08 Julai 2011

Tak kan ke pejabat sendiri pun tak boleh

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.

Katanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.

"Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily.

Polis Kuala Lumpur semalam mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin termasuk Mahfuz memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur esok, 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kawasan larangan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana Negara.

Mengulas lanjut, Mahfuz memberitahu empat anggota polis datang ke rumahnya di Kedah malam tadi untuk menyerahkan notis perintah larangan itu.

Beliau bagaimanapun enggan menandatangan notis itu ekoran larangan terhadapnya untuk ke pejabatnya di Jalan Raja Laut.

"Saya tak tanda tangan sebab tak logik, malah saya enggan menerima notis itu.

"Mereka kemudiannya letak notis tu dalam peti surat rumah saya," katanya.

Nazri Abdullah
harakahdaily/-

Presiden Yemen muncul di TV

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

SANAA 8 Julai – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh buat pertama kalinya muncul di kaca televisyen semalam sejak insiden serangan di Istana Presiden di Sanaa bulan lalu yang menyebabkan beliau cedera.

Beliau yang kelihatan dengan muka terbakar dan tangan berbalut hampir-hampir tidak dapat dikenali dan hanya duduk kaku ketika menyampaikan ucapan di stesen televisyen kerajaan itu.

Dalam ucapan beberapa minit itu, beliau memberitahu telah menjalani ‘lapan pembedahan yang berjaya’ dan menggesa supaya dialog diadakan bagi menamatkan krisis di negara ini. – AFP

Bersih 2.0 : Operasi Hentian Puduraya Dihenti Sementara

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 JULAI : Kurang 36 jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini, pihak berkuasa mula memperketatkan tindakan penguatkuasaan dengan mengarahkan supaya operasi Hentian Puduraya, yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu mulai tengah malam ini dan dipindahkan ke lokasi lain.

Hentian Puduraya, merupakan salah satu hentian utama di ibu negara yang mengendalikan 300 perjalanan setiap hari.

Pusat perhentian itu terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka dimana Bersih 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini sebelum membatalkan perhimpunan jalanan.

Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dihubungi turut mengesahkan bahawa operasi Hentian Puduraya itu akan dihentikan buat sementara mulai tengah malam ini dan pada hari Sabtu.

“Saya dimaklumkan operasi bas di Hentian Puduraya akan dihentikan mulai tengah malam esok, dan juga sepanjang hari Sabtu,” kata beliau.

“Mungkin langkah ini diambil selaras dengan keputusan SPAD, dan tindakan polis,” kata beliau kepada The Malaysian Insider .

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur.

Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan.

Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) menafikan khabar angin bahawa perkhidmatan tren transit aliran ringan di beberapa stesen akan mengalami gangguan pada Sabtu ini.

“Tidak, tidak,” kata beliau ketika ditanya sama ada pihaknya ada sebarang rancangan atau telah menerima sebarang arahan daripada pihak berkuasa agar menghentikan operasi perkhidmatan tren aliran ringan pada Sabtu ini.

SPNB memiliki tren aliran ringan laluan KL-Ampang dan Gombak-Kelana Jaya.

Bagaimanapun menurut SPAD, ia masih bergantung pada tindakan dan arahan susulan daripada kerajaan.

“Operasi kami adalah normal, tetapi kami akur kepada sebarang keputusan dibuat oleh pihak berkuasa yang relevan,” kata seorang jurucakap SPAD ketika dihubungi.

Jurucakap SPAD itu juga mengesahkan bahawa Kabinet belum lagi mengeluarkan sebarang arahan mengenai perkara itu.

TV SELANGOR/-

Teruskan BERSIH 2.0, bukan rakyat gentar tapi UMNO yang berlindung di belakang polis

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA - Wanita PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melanggar titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila terus mengharamkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

Ketuanya, Zuraida Kamarudin mendakwa, tindakan Hishammuddin menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan menteri itu tidak akur dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku Mizan.

“Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini, seharusnya Hishammuddin taat.

“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat sudah lepas tangan dan tidak berupaya mengawal perilaku menteri-menterinya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azwan Ramli.

Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Hishammuddin yang berkata, Bersih masih sebuah pertubuhan haram walaupun selepas pemimpinnya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon kebenaran mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Hishammuddin dilaporkan berkata, keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara mengikut undang-undang.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan kerajaan menghalang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini membuatkan rakyat lebih marah dan bersemangat untuk berhimpun pada hari itu.

