hari sebelum hari pengundian.