SINGAPURA: Singapura dan Malaysia tetap mahukan ‘sempadan yang lebih terbuka’ walaupun kemunculan varian baharu Covid-19, Omicron mengganggu perancangan untuk meluaskan laluan perjalanan vaksin (VTL) antara kedua-dua negara.
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia tetap mahukan ‘sempadan yang lebih terbuka’ walaupun kemunculan varian baharu Covid-19, Omicron mengganggu perancangan untuk meluaskan laluan perjalanan vaksin (VTL) antara kedua-dua negara.

JAKARTA: Indonesia membuka tawaran bagi lapan blok minyak dan gas baharu yang terletak di seluruh kepulauan itu, menurut Ketua Pengarah Minyak dan Gas di Kementerian Tenaga, Tutuka Ariadji.

TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

PETALING JAYA: Bayaran royalti minyak bergantung kepada perjanjian antara negeri dengan kerajaan persekutuan dan tiada kaitan dengan perairan wilayah, kata bekas menteri Zaid Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembayaran wang ihsan kepada negeri tidak termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum.

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan bas yang membawa pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat pukul 7.30 pagi ini.

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sudah membatalkan had usia 50 tahun dikenakan bagi jemaah antarabangsa yang mahu mengerjakan umrah.
Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF
KANGAR: PAS Pulau Pinang menzahirkan ucapan tahniah kepada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara) atas keputusan tepat menolak rancangan tambakan di perairan selatan (PSR) Pulau Pinang dan Bagan Ajam, Butterworth melalui resolusi Mesyuarat Agung ke-36 Pen Mutiara baru-baru ini.
BAHAYANYA taasub kerana ia boleh membuatkan seseorang menjadi tidak rasional. Batang tubuh pihak yang dikagumi secara melampau akan sering ‘disucikan’ walaupun dia telah melakukan pelbagai kesilapan. Perkara ini adalah dilarang dalam agama.
Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL
KOTA BHARU: Bukit Gunung yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelawat bakal dipromosikan sebagai satu lagi pusat tarikan pelancongan tahun depan.
Bukit yang terletak berhampiran simpang empat pekan Gunung itu berkeluasan hampir 200 hektar mempunyai nilai tarikannya sendiri dengan keindahan alam semula jadi.
Oleh SARINA ISMAIL
ALOR SETAR: Sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menzahirkan sokongan penuh akan pengumuman Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak lagi mengeluar serta memperbaharui lesen premis judi di Kedah.

Afrika Selatan: Doktor yang memberi amaran mengenai varian baharu Covid-19, iaitu Omicron memaklumkan simptom dihadapi pesakit adalah luar biasa, tetapi sederhana.
Dr Angelique Coetzee berkata, dia mula-mula dimaklumkan mengenai kemungkinan ada varian baharu apabila pesakit yang dirawat di sebuah klinik swasta di Pretoria, mempunyai gejala Covid-19 yang tidak masuk akal.

Port Dickson: Basikal tua atau basikal klasik sudah biasa dibuat pertunjukan kayuhan, tetapi jarang dilakukan dalam kayuhan jarak jauh.
Bagaimanapun, seramai 25 ahli Kelab Basikal Tuo Seremban (KBTS) melakukan Kayuhan Lautan Biru edisi kedua sejauh 57 Kilometer daripada Ampangan-Rantau-Port Dickson, semalam.

KUANTAN: Indonesia dicadangkan sebagai negara kedua bagi pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Malaysia selepas Singapura yang akan bermula Isnin ini, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) yang menang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka tetap memberi sokongan terhadap kerajaan negeri, kata Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.