09 Januari 2010

PAS: Serang gereja bercanggah dengan Islam

Serangan terhadap tiga gereja, satu daripadanya menyebabkan kebakaran teruk, hari ini bercanggah dengan Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri," katanya, mengulas insiden mengejutkan itu.

"Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu."

Gereja hangus dibaling bom petrol


Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.

Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.

Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.

"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.

Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.

"Kita telah meminta semua balai bomba supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kebakaran di tempat ibadat," katanya kepada AFP.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Othman berkata polis menemui satu spanar dan satu bekas minyak tanah di tempat kejadian, bersama dengan dua helmet yang terbakar.

Katanya, polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara atau denda.

Sementara itu, Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi.

Pegawai gereja itu berkata, bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi tidak meletup.

Gereja ketiga di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel.Malaysiakini/-

ANTARA SURUHANJAYA DIRAJA DAN `DIKAMBINGHITAMKAN'

OLEH: JJ (http//www.joharapat.blogspot.com)

Berkatalah Ketua Pergerakan Puteri Umno Shah Alam, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, saperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini (7 Januari 2010), "tiada ada keperluan untuk menubuhkan Suruhanraya Diraja bagi menyiasat kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM saperti yang didesakan pembangkang"..

Berkata lagi Datin Rosnah, "pada saya untuk apa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk kes ini, kita tidak perlu ikut rentak pembangkang, kita sudah ada agensi untuk menyiasat".

Orang yang berfikir dan memiliki fikiran terbuka merasa geli hati dengan kenyataan beliau tersebut, Tidakkah Rosnah itu mengetahui kes ini melibatkan maruah negara dan memperlihatkan kawalan keselamatan negara yang longgar., ini bukan kes curi ayam atau kecurian alat ganti kereta di bengkel., Yang di curi ialah benda besar , dua enjin pesawat milik TUDM, Orang ramai hendak tahu bagaimana ia boleh berlaku dan siapa yang terlibat.

Memang benar kerajaan ada agensinya tersendiri untuk menyiasat, soal sekarang banyak pihak meraguinya setelah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail mengerluarkan kenyataan hanya pegawai berpangkat rendah yang terlibat dalam kecurian enjin tersebut. Yang disyaki terlibat telah dibawa ke mahkamah dan mereka tidak mengaku bersalah. Kita tidak bercakap soal itu biar mahkamah menentukannya.

Datin Rosnah perlu tahu apa yang diperkatakan banyak pihak ialah kenyataan Peguam Negara itu yang menyatakan yang terlibat cuma pegawai pangkat rendah, tidak ada pegawai berpangkat tinggi dalam TUDM yang terlibat, ini yang meragukan banyak pihak..

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, hasil siasatan itu menunjukan seolah olahnya wujud konsprirasi untuk menghilangkan bahan bukti dan fakta kes yang yang melibatkan pegawai atasan dan pemimpin politik

Bukan pemimpin PAS sahaja yang meragui hasil siasatan itu, malah Setiausaha Pemuda Gerakan Nasional, Dr. Domonic Lau turut kurang berpuas hati dengan kenyataan Tan Sri Ghani Patail itu.

"Saya berpendapat kes ini berkemungkinan besar didalangi oleh kakitangan syarikat penyelenggaraan pesawat dan orang dalam TUDM". katanya saperti dilapor sebuah akhbar tempatan 6.1.2010..

Menurut beliau lagi, perkara tesebut melibatkan isu antarangsa, tanpa kebenaran pegawai kanan yang terlibat, pegawai berpangkat rendah tidak boleh membawa enjin tersebut ke luar negara

Hasil siasatan yang diumumkan oleh Peguam Negara turut mendapat perhatian dari Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korapsi (GERAK), pengerusinya Mohd Nazree Mohd Yunus turut tidak berpias hati dengan hasil siasatan tersebut..

"Mustahil tidak terlibat pegawai kanan tentera, pasti ada pihak yang ingin menutup kesalahan serta `mengkambinghitamkan' orang lain", lapor Sinar Harian (6 Januari 2010)

Bagi beliau jika pegawai pangkat rendah boleh menjual harta negara kepada pihak luar, adakah tidak mustahil perkara itu turut melibatkan pihak atasan
.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengulas isu yang sama menjelaskan satu yang mencurigakan jika tidak ada pegawai atasan tentera yang terlibat dalam kes curi enjin pesawat TUDM itu.

"Ini seperti cerita lawak dan tidak munasah bagaimana pegawai bawahan boleh mencuri dan menjual enjin pesawat ke luar negara?, adakah perkara ini boleh berlaku dengan mudah jika tiada campur tangan pihak atasan.", katanya seperti yang dilapotkan akhbar tempatan 6.Januari 2010.

Komen dan luahan hati banyak pihak yang meragui pendedahan yang dibuat oleh Peguam Negara itu mencerminkan ada yang tidak kena dengan hasil siasatan itu, masih tidak telus lagi. Inilah sepatutnya diketahui oleh rakyat termasuk Datin Rosnah.

Oleh kerana itulah Mahfuz mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes tersebut atau memanggil sidang khas Parlimen untuk membawa usul pembentukan jawatan kuasa bebas. Akan tetapi sehingga kini Najib tidak pun lagi bertindak menubuhkan suruhanjaya itu, atau memanggil sidang khas Parlimen. Rakyat mahu kerajaan telus dalam menyiasat kes ini, jika tidak rakyat akan terus meragui siasatan tersebut..

Apabila hasil siasatan dibuat oleh Suruhanjaya Diraja, segala keraguan itu akan terjawab dan rakyat merasa lega dengan hasil siasatan suruhanjaya bebas. Inilah yang rakyat mahu, saperti kata Mahfuz sekiranya suruhanjaya itu tidak ditubuhkan, beliau akan menganggap siasatan yang diumumkan itu sebagai konspirasi pihak tertentu untuk `mengkambinghitamkan pegawai pangkat rendah bagi menyelamatkan pihak lain.

Ketua PAS Cawangan Pekan Rezeki, Ipoh meninggal dunia.

22 Muharram 1431

IPOH : Seorang aktivis PAS yang saya kenali sejak tahun 1998, Cikgu Yusof Sam (gambar) telah kembali kerahmatullah pada awal pagi tadi. Allahyarham juga merupakan Ketua Cawangan PAS Pekan Rezeki di sini.

Berita duka itu saya terima dari satu panggilan pada awal pagi tadi dan dari sms yang dikirim oleh blogger Bumi Perak.

Saya mewakili pimpinan PAS Perak dengan ini mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Jumaat hari ini.Semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh.Al Fatihah....

Sementara itu ajijoi dalam blognya http://ajijoi.blogspot.com melaporkan dengan tajuk - Al-Fatihah buat Ayahanda Yusof Sam

IPOH 8 JAN Cikgu Yusof Sam yang juga lebih dikenali sebagai Ayahanda Yusof telah kembali kerahmatullah malam tadi (12 malam) di rumahnya di Pekan Razaki, Ipoh.

Allahyarham yang juga Ketua Cawangan Pas Pekan Razaki sebelum ini dikatakan kelihatan sihat dan kembali seperti sediakala setelah lama terlantar di hospital kerana kanser usus.

Namun, Allah lebih menyayanginya berbanding kita yang disekeliling.

Jasanya di dalam perjuangan Islam akan sentiasa dikenang rakan dan lawan. Semoga segala jasa baktinya akan dihitung dan diberikan ganjaran pahala yang berlimpahan oleh Allah Taala.

Jenazah Allahyarham Cikgu Sam yang kita semua sayangi akan dikebumikan selesai solat Jumaat hari ini.

PENGAWAL KESELAMATAN DI HOSPITAL TAIPING

22 Muharram 1431
Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

TANGGAL 14.12.2009, DETIK YG TIDAK AKAN SAYA DAN KELUARGA LUPAKAN KERANA TIKA DAN SAAT ITU TEPAT JAM 7.06 MINIT MALAM BAPA MERTUA SAYA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SAYA DAN PIHAK KELUARGA BEGITU BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA JURURAWAT DAN PARA DR HOSPITAL TAIPING TERUTAMA DI WAD C6 YG MEMBANTU MENJAGA DAN MENGURUSKAN ARWAH SEPANJANG BELIAU MENDAPAT RAWATAN DISANA. TERINGAT SAYA SEORANG JURURAWAT WAD C6 YG SANGGUP BERJALAN KAKI JAUH SEMATA2 UTK MENGAMBIL BORANG MENGGUNAKAN VAN JENAZAH DIRUMAH MAYAT. MUNGKIN KASIHAN MELIHAT KAMI YG SEDIH PEMERGIAN ARWAH. UTK INI SAYA MEMBERI LIMA BINTANG KEPADA STAFF DAN DR DI WAD C6 TAIPING. TAHNIAH DAN SYABAS SERTA TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

NAMUN BEGITU, 1 PERKARA YG PERLU PIHAK HOSPITAL TAIPING MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG SIKAP PENGAWAL KESELAMATAN DI HOSPITAL BERKENAAN. BUKAN HENDAK MENCARI KESALAHAN TETAPI BAGI MEMBERI PERINGATAN KEPADA PENGAWAL2 TERSEBUT AGAR LEBIH BERPERIKEMANUSIAAN. ISTERI SAYA TELAH DTG UTK BERJUMPA DGN DR DI WAD BAGI MEMINTA IZIN MEMBAWA BAPA BALIK KE RUMAH DAN BERBINCANG TENTANG MASALAH KESIHATAN BAPA YG MAKIN TENAT. KETIKA ISTERI SAYA MEMINTA IZIN MASUK PIHAK KESELAMATAN TIDAK MEMBENARKAN WALAUPUN TELAH DIBERITAHU TENTANG TUJUAN. ISTERI SAYA TELAH BERDIRI DIDEPAN JAGA TERSEBUT SELAMA KIRA2 1 JAM. SAAT ITU SIFAT BELAS EHSAN LANGSUNG TIADA KELIHATAN DIJIWA MEREKA. KEBETULAN ADA SEORANG BERBANGSA CINA MASIH MUDA LAGI HENDAK MASUK MEMBAWA AIR 100 PLUS YG DIMINTA OLEH KELUARGANYA YG SEDANG NAZAK. BELIAU TELAH MEMINTA IZIN KEPADA PENGAWAL TERSEBUT DAN MEMANG PENGAWAL TERSEBUT TAHU TENTANG SITUASI YG DIHADAPI. TAHUTAK APA YG DIKATAKAN OLEH JAGA TERSEBUT? ORG YG SAKITTU DAH NAZAK TAK GUNA NAK BAGI AIR DAH, LAGIPUN DAH RAMAI DIATASTU.......PATUTKAH INI? TERDIAM ORG CINA TERSEBUT DUDUK DITEPI HOSPITAL MENGENANGKAN KATA2 JAGA TERSEBUT. ISTERI SAYA YG SUDAH TIDAK TAHAN TERUS BALIK KERUMAH MENCERITAKAN KEPADA SAYA.

SAYA PUN BERGEGAS KE HOSPITAL MEMBAWA ANAK2 SETELAH MENGETAHUI BAPA MERTUA SUDAH MULAI TENAT DAN SEBAB TERLALU GERAM MENDENGAR CERITA ISTERI SAYA TERSEBUT. SAMPAI SAHAJA DI HOSPITAL, MUNGKIN REZEKI JAGA YG TIADA HATI PERUTTU TIADA DISITU TELAH DIGANTI DGN JAGA LAIN. SAYAPUN TERUS MENUNJUK TANGAN NAK NAIK BAPA DAH TENAT, TERUS JAGA MEMBERI MASUK. MUNGKIN DIA DAH MULA NAMPAK RIAK MUKA SAYA YG MENUNGGU SAJA NAK MELETUP. SAMPAI SAHAJA DI WAD, BAPA MERTUA DAH TAK SEDAR. MENURUT KATA JURURAWAT BARU LAGI. JAM 8 HINGGA 9 TADI MASIH ELOK. MENANGIS ISTERI SAYA KERANA KALAU JAGA YG XBERHATI PERUT TADI MEMBENARKAN BELIAU MASUK MUNGKIN DPTLAH ISTERI SAYA BERBUAL BUAT KALI TERAKHIR. MUNGKIN INILAH SURATAN TEPAT JAM 7.06 PM BAPA MERTUA SAYA KEMBALI KERAHMATULLAH DGN UCAPAN AKHIRNYA DI DUNIA INI YG JELAS KAMI SEMUA DENGAR ADALAH........ALLAH......SAMPAI KE AKHIR SAYA MENGURUSKAN JENAZAH ARWAH PAK METUA, SAYA MASIH TERCARI2 JAGA YG TIDAK BERHATI PERUT TADI, YG HAIRANNYA MEMANG XJUMPA LANGSUNG. TERINGAT SAYA KATA2 ISTERI SAYA BAGI MENENANGKAN SAYA, HARI INI HARI KITA ESOK MUNGKIN HARI DIA PULAK, SABARLAH, ALLAH TAALA MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA2NYA, ORG PAS KENA SABAR........WALLAHUAKLAM

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Lagi gambar DS. Nizar kemalangan.

22 Muharram 1431

DS. Nizar ditemani oleh pembantu peribadinya, Sdr. Amran Harun(bersongkok) masih boleh senyum dan melambaikan tangannya semasa sampai di Hospital Tuanku Bainun kelmarin. Beliau selamat dan cuma mengalami luka ringan dalam satu kemalangan pada jam 9.30 pagi kelmarin di Ipoh.









08 Januari 2010

Awas, SMS menawarkan aksi video klip panas

22 Muharram 1431
http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com

Kebelakangan ini pengguna-pengguna perkhidmatan telekomunikasi mudah alih terutamanya Celcom sering didatangi sistem pesanan ringkas ‘SMS’ yang menawarkan koleksi-koleksi video panas untuk dinikmati hanya dengan menaip “YA” dan membalas ke nombor peribadi pengirim.

Walau pun digambarkan keperihatinan pengirim SMS itu dengan memberikan amaran hanya untuk yang berumur 18 tahun ke atas sahaja, tetapi tindakan menawarkan perkhidmatan dan perniagaan yang sedemikian rupa dilihat langsung tidak bertanggungjawab

Malaysia kini makin parah dihambat penyakit sosial terutamanya penyakit keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja yang bakal mewarisi negara ini kelak. Seluruh pelusuk tanahair samada di bandar-bandar besar atau di desa-desa kini dilimpahi dengan koleksi video klip aksi-aksi seks remaja tempatan yang cukup mudah diperolehi.

Sebelum ini, peranan mendedahkan remaja kepada keruntuhan moral ini hanya dimainkan oleh sebahagian besar peniaga-peniaga telefon mudah alih yang menawarkan khidmat muat turun klip-klip video seks tempatan sebagai tarikan pelanggan.

Kini ianya peranan itu dikongsi bersama mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan perkembangan teknologi yang semakin canggih semata-mata kerakusan mengaut keuntungan apabila tiada usaha-usaha untuk menyekat operasi mereka.

Penghantar mesej ini semakin berani apabila beroperasi menggunakan nombor peribadi yang didaftarkan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini. Disenaraikan di sini nombor-nombor telefon yang digunakan untuk mengirim SMS seperti itu dalam tempoh seminggu lalu, iaitu : 013-4580391 , 013-4310105 , 013-4309756 ,

Kesemua nombor-nombor itu mengirimkan mesej penawaran koleksi video panas untuk dimiliki dengan amat mudah iaitu dengan membalas “YA” ke nombor yang sama. Memang mudah, sesiapa saja boleh mendapatkan koleksi itu walau pun kanak-kanak berumur 10 tahun yang kini kebanyakannya telah dibekalkan dengan telefon mudah alih oleh keluarga mereka.

Pembekal perkhidmatan sistem telekomunikasi ini seharusnya lebih peka dengan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada keruntuhan moral di kalangan remaja di negara ini. Mereka perlu bertindak segera membendung gejala tidak sihat ini untuk membersihkan imej buruk angkara individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Syarikat-syarikat yang menyediakan sistem telekomunikasi di negara ini dinasihatkan jangan terlalu mementingkan keuntungan hasil dari kegiatan tidak beretika yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyumbang ke arah penularan penyakit sosial di kalangan pengguna perkhidmatan mereka.

Dua Tok Guru Hadir Ke Taklimat Penerangan 9 Jan

22 Muharram 1431

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengesahkan akan hadir ke Taklimat Penerangan Isu-Isu Semasa pada 9 Januari 2010 anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat.

Program yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini akan dirasmikan oleh Presiden.

Program akan bermula dari jam 8 pagi dan akan ditutup oleh Mursyidul Am jam 5.30 petang.

