30 Jun 2017

Sudah Berada Di Rumah Allah Namun Abaikan Berjemaah

Pena Idham Lim
6 Syawal 1438H.

Singgah disebuah Masjid. Penuh dengan rombongan pengantin. Dukacitanya yang solat berjemaah boleh dikira dengan jari. Sayang sekali sudah berada di Rumah Allah namun masih tidak mampu solat berjemaah. Kalau begitu dakwah perlu ditingkatkan kerana kalau dibiarkan suatu masa nanti masjid akan hanya digunakan bila solat hari raya, majlis akad nikah dan solat jenazah sahaja. Segalanya tidak mustahil boleh berlaku.

Sejahtera Bersama Islam.

29 Jun 2017

Intai Tarikh Untuk Mula Puasa 6 Syawal.

Pena Idham Lim
5 Syawal 1438H

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun".

Sesudah 5 hari Syawal berlalu, tahniah kepada yang mula berpuasa 6 Syawal dan kepada yang belum marilah kita mengintai-intai tarikhnya untuk kita mula berpuasa.

Sejahtera Bersama Islam.

28 Jun 2017

Sampul Infak Madrasah di Cambodia

Pena Idham Lim
4 Syawal 1438H.

Terharu mendengar kisah daifnya umat Islam di Kemboja yang hidup dalam serba kekurangan seperti yang diceritakan oleh Ust. Yusof Taib Mudir Madrasah Abdul Rahmah Kg. Wilvong yang terletak 170 km dari bandar Phnom Penh. Jauh sekali dengan kemewahan dan senangnya umat Islam di Malaysia. Walaupun pun susah mereka di Kemboja masih bangkit untuk mempertahankan dan membangunkan Islam. Kagum dengan kegigihan Ust. Yusuf yang menginfakkan dirinya demi kemajuan pendidikan anak bangsanya.

Mulai bulan Julai ini saya akan menyediakan SAMPUL INFAK untuk dikirim pada setiap bulan ke Kemboja bagi menampung keperluan Madrasah yang dikelolakan olehnya.

In shaa Allah saya akan berikkan akaun berkenaan. Ust yusof balik ke kemboja esok dan dia akan buka akaun maybank cambodia secepat mungkin.

Sejahtera Bersama Islam.

27 Jun 2017

Layan Tetamu Istemewa.

Pena Idham Lim
3 Syawal 1438H.

Hari ini saya menerima seorang tamu dari Kemboja Ustaz Yusof yang saya kenali sejak setahun lepas. Beliau datang Ke Malaysia sejak 22 jun lepas mengorbankan masa untuk tidak berhari raya bersama keluarga demi mencari dana untuk menampung pengurusan dan pembangunan madrasah yang dikelolanya di Kemboja. Satu perjuangan murni yang saya hargai dan perlu dihargai dan sewajarnya mendapat bantuan dari semua pihak. Dia akan saya layan sebagai tetamu istemewa yang berkebetulan dengan suasana Hari Raya sehingga beliau akan pulang ke negaranya pada subuh Khamis 29 jun ini. Kepada sahabat yang berhajat untuk membantu boleh hubungi saya.

Sejahtera Bersama Islam.

26 Jun 2017

Lazimi amalan baik.

Pena Idham Lim
2 Syawal 1438H.

Masa begitu cepat berlalu. Hari ini sudah 2 Syawal. Saya mengingatkan diri saya dan rakan taulan jangan kita abaikan kelaziman beribadah di bulan Ramadhan yang telah kita dididik dan  mampu dilakukan. Terutamanya sebagai seorang ahli gerakan Islam pastikan anda melazimi untuk solat secara berjemaah. Kerana orang yang baik amalannya selayaknya menjadi orang yang terbaik ikutannya.

Sejahtera Bersama Islam.

24 Jun 2017

Bulan keampunan akan pergi jua.

Pena Idham Lim
29 Ramdhan 1438H.

Berakhirnya Ramadhan Syawal bakal menjelang. Namun persoalannya adakah Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Sekurang-kurang jangan sesekali kita termasuk dalam golongan yang didoakan malaikat Jibril dan  diaminkan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah saw. bersabda, "Ketika aku menaiki tangga pertama, Jibril muncul di hadapanku dan berkata,

"Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan yang penuh berkah, tetapi tidak memperoleh keampunan." Maka aku berkata, "Amin"

Sejahtera Bersama Islam.

23 Jun 2017

Bangkitlah...

Pena Idham Lim.
28 Ramadhan 1438H.

Bila amanah sudah digalas oleh kita untuk memperjuangkan Islam  tidak ada lagi harapan lain kecuali mengharapkan Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk melaksanakannya.

Bukan hanya kita perlu memahami dan tahu apa peranan dan tugas yang telah diamanahkan sesuai dengan kelaziman pergerakan dan aktiviti dalam jemaah yang kita sayangi. Sesudah itu marilah kita semaksima mungkin cuba menunaikan amanah yang kita persetujui.

In shaa Allah antara kita boleh bertukar pandangan serta pengalaman dan saya yakin boleh saling menguatkan jemaah dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki.

Sesungguhnya masa tidak akan menunggu kita dan akan terus berlalu..tugas baru sedang menanti .

Ayuh bangkitlah wahai sahabat-sahabat sekalian dengan baki Ramadhan yang masih tinggal..kita doakan bersama semoga Allah bagi kekuatan kepada kita  untuk menunaikan amanah ini.

Jangan biarkan seincipun kelemahan berada disudut kita dan kerana itu musuh akan masuk dan mengalahkan kita.

Sejahtera Bersama Islam.

22 Jun 2017

Ramadhan Pasti Pergi.

Pena Idham Lim
27 Ramadhan 1438H.

Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah Ramadhan yang diberi peluang oleh Allah untuk kita bertemu dengannya pada tahnn ini dan ianya sudah  dipenghujungnya. Ramadhan pasti akan                                   pergi meninggalkan kita. Dia datang ibarat sebuah meja yang penuh dengan hidangan yang pelbagai. Siapa yang menikmati beruntunglah mereka. Siapa yang tidak menikmati hidangan tersebut rugilah ia.

Sejahtera Bersama Islam.

21 Jun 2017

Jangan Hilang fokus...

Pena Idham Lim
26 Ramadhan 1438H.

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan” (HR. Bukhari & Muslim).

Sekiranya kita berada dalam suatu pelawanan bolasepak sekarang ini kita sebenarnya berada di minit terakhir dalam pertandingan akhir. Yang menang akan bergelar juara. Namun realiti nya penumpuan pertandingan hanya berlaku dalam pusingan awal dan dalam pertandingan akhir sudah hilang fokusnya. Kebanyakannya sudah bersiap untuk merayakan jadi juara sedangkan wisel akhir belum ditiupkan.Demikianlah rumah ibadah yang ramai pengunjung diawal Ramadhan dan semakin kurang bila semakin  dihujung Ramadhan. Mereka lupa untuk bersungguh untuk mendapatkan Lailatul qadar yang letaknya di 10 akhir sebelum merayakan kemenangan dengan Berhari Raya.

Sejahtera Bersama Islam.

20 Jun 2017

Terjah Iftor Di rumah Ahli.

Alhamdulillah pada hari ini saya bersama TYDP dan SU PAS Kawasan Kuala Kangsar  serta rombongan akan berbuka puasa di rumah ahli PAS yang terpilih di Kuala Sayong yang mesra dengan panggilan Abg Din.

Makluman rasmi baru kita sampaikan pagi ini kepada Abang Din mengenai hasrat saya dan rombongan untuk berbuka dirumahnya.

Saya sendiri yang memilih destinasi rumah  Abang Din selepas menilai dari sekian banyak rumah yang kami singgah dalam 2 siri jelajah Perkampungan Berbasikal Mei lepas. Sebuah keluarga yang sederhana dengan anak-anaknya  semuanya menjadi ahli PAS.

Sejahtera Bersama Islam.

