17 Jun 2017

Bersedekahlah Dengan Ikhlas.

Pena Idham Lim
22 Ramadhan 1438H.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah)” (QS. Al Baqarah: 264).

Demikianlah mulianya akhlak orang-orang yang bertaqwa, yang bukan hanya berlumba-lumba untuk bersedekah dengan ikhlas kerana Allah baik di waktu senang maupun di waktu susah, tetapi juga menjaga akhlaknya. Sedangkan orang-orang yang tidak bertaqwa merasa berat hati bila hendak bersedekah. Bila dia bersedekah pun kadangkala disebut-sebutkan sehingga penerimanya merasa sakit hati dan ia merasa bangga dengan pemberiannya. Pada hal perbuatan sedemikian sangatlah dilarang.

Sejahtera Bersama Islam.

16 Jun 2017

Islam Rahmat Untuk Semua

Pena Idham Lim
21 Ramadhan 1438H.

Ada beberapa komen yang agak emosinal yang ditujukan kepada saya selepas saya mengeluarkan kenyataan bahawa saya masih berbangsa Cina walaupun telah menganut Islam. Alhamdulillah mereka memahaminya selepas penjelasan secara berhemah saya bentangkan.

Satu pemikiran dan pandangan yang perlu diperbetulkan ialah Islam bukan hanya untuk bangsa Melayu hatta bukan juga khusus untuk bangsa Arab disebabkan Rasulullah saw. adalah berbangsa Arab. Islam adalah untuk semua bangsa dan sifatnya adalah Rahmatan lilalamin, Rahmat untuk semua. Kedatangan Islam adalah untuk menyelamatkan semua bangsa yang ada di dunia. Kecuali yang menolaknya tunggulah padanya.

Sejahtera Bersama Islam.

15 Jun 2017

Tukar Agama sahaja. Bangsa kekal.

1Pena Idham Lim
20 Ramadhan 1438H.

Pagi ini semasa tukar tayar kenderaan pemadu lori berbangsa Cina menjawab sapaan saya dalam bahasa mandarin "pandai ya cakap cina". Saya terus menjawab dalam bahasa cina dengan jelaskan kepadanya saya adalah cina dan hanya masuk Islam dan bukannya masuk Melayu. Wajahnya mula nampak lain dan cuma mengiakan apa yang saya cakap. Demikianlah sedikit contoh diantara orang Melayu yang masih menganggap kalau ada sahaja bangsa lain masuk Islam di dakwanya masuk Melayu dan sama juga dengan anggapan orang cina bahawa kalau masuk Islam berarti masuk telah Melayu. Yang betul Islam adalah untuk semua bangsa. Masuk Islam bukan berarti kita menukar bangsa .

Sejahtera Bersama Islam.Tukar Agama Bukannya Tukar Bangsa

14 Jun 2017

Program Halal

Pena Idham Lim
19 Ramadhan 1438H.

Selepas Ramadhan saya merencanakan untuk melancarkan di peringkat PAS Kawasan Kuala Kangsar " Program Halal" dan diperturunkan kepada cawangan-cawangan. Ianya penting sebagai melahirkan ahli jemaah Islam yang benar-benar menggunakan produk yang benar-benar halal sesuai dengan tuntutan Islam. Adalah amat malang bila ahli gerakan Islam setiap hari menggunakkan produk yang  tidak halal. Bagaimanakah doa boleh dimakbulkan dan kemenangan akan tiba?

Sejahtera Bersama Islam.

13 Jun 2017

Jauhi perkara Haram dan Syubhah

Pena Idham Lim
18 Ramadhan 1438H.

Setiap kali kita berpuasa semua orang mampu untuk menahan perutnya dari dimasuki makanan yang halal bermula dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Malang sekali apabila susah payah itu berakhir kita kurang mengambil perhatian semasa berbuka mengenai juadah dan makan yang dimasak atau dibeli. Adakah semua benar-benar halal dan suci dari perkara-perkara haram dan syubhah.

