16 Ogos 2021

"Berundur atas dasar tanggungjawab bersama"

KUALA LUMPUR: Pengunduran seluruh anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini dilakukan atas dasar tanggungjawab bersama dan bukan menanggung kesalahan bersama.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, merakamkan ucapan terima kasih atas peluang menganggotai Kabinet dan menabur bakti sepanjang 17 bulan dilantik sebagai menteri sejak 10 Mac tahun lalu.

"Pengunduran atas 'collective responsibility' (tanggungjawab bersama), bukan 'collective guilt' (kesalahan bersama).

"Terima kasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi entri di Instagram menyatakan Kabinet menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari tadi, dipercayai bagi menyerahkan surat peletakan jawatan.

Kabinet diterajui Muhyiddin menyaksikan keanggotaan kali ketiga PAS dalam Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, PAS berada dalam kerajaan Persekutuan bersama kerajaan campuran Perikatan dari 1973 hingga 1974 dan Barisan Nasional (BN) dari 1974 hingga 1977.

Takiyuddin, 59, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya, mula membabitkan diri dalam politik selepas menyertai PAS sekitar 1989.

Bekas majistret itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong sejak 1999, sebelum berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu bermula 2013 sehingga kini selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

15 Ogos 2021

11 kegiatan ekonomi dibenar kembali beroperasi esok

 Pekerja pusat cuci kereta di Subang, membersih kereta pada waktu petang. - Foto  NSTP/OSMAN ADNAN

Pekerja pusat cuci kereta di Subang, membersih kereta pada waktu petang. - Foto NSTP/OSMAN ADNAN

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok.

SEMBAH MAKLUM RAYUAN 175 BADAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN AGAR TUANKU MENIMBANGKAN GENCATAN POLITIK


KENYATAAN MEDIA

SEMBAH MAKLUM RAYUAN 175 BADAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN AGAR TUANKU MENIMBANGKAN GENCATAN POLITIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Patik sebagai salah seorang rakyat di negara yang tercinta ini, dan tidak berpihak kepada mana-mana kelompok, merafak sembah memohon Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menimbangkan dan memperkenankan rayuan 175 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan agar Tuanku Kebawah Duli menimbangkan gencatan politik dalam keadaan negara masih dilanda wabak Covid-19.

Tolak perpecahan dan politik berkepentingan, Prof. Ibrahim Shah.

 


KENYATAAN MEDIA
SOKONG PERPADUAN NASIONAL DI KALA NEGARA BERHADAPAN WABAK PANDEMIK COVID-19, TOLAK PERPECAHAN DAN POLITIK BERKEPENTINGAN

1. Pergolakan politik yang berlaku pada hari ini amat memberi kesan terhadap negara. Walaupun Tuanku Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah memperkenankan supaya kerajaan pada hari ini meneruskan pentadbiran sehingga penentuan berkaitan keabsahan kerajaan dilakukan di Parlimen pada September 2021 melalui Usul Undi Percaya kepada YAB PM, namun masih terdapat desakan agar Parlimen segera dibuka. Desakan sebegini dirasakan tidak membantu di saat rakyat sedang sengsara akibat wabak COVID-19.

Meneruskan acuan perpaduan

SETELAH mengkaji Sirah Nabawiyyah yang wajib dijadikan teladan, kita menyaksikan bagaimana pendekatan secara berhikmah oleh Rasulullah SAW apabila menyatukan umat Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem yang berada dalam kalangan masyarakat Madinah.

Arab Saudi rancang benarkan 120,000 tunai umrah sehari

- Foto AFP
- Foto AFP

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 orang sehari, berbanding 60,000 orang ketika ini.

Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin COVID-19

 Foto hiasan NSTP

Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Lebih banyak perniagaan dibenarkan dalam Fasa 2 PPN

 Kedai vape juga dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 2 PPN, mulai esok. - Foto AFP

Kedai vape juga dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 2 PPN, mulai esok. - Foto AFP

PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa esok.

14 Ogos 2021

Kewajipan berpolitik dalam Islam

 

KEWAJIPAN berpolitik yang mewujudkan pemerintahan negara dalam kehidupan manusia adalah ketetapan Allah SWT kepada makhluk manusia yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa lagi. Perkara ini termasuk dalam perintah Allah SWT yang wajib dipatuhi oleh semua hamba-Nya, sehingga sudah tiada pilihan lain lagi. Semua ketetapan Allah SWT membawa hikmah dan rahmat kepada seluruh alam. Termasuklah ketetapan yang dinyatakan dalam firman-Nya:

[ MUNAJAT & PIDATO SOLIDARITI UMMAH BULAN KEMERDEKAAN]

 


Gerakan Pembela UMMAH akan mengadakan Munajat & Pidato Solidariti UMMAH Bulan Kemerdekaan khas buat seluruh rakyat Malaysia iaitu program yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

13 Ogos 2021

UMMAH bersama 175 NGO hantar Memorandum kepada YDPA


DAULAT TUANKU,
MEMORANDUM 175 NGO MERAYU CAMPUR TANGAN YDPA HENTIKAN PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK DAN UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT
1. Memorandum NGO-NGO Islam Malaysia merayu campur tangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk menitahkan agar pemimpin-pemimpin politik mengutamakan nyawa rakyat ketika menghadapi pandemik Covid19 yang semakin membimbangkan.

12 Ogos 2021

"Jangan jadikan DUN Johor sangkar Beruk", Sultan Johor

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu supaya tidak menjadikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini sebagai medan perbalahan politik dan perebutan kuasa.

11 Ogos 2021

Prosedur berkait visa untuk tunai umrah sedang diteliti, kata menteri

 

Arab Saudi membuka kembali pintunya kepada pelancong dari 49 negara termasuk Malaysia sejak 1 Ogos lepas dengan mempermudah prosedur mendapatkan visa untuk tempoh setahun dan kebenaran tinggal hingga 90 hari di negara itu.  (Gambar AP)

BENTONG: Kerajaan sedang meneliti beberapa prosedur termasuk berkaitan visa sebelum membolehkan rakyat menunaikan ibadah umrah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad.

Tamadun Islam bersama hijrah

 

MANUSIA ialah makhluk yang bertamadun mengikut fitrahnya. Begitulah kenyataan yang pernah disebutkan oleh Ibn Khaldun dalam kitab al-Muqaddimah, karyanya yang terkenal. Hanya Islam sahaja, agama sempurna yang dapat mewujudkan tamadun manusia yang benar-benar memakmurkan bumi.

Laporan Polis Terhadap Demonstrasi haram 21 Ogos.


Gerakan Pembela Ummah-UMMAH menyeru semua pihak sama ada NGO atau individu untuk membuat laporan polis terhadap demontrasi haram pada 21 Ogos ini.