Program Kebajikan Diteruskan

Pena Idham Lim
25 Ramadhan 1438H.

Masih ada yang bercakap dan menyebarkan pemikiran jumud dan khurafat dengan mengatakan bahawa hanya kerajaan yang ada sekarang yang mampu membuat kebajikan kepada rakyat. Katanya lagi kalau pembangkang menang tidak akan ada lagi program kebajikan.    Nampaknya sudah terdesak dan tidak ada modal sehingga modal lama dan basi dicanang kembali. Apapun PAS Kuala Kangsar pada tahun ini dapat meegumpulkan sumbangan yang lebih banyak berbanding tahun lepas dan usaha mengagihkan telah dan sedang giat dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan ke semua cawangan PAS. Tidak ada kuasa dengan  sumber yang serba kekurangan kita masih mampu mengadakan program kebajikan apa lagi bila dah berkuasa pastinya usaha ini akan diterus dan akan dilipatgandakan.

Sejahtera Bersama Islam.

19 Jun 2017

Saya Maafkan Mereka.

Pena Idham Lim
24 Ramadhan 1438H.

Teringat kisah silam semasa usia sekolah rendah di kampung kelahiran di Kelantan. Ada yang suka takutkan saya dengan katanya nak bagi sunatkan saya. Akibatnya sering saya lari ketakutan. Selepas saya masuk Islam  saya pergi berjumpa doktor disebuah klinik di Machang dan tanpa rasa takut benarkan doktor sunatkan saya. Ternyata apa yang ditakutkan selama ini tidak benar dan menakutkan saya juga lagi tidak benar. Untunglah saya masuk Islam walau ada yang takut-takutkan saya dengan bersunat. Namun saya maafkan mereka sempena Ramadhan yang mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

18 Jun 2017

Ramadhan Sudah Dipenghujungnya.

Pena Idham Lim
23 Ramadhan 1438H.

Sesuatu yang datang pasti ia akan pergi jua meninggalkan kita suka atau tidak sukakannya.Demikianlah saya ingatkan bahawa Ramadhan sudah dipenghujungnya dan pasti akan meninggalkan kita. Oleh itu marilah kita manfaatkan semaksimum mungkin sisa Ramadhan yang berbaki.

Sejahtera Bersama Islam.

17 Jun 2017

Bersedekahlah Dengan Ikhlas.

Pena Idham Lim
22 Ramadhan 1438H.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah)” (QS. Al Baqarah: 264).

Demikianlah mulianya akhlak orang-orang yang bertaqwa, yang bukan hanya berlumba-lumba untuk bersedekah dengan ikhlas kerana Allah baik di waktu senang maupun di waktu susah, tetapi juga menjaga akhlaknya. Sedangkan orang-orang yang tidak bertaqwa merasa berat hati bila hendak bersedekah. Bila dia bersedekah pun kadangkala disebut-sebutkan sehingga penerimanya merasa sakit hati dan ia merasa bangga dengan pemberiannya. Pada hal perbuatan sedemikian sangatlah dilarang.

Sejahtera Bersama Islam.

16 Jun 2017

Islam Rahmat Untuk Semua

Pena Idham Lim
21 Ramadhan 1438H.

Ada beberapa komen yang agak emosinal yang ditujukan kepada saya selepas saya mengeluarkan kenyataan bahawa saya masih berbangsa Cina walaupun telah menganut Islam. Alhamdulillah mereka memahaminya selepas penjelasan secara berhemah saya bentangkan.

Satu pemikiran dan pandangan yang perlu diperbetulkan ialah Islam bukan hanya untuk bangsa Melayu hatta bukan juga khusus untuk bangsa Arab disebabkan Rasulullah saw. adalah berbangsa Arab. Islam adalah untuk semua bangsa dan sifatnya adalah Rahmatan lilalamin, Rahmat untuk semua. Kedatangan Islam adalah untuk menyelamatkan semua bangsa yang ada di dunia. Kecuali yang menolaknya tunggulah padanya.

Sejahtera Bersama Islam.