Sejahtera Bersama Islam.

12 Jun 2017

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Alhamdulillah, marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah kerana masih menghidupkan kita saat ini untuk menikmati nikmat menjadi tetamu Allah di bulan Ramadhan dan hari ini kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran pada tanggal 17 Ramadhan.

Al-Quran adalah Kalamullah yang wajib didengar dan dipatuhi. Bukan sekadar untuk dibaca di Majlis Tilawah Al-Quran atau digantung dipremis perniagaan sebagai pelaris, bahkan Al-Quran diturunkan untuk dibaca, dihayati, diamalkan dan diperjuangkan isi kandungannya dalam kehidupan manusia, sama ada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah hak Al-Quran yang wajib ditunaikan oleh umat Islam bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185]

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185]

Semestinya menjadi tanggungjawab umat Islam sekarang untuk mengisi kemerdekaan negara dengan meletakkan Al-Quran ditempat paling tertinggi dalam perlembagaan dan melepaskannya daripada belenggu penjajah kepada kefahaman Islam yang kita imani.

Maka, PAS melalui usaha-usahanya memperjuangkan Al-Quran untuk diletakkan ditempatnya yang tinggi dengan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. Kini, PAS sedang memperjuangkan Pindaan Akta 355 untuk diangkat martabatnya setelah hampir separuh abad umat Islam diperbodohkan, apabila kuasa Mahkamah Syariah bagi penganut Islam lebih rendah daripada Mahkamah Sivil yang paling rendah. Jelasnya, bahawa perjuangan PAS melalui pindaan akta ini lebih bersifat menyempurnakan prasarana Sistem Kehakiman Islam yang menunjukkan bahawa Undang-undang Allah SWT lebih menjamin keadilan daripada undang-undang ciptaan manusia.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran pada tahun ini di Bulan Ramadhan yang mulia. Saya juga mengajak seluruh umat Islam untuk bermuhasabah sejauhmana al-Quran diletakkan di dalam hati kita dan dijunjung setinggi-tingginya sebagai panduan bernegara dalam aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. 

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Ramadhan 1438H / 12 Jun 2017M

Pengorbanan..

Pena Idham Lim
17 Ramadhan 1438H.

Menjadi kelaziman bagi jemaah kita PAS mengadakan Majlis sambutan Badar Al Kubro walaupun juga hari ini juga dipanggil dengan hari Nuzul Quran. Suatu hal yang penting yang boleh di ambil bila memperingati Perang Badar ialah soal Pengorbanan masa untuk jemaah....Tentunya pengorbanan bukan semudah ungkapan ABC..123...namun memerlukan penghayatan dan keinsafan yang merentasi sempadan kepentingan peribadi yang sanggup dikorbankan...

Sejahtera Bersama Islam

11 Jun 2017

Panjang Umur dan baik amalannya

Pena Idham Lim
16 Ramadhan 1438H.

Sudah seperdua dari Ramadhan telah kita lalui dan berlalu maka marilah kita doakan semoga kita termasuk dalam golongan yang di Sabdakan oleh Nabi Muhammad SAW "Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya” (HR. Tirmidzi).

Semoga  juga sisa dan baki Ramadhan yang akan kita hadapi akan mendatangkan kita bertambah rasa syukur kepada Allah. Semakin lanjut usia seorang beriman pastinya semakin bertambah amalnya. Sebab, sebaik-baik seorang insan, kata Nabi SAW, seperti hadits di atas ialah yang berumur panjang dan baik pula amalnya.

Sejahtera Bersama Islam.

10 Jun 2017

Perbanyakkan Bersedekah.

Pena Idham Lim
15 Ramadhan 1438H.