Program ini diadakan khusus untuk membentangkan isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga segala pengkhianatan Umno dan Barisan Nasional terhadap rakyat akan dibongkar dan didedahkan kepada seluruh jentera penerangan yang hadir.

Taklimat ini dijangka akan melibatkan kehadiran Ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri, Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP, Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri, Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah menghubungi Pegawai Tadbir Penerangan, Shahir di talian 019-2153225.

Harakahdaily/-

Lapor SPRM: Usaha terancang bermotif politik– Nik Amar

22 Muharram 1431
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 7 Jan: Kerajaan negeri menyedari ada usaha terancang bermotif politik dilakukan pihak tertentu bagi menggugatkan kerajaan negeri.

Antaranya mengadakan demontrasi, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bertujuan mencemarkan imej Kelantan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika dinilai dari sudut politik segala tindak tanduk mereka bertujuan politik semata-mata.

“Jika seorang menerima dokumen mengenai dakwaan penyelewengan yang diposkan ke rumahnya, ini sudah memperlihatkan ada agenda politik di situ,” katanya kepada pemberita selepas program masakan asyura di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang aktivis kebudayaan membuat laporan kepada SPRM mengenai dakwaan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beberapa individu lain.

Mohd Amar berkata, dakwaan seperti itu biasa didengari, namun apakah dia ada asas dan bukti yang kukuh sehingga sanggup membuat laporan kepada SPRM.

“Aduan atau dakwaan seperti ini seolah-olah seperti ada suatu perancangan politik untuk mengganggu gugat pentadbiran kerajaan negeri,”ujarnya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tetap akan memberi kerjasama kepada semua pihak sama ada SPRM atau polis bagi menyiasat setiap dakwaan yang diterima.

“Sebelum ini pun banyak dakwaan dilaporkan kepada polis atau SPRM membabitkan pemimpin kerajaan negeri, tetapi belum ada yang boleh disabitkan dengan kesalahan.

“Banyak tuduhan dibuat, malangnya tidak ada yang terbukti benar, tetapi sekarang ini kita tengok bilangan tuduhan itu meningkat dengan cepat. Ini memperlihatkan seperti ada satu perancangan,” ujarnya.

Beliau tidak menolak agenda seumpama itu akan menjadi semakin galak apabila musim pilihan raya semakin hampir.

Turut berpandangan sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof yang yakin ada agenda terancang mahu mencalar emej kerajaan negeri Kelantan.

Harakahdaily/-

Seleweng Konsesi Balak: Tubuh Suruhanjaya Siasatan

22 Muharram 1431
Kenyataan Dewan Pemuda PAS Perak

IPOH, 7 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan hasrat ikhlas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyiasat dan mendedahkan kepada rakyat isu penyelewengan pengagihan konsesi balak yang telah ditimbulkan oleh Kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) bagi tujuan memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

DPPN Pk amat bersetuju jika benar Datuk Seri Zambry telus di dalam isu ini, DPPN Pk mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu penyelewengan pengagihan konsesi balak dari 50 tahun dahulu sehingga sekarang bagi kerajaan yang telah memerintah supaya rakyat boleh bernilai keadaan sebenarnya. DPPN Pk mencabar Datuk Seri Zambry untuk membuka siasatan terbuka sepanjang 50 tahun Kerajaan Negeri Perak yang telah di tadbir oleh UMNO/ BN.

DPPN Pk melihat semasa perbentangan bajet 2009 oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyatakan Kerajaan Negeri PR telah menjana hasil sebanyak RM40 juta berbanding hanya RM17 juta yang dikutip oleh Kerajaan Negeri BN sebelum ini. Ini kerana Kerajaan Negeri PR telah melaksanakan sistem tender kawasan balak dengan telus

Adalah tidak adil kononnya isu pengagihan konsesi balak ini hanya tertakluk kepada semasa pemerintahan Kerajaan Negeri PR sahaja dan tertubuhnya Jawatankuasa Khas ini telah menunjukkan ianya berpihak kepada UMNO / BN semata-mata. Ia bukannya untuk mencari kebenaran atas pekara tersebut yang rakyat boleh menilainya sendiri.