Pada sidang media itu juga Zuraida turut melancarkan kempen ‘Teruskan Bersih’ dengan membawa dua lagi tuntutan, iaitu mendesak Hishammuddin segera membebaskan 194 tahanan, termasuk enam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Menteri itu juga diminta menghentikan sebarang penahanan dan mengembalikan kesemua barang Bersih yang dirampas.

Zuraida juga menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang membekukan permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

“Kerajaan menuduh Bersih membawa kerugian kepada banyak pihak apabila mengadakan perhimpunan, tetapi kerajaan sendiri yang menyekat rezeki dan ekonomi sesetengah pihak apabila membekukan permit sementara itu.

“Lebih buruk lagi ialah kemungkinan semua pengangkutan awam di ibu negara akan dihentikan,” katanya.

Zuraida mendakwa Barisan Nasional (BN) cuba menimbulkan provokasi membawa masuk provokator mereka menyertai Bersih.

“Kami dengar ada pihak mencetak baju-T Bersih di Thailand untuk diedarkan kepada provokator mereka.

“Justeru, saya mengingatkan ahli-ahli Pakatan Rakyat berjaga-jaga dengan mereka yang tidak dikenali,” katanya.

pas parit buntar/-

Suhakam gesa bebaskan tahanan Ordinan Darurat

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyatakan rasa kebimbangan tentang penangkapan dan penahanan beberapa Ahli Parlimen serta aktivis Bersih baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Menurutnya, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

“Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengalu-alukan konsultasi yang sedang berjalan di antara pihak berkuasa dan Bersih berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di stadium, setelah menurut titah DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Julai dan majlis menghadap yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku kepada Bersih pada 5 Julai 2011.

Katanya, walaupun mengalu-alukan perkembangan positif ini, dalam keadaan sekarang, Suruhanjaya ingin mengulangi bahawa kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat adalah terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

“Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan Bersih dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” katanya lagi.

Harakahdaily/-

Bersih 2.0 : 30 Jalan Di KL Ditutup Sabtu Ini

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 JULAI : Menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno pada Sabtu ini, polis sudah mula mengenal pasti hampir 30 jalan utama di ibu negara untuk ditutup kepada trafik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mendakwa pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi kawasan panas di sekitar ibu negara.

Malah, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang bekerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dikecualikan.

Antara jalan utama yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ini ialah seperti berikut :

Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

tv selangor/-

07 Julai 2011

Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini

Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

Perkasa

Datuk Ibrahim Ali

Datuk Ab Rahman Abu Bakar

Syed Hassan Syed Ali

Irawah Fahmi Ideris

Roslan Kassim

Sharifuddin Abd Hamid

Dr Zubir Harun

Ameir Hassan

Datuk Ahmad Saad

Ahmad Zaini Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira Jaafar

Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Omardin

Rizalman Mokhtar

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez Rahim

Ungku Saleh Ungku Jamal

Arman Azha Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih

Datuk Ambiga Sreenevasan

Mohamad Sabu

Hishamuddin Md Rais

Khairul Anwar Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman Mohamad

Dr Mohd Hatta Md Ramli

Syed Shahir Syed Mohamud

Syed Ibrahim Syed Noh

Teresa Kok Suh Sim

Badrul Hisha Shaharin

Shamsul Iskandar bin Mohd Akin

Arutchelvam A/L Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini A/P Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim

Datuk Khalid Yunus

Datuk Zulkifli Noordin

Dr Zubir Harun

Datuk Seri Abd Hadi Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Nurul Izzah Anwar

Kohila Yanasekaran

Zaid Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Datuk Mahfuz Omar

Nasrudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli bin Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari Amamt

Wan Hassan Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin

Muhammad Hilman Idham

Mohd Shukri Che Ab Razab

Mohd Syukri Kamaruddin

Ahmad Syazwan Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izham Nurul Anuar

Abd Rahim Osman

Mohd Sibri Ismail

Mohd Lukam Muda

Datuk Prof Kamaruddin Kachar

Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Negara diperbodohkan oleh pemimpin BN yang gila kuasa

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Negara sekali lagi telah diperbodohkan oleh sang pemimpin BN yang gila kuasa, kolot dan mundur pemikiran.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang direncana NGO-NGO yang mencapai kata sepakat telah diperakui oleh Tuanku Mizan selaku pemimpin tertinggi Negara, bermakna segala yang berkaitan permit sepatut dipermudahkan malah tidak perlu lagi.