Bulan Ramadhan adalah bulan kita perbanyakkan sedekah sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau adalah manusia yang paling pemurah terlebih lagi di bulan Ramadhan. Kerana itu dibulan inilah banyak sekali pihak yang kita temui menawarkan peluang kepada kita untuk membantu. Ianya kalau difahami bukannya gangguan namun sebagai satu peluang. Maka bersedekahlah semampu mungkin di bulan yang mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

09 Jun 2017

Jangan berkira dalam beribadah

Pena Idham Lim
14 Ramadhan 1438H.

Ingatlah segala ibadah yang di lakukan termasuklah di bulan Ramadhan adakah puasa, Tarawih dan pelbagai ibadah lain yang kita kerjakan bukan untuk orang lain tetapi untuk bekalan diri sendiri untuk menghadapi kehidupan yang abadi kelak. Saya hairan melihat orang yang sangat berkira mengenai ibadah yang dikerjakan . Malah ada yang sanggup bertelagah mengenai jumlah rakaat solat tarawih sedangkan segalanya adalah untuk diri sendiri. Tidak rugi sesuatu amalam soleh yang dikerjakan sedikit apa lagi banyak kerana ianya adalah bekalan yang berguna bila kita dipanggil Illahi nanti.

Sejahtera Bersama Islam.

JAGA KEHARMONIAN NEGARA, TOLAK BUDAYA SAMSENG

Adalah merisaukan apabila melihat beberapa insiden yang 'viral' dilaman media sosial dengan wujudnya satu gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli, telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.

Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan. Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia.

08 Jun 2017

Presiden PAS di benar keluar dari IJN.

Makluman Media - 7 Jun 2017

Alhamdulillah pada hari ini Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) setelah hampir sebulan mendapat rawatan intensif dari pakar pakar IJN.

Pihak kami diberi maklum oleh pasukan perubatan IJN bahawa Tuan Guru masih perlu mendapat rehat yang secukupnya supaya benar benar pulih dari pembedahan yang dialaminya.

Nikmat Kurma.

Pena Idham Lim
13 Ramadhan 1438H.


Teringat masa kanak-kanak di kampung semasa sekitar tahun 70 han dan 80 han sebelum memeluk Islam. Kami orang Cina sekali setahun dapat merasa makan kurma yang dibeli dikedai kampung. Dibalutnya selepas ditimbang dalam kertas suratkhabar. Nikmat terasa kurma  yang katanya dari India dalam guni melekat-melekat dijual sekali setahun hanya dibulan Ramadhan.

Zaman tersebut sudah berlalu dan hampir dilupakan. Sekarang kurma sudah jadi pemakanan sepanjang tahun malah bertangkai sekali. Setengah tempat pokok kurma sudah di tanam dan berbuah lebat. Itulah antara nikmat Allah yang tidak terhingga. Marilah kita insafi dibulan mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

07 Jun 2017

Memberi Makan Orang Yang Berbuka.

Pena Idham Lim
12 Ramadhan 1438H.

Bila masuknya bulan Ramadhan ramai yang berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di mesjid dan surau. Namun perkara yang utama apakah niat sebenar penganjuran majlis berbuka itu sehingga sanggup mereka mengeluarkan belanja ribuan ringgit.

Semoga mereka yang menganjurkan majlis berbuka mendapat ganjaran sebagaimana hadits Nabi s.a.w.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

06 Jun 2017

Doakan Rakan Non Muslim.

Pena Idham Lim
11 Ramadhan 1438H.

Antara amalan yang perlu diperbanyakkan sepanjang bulan Ramadhan ialah berdoa. Banyak tempat dijanjikan doa yang akan dimakbulkan oleh Allah SWT sepanjang bulan mulia ini. Antaranya semasa sebelum berbuka.

Marilah kita mendoakan sesuatu yang jarang kita doakan iaitu mendoakan rakan dan kawan-kawan non muslim yang sekian lama dikenali dalam apa saja keadaan supaya Allah berikan kepadanya Hidayah dan Petunjuk Nya sehingga menjadi orang yang beriman.