DPPN Pk menanti supaya cadangan ini di terima dan mencabar jika benar-benar Datuk Seri Zambry ikhlas di dalam mencari kebenaran untuk memastikan wang rakyat di uruskan dengan sebaik-baiknya. Jika Datuk Seri Zambry hanya terus menggunakan kaedah siasatan bersama Jawatankuasa Khasnya, terbukti Datuk Seri Zambry cuba menutup penyelewengan UMNO / BN di dalam isu ini.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

PAS seru ahli sertai bantah Mesir hari ini , bukan demo lain

Nazri Abdullah & Salmah Mat Hussin

KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat .

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.

Selain itu, katanya PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah.

"PAS telah putuskan untuk membuat bantahan rasmi terhadap kerajaan Mesir , jadi kita seru seluruh ahli kita untuk bersama dalam himpunan di Kedutaan Mesir , bukan di tempat-tempat lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, masyarakat bukan Islam turut diajak menyertai perhimpunan menyerah memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur petang ini.

Program tersebut dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Ketuanya, Nasaruddin Hassan berkata, tindakan kerajaan Mesir tersebut membuktikan negara berkenaan tidak berperikemanusiaan dan kurang berminat membebaskan rakyat Palestin daripada terus dizalimi Israel.

“Dewan Pemuda akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bebaskan Palestin tidak lama lagi bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap semua anggota masyarakat yang prihatin penderitaan umat Islam di Palestin turut sama membantah tindakan kerajaan Mesir.

Harakahdaily/-

WAN NIK WAN YUSSOF: Agenda jatuhkan imej kerajaan Kelantan



Keratan akhbar yang saya lampirkan adalah contoh jelas, betapa sekarang ini telah berjalannya agenda halus dan tersirat yang ditaja oleh pihak tertentu.

Ia bertujuan untuk menjatuhkan imej dan memudarkan keyakinan rakyat Kelantan dan warganegara amnya terhadap kredibeliti Tok Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.

Sudahlah sebelum ini, berlakunya tindakan dari dalam untuk mencelarukan Kerajaan Negeri melalui pelbagai report, saman dan penulisan tidak bertanggungjawab dalam akhbar dan blog.

Kesemua itu ada hubungkait dengan perancangan agenda setting pihak tertentu untuk memberi keredit mahupun political mileage kepada UMNO Kelantan untuk bengah memanipulasikan isu dan perkembangan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Tok Guru.





Selain laporan kepada SPRM, terbaru pula sebuah akhbar mainstream (Utusan Malaysia, 6 Januari 2010) turut menyiarkan rencana wartawannya sendiri (di sebelah) yang jelas cuba memanipulasikan perkembangan kesihatan Tuanku Al-Sultan Kelantan ke kancah pentadbiran Kerajaan Negeri.

Begitu pula, pada hari sama Sinar Harian (6 Januari 2010) turut melaporkan tindakan seorang peniaga yang membuat report polis berhubung dengan isu yang diputar oleh Utusan Malaysia itu (di sebelah).

Belum lagi mengambil kira tindakan manipulatif penyampaian berita menerusi kaca televisyen-TV1, TV2 dan TV3 serta TVBernama.

Rumusan mudah adalah peranan media berkenaan begitu bersungguh-sungguh untuk mengocakkan perkembangan isu-isu pentadbiran Kelantan sampai berani membuat kenyataan (menulis) pertelingkahan membabitkan keluarga diraja dan pentadbiran negeri tersepit.

Maka, sekaligus pihak tertentu itu sedang mencipta suatu persepsi negatif rakyat terhadap istana Kelantan dan Menteri Besar dalam perkembangan mutakhir.

Jika diteliti dari perspektif teori persepsi, tindakan manipulatif dan menggunakan asakan seperti laporan kepada pihak berwajib adalah sedikit sebanyak tindakan itu adalah suatu usaha ke arah memenuhi maksud persepsi itu sendiri.

Sebagaimana disebut Horovitz (2000), persepsi itu terbentuk melalui tiga faktor: psikologi, fizikal dan imej.

Maka, dalam konteks Negeri Kelantan faktor psikologi adalah sikap rakyat Kelantan antaranya suka mengikuti perkembangan politicking, faktor fizikal pula adalah tindakan membuat laporan kepada pihak polis/SPRM dan imej pula adalah berkaitan dengan penerimaan dan keyakinan kepada imej kepimpinan seperti Tok Guru sebelum ini diyakini baik, tidak rasuah dan mengutamakan keberkatan.

