BENTONG: Kerajaan sedang meneliti beberapa prosedur termasuk berkaitan visa sebelum membolehkan rakyat menunaikan ibadah umrah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad.
“Berkenaan umrah kami sedang mengutip sebanyak mungkin maklumat, kita perlu lihat keseluruhannya, antaranya berkaitan visa. Kemungkinan kita akan tengok lebih dekat bagaimana boleh sekalikan, sebagai contoh visa pelancongan bersama visa umrah.
“Bila dapat maklumat lengkap dan tepat, kita akan uar-uar dari masa ke masa,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan kebenaran menunaikan umrah selepas menyampaikan bantuan pada Program Bantuan Musaadah 2021 di Janda Baik, Bentong, semalam.
Zulkifli sebelum ini dilaporkan berkata, rakyat dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negara ini, termasuk kadar vaksinasi dan kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi.
Bernama/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan