
08 Julai 2011
Tak kan ke pejabat sendiri pun tak boleh

Presiden Yemen muncul di TV
Bersih 2.0 : Operasi Hentian Puduraya Dihenti Sementara

Teruskan BERSIH 2.0, bukan rakyat gentar tapi UMNO yang berlindung di belakang polis

Suhakam gesa bebaskan tahanan Ordinan Darurat

Bersih 2.0 : 30 Jalan Di KL Ditutup Sabtu Ini

07 Julai 2011
Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.
Perkasa
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ab Rahman Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Datuk Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin
Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Datuk Megat Firdouz Megat Junid
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Datuk Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz
Bersih
Datuk Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok Suh Sim
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
Arutchelvam A/L Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini A/P Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
Datuk Khalid Yunus
Datuk Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Datuk Seri Abd Hadi Awang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Nasrudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli bin Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Datuk Prof Kamaruddin Kachar
Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah
Negara diperbodohkan oleh pemimpin BN yang gila kuasa
5 Syaaban 1432H. [MOD] -KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.
Negara sekali lagi telah diperbodohkan oleh sang pemimpin BN yang gila kuasa, kolot dan mundur pemikiran.
Perhimpunan Bersih 2.0 yang direncana NGO-NGO yang mencapai kata sepakat telah diperakui oleh Tuanku Mizan selaku pemimpin tertinggi Negara, bermakna segala yang berkaitan permit sepatut dipermudahkan malah tidak perlu lagi.
Tetapi disebabkan UMNO-BN cuba sedaya mungkin untuk menyekat rakyat dari melakukan perhimpunan untuk menyatakan rasa tidak setuju terhadap demokrasi dan amalan sistem pilihanraya Negara dengan mengemukakan lapan tuntutan yang saya sifatkan satu pun tidak membahayakan Negara. Yang bahaya kerana ianya mengancam kuasa politik UMNO dan BN.
Reaksi pemimpin kerajaan UMNO-BN menyalahi perlembagaan Negara apabila KDN tetap engan menarik semula arahan mengharamkan Bersih 2.0.
Seluruh rakyat telah diberi pendidikan bahawa rukun Negara adalah undang-undang tertinggi Negara, itulah yang telah dipersetujui sejak Malaysia ditubuhkan sebagai Negara yang berdaulat.
Hari ini kerajaan yang sepatutnya menjaga kelangsungan kedaulatan perlembagaan dan Rukun Negara telah menghina dan menafikan semua perkara tersebut khususnya apabila rukun Negara yang kedua dan yang ketiga menyebut iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dan Keluhuran Perlembagaan telah dinafikan.
Dalam isu ini, UMNO-BN telah mengkhianati kedua perkara tersebut, tetapi adakah rakyat tahu hal ini? Sudah tentu hal demikian tidak sampai ke pengetahuan rakyat kerana media yang pro kepada BN seperti radio dan televisyen terus dikongkong untuk pemberitaan yang berat sebelah sahaja.
Gambaran buruk terhadap Bersih dengan berbagai momokan adalah gambaran ketakutan mereka kepada perbuahan pilihanraya yang lebih bersih serta mengugat kuasa yang mereka sedang miliki.
Perlembagaan telah dikhianati oleh UMNO-BN kerana perlembagaan dengan jelas melindungi hak dan kebebasan setiap rakyat, hari ini apabila ada rakyat yang memakai baju kuning tertera tulisan bersih dan ada yang tidak ada tulisan bersih pun ditangkap dengan sewenangnya, kemanakah perginya hak rakyat yang sebenarnya ?.
Perlembagaan juga melindungi rakyat berhimpun secara aman , hari ini juga kerajaan sekali lagi telah mengkhianati perlembagaan yang sama apabila menghalang rakyat dari turun dan ikut serta dalam himpunan aman tersebut.
UMNO-BN lebih dahsyat dan lebih teruk dari aspek moral dan sebagai manusia yang bertamadun apabila menafikan rundingan wakil Bersih dengan DYMM Yang Dipertuan Agong baru-baru ini yang mendapat perkenan untuk mengadakan perhimpunan. Namun telah dipesulitkan dengan berbagai paraturan dan akta yang membawa kekusutan yang belum dapat diselesaikan pada hari ini.
Rakyat mestilah bertekad untuk mengubah kepimpinan negara yang sedia ada, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang untuk memastikan negara selamat dari pelbagai penyelewangan serta pelanggaran undang-undang negara.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 7 JULAI 2011
Tebusan : 30 Kanak-kanak dan empat guru diselamatkan.
Semua tebusan di tadika selamat
5 Syaaban 1432H. [MOD] -MUAR: Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.
Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala.
Guru dan murid terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Jalaluddin, berkata lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke sama untuk rawatan.
Terdahulu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha memujuk lelaki terbabit membebaskan tebusan dan menyerah diri gagal.
Drama tebusan itu bermula 9.30 pagi tadi apabila lelaki yang bersenjatakan parang menceroboh tadika berkenaan
Gangguan Talian Internet, Telefon Usaha Terbaru Gagalkan Bersih 2.0 ?
5 Syaaban 1432H. [MOD] -Ura-ura rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu disifatkan sebagai usaha terbaru untuk melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini, kata jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.
Menurut jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dalam kenyataan media hari ini, tindakan itu sekali gus akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.
“BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.
“BERSIH 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,”katanya.
Tegas Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) enggan berkompromi ia hanya akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ubah seperti diktator seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah.
Tambahnya, tindakan kerajaan mengadakan pelbagai tekanan, hambatan dan halangan tidak mampu membantutkan hak rakyat untuk berhimpunan secara aman di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini meskipun permit bas sementara untuk perjalanan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini telah dibekukan.
“Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman,” petik kenyataan itu.
Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
Malah katanya, usaha jahat kerajaan Umno-BN ini hanya akan mengakibatkan negara berdepan dengan kehilangan rakan perniagaan dan keyakinan daripada komuniti pelaburan serta memberi gambaran buruk terhadap politik di Malaysia kepada negara luar.
IGP : Arah bersih berhimpun di luar KL

"Saya juga mengesyor agak perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. (Ia) boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai awam yang tidak teribat (dengan perhimpunan itu).
"Saya mengesyorkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor telah buat tawaran,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.Namun katanya, Ambiga adalah “degil” dan menolak tawarannya itu.
"Malaysia luas, mengapa pilih tempat di tengah bandar dan menggangu orang lain?
"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalkan mesej anda dapat disampaikan.
"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.
"Kamu nak sampaikan mesej, katakan (wak) duduk di stadium di Pahang, tidak boleh sampai mesej ke?" katanya.Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.
Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.
Perkara itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0
Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan itu, Ambiga berkata usaha BERSIH 2.0 itu membuktikan gabungan 62 NGO itu sanggup bekerjasama dengan polis bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman.
Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini
Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.
Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut -- daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.
Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.
Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang
Janji-janji UMNO-Barisan Nasional
- Apabila diberi amanah, dia pecah amanah
- Apabila bercakap, dia bohong;
- Apabila berjanji, dia mungkir janji; dan
- Apabila berbalah, dia mahu menang walau dia bersalah.