Tetapi disebabkan UMNO-BN cuba sedaya mungkin untuk menyekat rakyat dari melakukan perhimpunan untuk menyatakan rasa tidak setuju terhadap demokrasi dan amalan sistem pilihanraya Negara dengan mengemukakan lapan tuntutan yang saya sifatkan satu pun tidak membahayakan Negara. Yang bahaya kerana ianya mengancam kuasa politik UMNO dan BN.

Reaksi pemimpin kerajaan UMNO-BN menyalahi perlembagaan Negara apabila KDN tetap engan menarik semula arahan mengharamkan Bersih 2.0.

Seluruh rakyat telah diberi pendidikan bahawa rukun Negara adalah undang-undang tertinggi Negara, itulah yang telah dipersetujui sejak Malaysia ditubuhkan sebagai Negara yang berdaulat.

Hari ini kerajaan yang sepatutnya menjaga kelangsungan kedaulatan perlembagaan dan Rukun Negara telah menghina dan menafikan semua perkara tersebut khususnya apabila rukun Negara yang kedua dan yang ketiga menyebut iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dan Keluhuran Perlembagaan telah dinafikan.

Dalam isu ini, UMNO-BN telah mengkhianati kedua perkara tersebut, tetapi adakah rakyat tahu hal ini? Sudah tentu hal demikian tidak sampai ke pengetahuan rakyat kerana media yang pro kepada BN seperti radio dan televisyen terus dikongkong untuk pemberitaan yang berat sebelah sahaja.

Gambaran buruk terhadap Bersih dengan berbagai momokan adalah gambaran ketakutan mereka kepada perbuahan pilihanraya yang lebih bersih serta mengugat kuasa yang mereka sedang miliki.

Perlembagaan telah dikhianati oleh UMNO-BN kerana perlembagaan dengan jelas melindungi hak dan kebebasan setiap rakyat, hari ini apabila ada rakyat yang memakai baju kuning tertera tulisan bersih dan ada yang tidak ada tulisan bersih pun ditangkap dengan sewenangnya, kemanakah perginya hak rakyat yang sebenarnya ?.

Perlembagaan juga melindungi rakyat berhimpun secara aman , hari ini juga kerajaan sekali lagi telah mengkhianati perlembagaan yang sama apabila menghalang rakyat dari turun dan ikut serta dalam himpunan aman tersebut.

UMNO-BN lebih dahsyat dan lebih teruk dari aspek moral dan sebagai manusia yang bertamadun apabila menafikan rundingan wakil Bersih dengan DYMM Yang Dipertuan Agong baru-baru ini yang mendapat perkenan untuk mengadakan perhimpunan. Namun telah dipesulitkan dengan berbagai paraturan dan akta yang membawa kekusutan yang belum dapat diselesaikan pada hari ini.

Rakyat mestilah bertekad untuk mengubah kepimpinan negara yang sedia ada, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang untuk memastikan negara selamat dari pelbagai penyelewangan serta pelanggaran undang-undang negara.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 7 JULAI 2011

Tebusan : 30 Kanak-kanak dan empat guru diselamatkan.


5 Syaaban 1432H. [MOD] -30 Kanak-kanak dan empat guru yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids di Sungai Abong, Muar berjaya diselamatkan oleh pasukan Unit Tindakan Khas pada petang Khamis

Semua tebusan di tadika selamat

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

MUAR: Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.

Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala.

Guru dan murid terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Jalaluddin, berkata lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke sama untuk rawatan.

Terdahulu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha memujuk lelaki terbabit membebaskan tebusan dan menyerah diri gagal.

Drama tebusan itu bermula 9.30 pagi tadi apabila lelaki yang bersenjatakan parang menceroboh tadika berkenaan

Gangguan Talian Internet, Telefon Usaha Terbaru Gagalkan Bersih 2.0 ?

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ura-ura rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu disifatkan sebagai usaha terbaru untuk melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini, kata jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.

Menurut jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dalam kenyataan media hari ini, tindakan itu sekali gus akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.

“BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.

“BERSIH 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,”katanya.

Tegas Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) enggan berkompromi ia hanya akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ubah seperti diktator seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah.

Tambahnya, tindakan kerajaan mengadakan pelbagai tekanan, hambatan dan halangan tidak mampu membantutkan hak rakyat untuk berhimpunan secara aman di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini meskipun permit bas sementara untuk perjalanan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini telah dibekukan.

“Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman,” petik kenyataan itu.

Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Malah katanya, usaha jahat kerajaan Umno-BN ini hanya akan mengakibatkan negara berdepan dengan kehilangan rakan perniagaan dan keyakinan daripada komuniti pelaburan serta memberi gambaran buruk terhadap politik di Malaysia kepada negara luar.

IGP : Arah bersih berhimpun di luar KL

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya juga mengesyor agak perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. (Ia) boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai awam yang tidak teribat (dengan perhimpunan itu).

NONE"Saya mengesyorkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor telah buat tawaran,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Namun katanya, Ambiga adalah “degil” dan menolak tawarannya itu.

"Malaysia luas, mengapa pilih tempat di tengah bandar dan menggangu orang lain?

"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalkan mesej anda dapat disampaikan.

"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.

NONE"Kamu nak sampaikan mesej, katakan (wak) duduk di stadium di Pahang, tidak boleh sampai mesej ke?" katanya.

Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.

Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.

Sementara it dalam perkembangan berkaitn, kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, pengerusinya Datuk S Ambiga berkata gabungan itu akan mencuba sekali lagi membuat tempahan di Stadium Merdeka dan memohon permit polis jika pengurusan perbadanan stadium itu memberikan kelulusannya.

NONEPerkara itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.

Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0
Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan itu, Ambiga berkata usaha BERSIH 2.0 itu membuktikan gabungan 62 NGO itu sanggup bekerjasama dengan polis bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman.


Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut -- daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.


NONE

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.


Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.


Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.


Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang

Janji-janji UMNO-Barisan Nasional

5 Syaaban 1432H. [MOD] -



7 JULAI – Bersih hanya mahu pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Untuk mencapai matlamat ini Bersih menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 serta mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu ini.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 perlu diadakan kerana menyedari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja tidak mahu membuat apa-apa perubahan serius, malah badan yang sepatutnya bebas dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional telah bersikap berat sebelah sejak sekian lama.

Usaha penganjur Bersih 2.0 oleh sekumpulan rakyat prihatin yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik telah ditohmah, ditekan, ditindas dan dikongkong dengan zalim oleh pihak berkuasa yang menurut arahan pucuk pimpinan UMNO-BN.

Tekanan yang keras dan menimbulkan keresahan itu menyebabkan Yang di-Pertuan Agong terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan. Kedua-dua pihak kerajaan dan penganjur Bersih 2.0 akur dengan titah Seri Paduka untuk berunding dan menyelesaikan perbezaan pendapat secara bermaruah dan bertamadun.

Malah Bersih 2.0 bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengubah tempat di jalanan ibu kota kepada perhimpunan aman di sebuah stadium, dan dicadangkan Stadium Merdeka sebagai tempat berkumpul secara aman dan damai.

Semua ini dilakukan sebagai tanda kasih sayang dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Sayangnya, titah Seri Paduka kepada kerajaan UMNO-BN dan pihak polis hanya seperti mencurah air ke daun keladi. Seolah-olah titah Baginda hanya untuk Bersih 2.0 tetapi tidak perlu dipatuhi oleh UMNO-BN serta menteri-menteri pusat dan pihak polis.

Dengan angkuh dan bongkaknya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa: “Hanya kerana mereka (penganjur Bersih 2.0) menghadap Yang di-Pertuan Agong tidak bererti mereka bukan lagi pertubuhan/perhimpunan yang haram”.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya semalam, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO menambah bahawa cadangan Najib supaya perhimpunan aman secara sah oleh Bersih 2.0 di stadium juga tidak bererti penganjur tidak perlu memohon permit.
Tidak cukup dengan itu, mengikut tafisrannya sendiri, oleh kerana tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang, maka Bersih perlu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini.

Hishammuddin telah mengisytiharkan Bersih, perhimpunan aman Bersih 2.0 serta t-shirt kuning Bersih 2.0 sebagai haram.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga memberi amaran bahawa jika perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium diadakan tanpa permit, polis akan mengambil tindakan terhadap semua yang terlibat.

Tidak cukup dengan itu, beliau dilaporkan berkata bahawa jika permit diluluskan sekali pun, sesiapa yang memakai baju Bersih atau membawa apa-apa yang mempunyai logo Bersih, akan ditangkap.

Jelas bagi mereka yang berada di tampuk kuasa, titah Yang di-Pertuan Agong tidak penting sama sekali. Walau pun Seri Paduka tidak menggunakan perkataan “perhimpunan haram” dalam titah Baginda, ia tidak menjadi hal kepada pihak berkuasa untuk berbuat apa sahaja.

Mengulas sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan UMNO-BN itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:

“Kita kesal dengan sikap keterlaluan Menteri Dalam Negeri yang menyimpang dari rundingan Yang di-Pertuan Agong, seolah-olah mengatakan ‘kami tidak peduli rundingan kamu dengan Agong’.”

Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan kerajaan UMNO-BN dan polis seperti melakukan sabotaj terhadap perkenan dan titah Seri Paduka, di samping melanggar janji Najib bagi membolehkan perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan di stadium.

“Ia semangat rundingan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah dari perarakan awam ke stadium, disahkan oleh Perdana Menteri. Apa alasan dia nak batalkan lagi,” katanya.

Anwar menyatakan pendirian itu selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur semalam yang turut disertai oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Malah, Najib sendiri dalam masa beberapa hari sahaja sudah menunjukkan sikap negatif. Kabinet pimpinannya menolak perhimpunan aman di Stadium Negara manakala beliau sendiri tiba-tiba menyatakan tidak pernah berjanji untuk bertemu dengan wakil-wakil Bersih untuk berunding.

Lebih dari itu, Najib dalam satu majlis bersama pertubuhan silat di ibu kota malam tadi, telah mengisytiharkan bahawa para pesilat akan bangun menentang “musuh-musuh yang mahu menyerang negara dari dalam dan luar negara”.

Mungkin kini kerajaan UMNO-BN merasa bangga dan bongkak dengan kelicikan politik kotor mereka yang kononnya berjaya mempermainkan Bersih, malah sanggup menegtepikan titah Yang di-Pertuan Agong.
Rakyat khususnya orang Melayu dan Islam yang diajar sejak kecil lagi sudah arif tentang sifat-sifat keji sedemikian:
  • Apabila diberi amanah, dia pecah amanah
  • Apabila bercakap, dia bohong;
  • Apabila berjanji, dia mungkir janji; dan
  • Apabila berbalah, dia mahu menang walau dia bersalah.
Rakyat jelata kini menjadi saksi kepada apa yang sedang berlaku di depan mata sendiri. Inilah wajah, sikap dan aksi UMNO-BN yang sebenar, yang sanggup meminggirkan rakyat demi kuasa yang hanya sementara itu. – Roketkini.

PAS Perlis kutuk vandalisme biadap

5 Syaaban 1432H. [MOD] -


KANGAR, 7 Julai: PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap bersifat vandalisme yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab sekitar bandar Kangar termasuk di hadapan Kompleks PAS Perlis.
Malam tadi, di hadapan pintu masuk ke Kompleks PAS Perlis berlakunya perbuatan vandalisme dengan menyemburkan cat di atas jalan dengan perkataan 'Bersih Haram' dan 'PAS Bodoh'.
Perkataan “PAS Bodo” juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di pagar Kompleks PAS Perlis.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menyifatkan kerja itu dilakukan tangan-tangan nakal yang mempunyai unsur-unsur politik di belakangnya.
"PAS dan Pakatan Rakyat Perlis berasa kesal dan dukacita dengan perbuatan seperti ini dan meminta ianya dihentikan. Tidak sepatutnya ada campurtangan politik dalam hal ini khususnya untuk memburukkan imej Bersih.
“Saya memberi jaminan bahawa pihak kami tidak membuat kerja-kerja seperti ini. Kami berharap agar semua pihak mengambil pendirian dan pemikiran yang rasional dalam hal ini tanpa dipengaruhi emosi," katanya.
Menurutnya lagi, perbuatan vandalisme sebegini turut di lakukan di merata lokasi di sekitar bandar Kangar termasuk di dinding bangunan, pagar sekolah dan lain-lain.
Justeru katanya, PAS Perlis mengutuk keras perbuatan yang tidak bertamadun ini yang jelas cuba membangkitkan rasa kebencian dan ketegangan di kalangan penduduk di negeri ini khususnya.
"Kami berkeyakinan bahawa rakyat Perlis tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur seperti ini. Pimpinan Bersih sendiri telah mengadap Yang di-Pertuan Agong, jadi semua pihak perlu menghormati pendirian Tuanku.
"Pihak kerajaan juga harus menghentikan tekanan-tekanan yang dibuat terhadap Bersih termasuk menahan orang-orang yang berpakaian kuning berlogokan Bersih supaya kita akan memperolehi suatu penyelesaian yang baik.
"Sekali lagi kami tegaskan, perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan adalah himpunan aman dengan tujuan yang murni untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang Bersih dan Adil," katanya lagi.
Sidang media diadakan hari ini di Kompleks PAS Perlis dengan turut dihadiri pimpinan PAS, PKR dan DAP negeri.