Sehubungan itu, cara media membuat putaran isu meskipun tanpa sokongan fakta kukuh, ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi psikologi rakyat yang suka membuat keputusan tanpa usul periksa.

Budaya skeptikal (mengusul periksa~tabayyanu) bukanlah amalan orang kebanyakan golongan rakyat.

Sebaliknya ramai kalangan rakyat adalah mudah tersedu dengan sesuatu berita yang sensasi dan mudah pula membuat rumusan sehingga menegatifkan sesuatu yang belum pasti.

Oleh itu, pihak media termasuk segelintir wartawan akan menggunakan peluang atas kelemahan budaya skeptikal itu untuk memutar isu (spin up) dan memperagakan (commercialize) berita yang dangkal tanpa fakta.

Justeru itu, tindakan Utusan Malaysia tersebut dan individu yang menamakan diri sebagai 'aktivis kebudayaan' dan 'peniaga' adalah antara mereka yang pragmatis mencetuskan tindakan fizikal bagi mengubah persepsi rakyat Kelantan terhadap kredibeliti Tok Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan yang cukup disegani sebelum ini.

Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat Kelantan dan warga pentadbiran Kerajaan Negeri yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan hidup di bawah naungan payung Istana Kelantan dan berkat Kepimpinan Ulamak Tok Guru merakam kekesalan di atas tindakan manipulatif pihak wartawan dan media serta individu tersebut.

Semoga Tuhan Yang Esa, membuka pintu ta'akulan yang jilah terhadap mereka yang bertindak songsang dan negatif serta berlawanan dengan psikologi/persepsi baik majoriti rakyat Kelantan terhadap Istana Kelantan dan Tok Guru Menteri Besar.

Wassalam.

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan


Iktibar daripada kemalangan Nizar

22 Muharram 1431
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi.

Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu.

Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK).

Adakah ini suatu kebetulan?

Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.

Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.

Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara.

Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya.

Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.

Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.

Sekian, terima kasih

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

Enjin F-5E: AG jangan buat lawak antarabangsa

22 Muharram 1431
http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta agar Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail tidak membuat lawak antarabangsa dalam kes kehilangan dua unit enjin Jet Pemintas F-5E milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang bernilai RM 100 juta.

PAS melihat, pendakwaan dua orang tertuduh melibatkan anggota TUDM, Sarjan N. Tharmendran dan Pengarah Syarikat K. Rajandran Prasad sebagai melepaskan batuk ditangga dan tidak serius.

PAS yakin bahawa ada lagi pihak-pihak lain yang terlibat tetapi tidak didakwa. Kes ini melibatkan kehilangan dua unit enjin Jet yang besar bukannya kehilangan dua biji telur ayam atau gula-gula Hacks.

Adalah mustahil kes yang boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah antarabangsa hanya melibatkan dua orang sahaja.

Mustahil bagi N. Tharmendran membawa keluar dua enjin ini tanpa dibantu oleh sesiapa. Adalah tidak logik bahawa semua dokumen pelupusan enjin berkenaan hanya diketahui oleh beliau sahaja.

TUDM mempunyai ramai anggota yang menjaga stor logistik dan tempat enjin berkenaan disimpan. Maka, adalah mustahil jika enjin ini boleh dikeluarkan dari kawasan TUDM yang dikawal rapi secara berseorangan tanpa kerjasama pihak yang lebih tinggi pangkatnya dari Sarjan ini.

PAS bertegas untuk mendesak Kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini sepenuhnya dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga dengan mendakwa dua orang yang dianggap rakyat Malaysia sebagai kambing hitam. Mereka yang bertanggungjawab harus didakwa walaupun apa jua pangkatnya, termasuk Menteri (jika ada).

SERUMPUN DOA, SEMOGA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum wrt

PAS Negeri Perak ingin merakamkan doa kami kepada Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar serta keluarga diatas kemalangan yang menimpa beliau awal pagi tadi, Sesungguhnya kami yakin, seluruh rakyat Perak khususnya amat mengharapkan agar Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar berada dalam keadaan baik dan selamat. PAS Negeri Perak juga berharap
keluarga Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar dan seluruh rakyat dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah S.W.T ini .Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga PAS Negeri Perak, kami mendoakan semoga Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah S.W.T.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain
( Pesuruhjaya PAS Perak )