يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Keberadaan manusia di dunia sesungguhnya terdiri dari pelbagai bangsa dan suku yang berbeza dari segi budaya, bahasa, adat dan sebagainya. Contohnya di negeri China terdapat 56 suku yang berbeza-beza. Jumlah yang banyak setanding dengan jumlah penduduk melebihi 1.3 billion.
Setiap bangsa dan suku sering berbalah dengan meletakkan segala-galanya lebih baik dari suku dan bangsa yang lain. Keadaan berpuak-puak seperti ini berlaku sejak zaman nabi Adam as.lagi. Perbalahan antara Habil dan Qabil membawa peristiwa pembunuhan dan pertumpahan darah yang pertama. Tidak ada satu bangasa dan suku pun akan mudah melutut dan mengaku kalah apa lagi menyatakan mereka tidak baik dari orang lain. Allah menukilkan kisah tersebut dalam surah Al Maidah ayat 27 :
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa".
Perbalahan suku kaum Arab berlarutan ratusan tahun sehinggalah datangnya Islam. Khususnya perutusan Nabi Muhammad saw membawa sinar baru kepada tamaddun kehidupan manusia. Ikatan manusia bukan setakat kerana suku dan bangsa semata-mata tetapi setelah mengucap dua kalimah syahadah kita di anggap bersaudara.
Firman Allah SWT dalam surah Al Hujuraat ayat 10:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Ajaran Islam telah memurnikan seluruh corak kehidupan segala bangsa di dunia. Khususnya bangsa Arab yang terdiri dari berbagai suku telah dimurnikan oleh ajaran Islam. Mereka telah disatukan di bawah satu bumbung aqidah dan cara hidup. Segala cara hidup, sikap, perbuatan, adat dan sebagainya telah di "tapis" atau disaring oleh Islam. Maka lahirlah satu masyarakat Islam contoh di Madinah yang diasaskan sendiri oleh Baginda Rasulullah saw. Menyatukan suku kaun Muhajirin dan Ansar, menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang sering berbalah dan berperang walaupun kerana seekor unta.
Contohnya cara makan dan minum termasuk apa yang dimakan dan diminum telah dimurnikan oleh Islam.Indahnya Islam, sesuatu yang tidak bercanggah tetap diterima dan boleh dipakai. Bayangkan Islam tidak melarang orang Islam di Negeri China yang telah makan dengan menggunakan "chopstick" atau sepit yang telah digunakan beribu tahun lampau.
Demikianlah Indahnya Islam, mengajak menyeru manusia kembali kepada suatu kehidupan yang telah dimurnikan dalam satu ajaran dan acuan iaitun Al Quran dan Al Hadits.
Kembalilah kepada Islam, berjuanglah untuk menegakkan Islam, kembalilah tanpa ragu dan syak wasangka walaupun sebesar zarrah. Kembalilah....

4 ulasan:
Tazkirah dan seruan yang indah. Syukran.
Drs,Saya di izinkan ALlah menunaikan Fardhu Haji pd musim yg lalu.Umum nya jemaah dr negara ASEAN adalah dikalangan yg sopan dan tertib.Punbegitu ada kumpulan jemaah dr indonesia ternyata "robust" sering menjadi "rival" kpd jemaah dr Iran dan Turki.Hasil pengamatan Drs sewaktu menuntut di AINS.Bagaimana YB melihat kumpulan sasar dr sudut dakwah. Yg dimaksudkan "berhikmah" bagaimana ya? Dang Ratna Kesuma.
SAYA HANYA LULUS SPM SUBJEK AGAMA PUN XAMBIL SEBAB AMBIK LUKISAN.BILA JOINT PAS ,BANYAK YG SAYA FAHAM TENTANG ISLAM,PROGRAM USRAH MEMAMTAPKAN AKIDAH SAYA.KESYUMULAN ISLAM MERANKUMI SEMUA ASPEK...PAS DAN AMNO X BOLEH BERGABUNG KERNA DASARNYA JELAS BERBEZA.. AMNO BERFAHAM SEKULAR... PAS ISLAM NYA QURAN DAN HADIS ..PAS MENUJU KEREDAAN..AMNO MENUJU KEMURKAAN...WALAUPUN PAS ADA KEKURANGAN TAPI,TAPI MRK XMUNAFIK,XMENGKIANAT,XRASUAH...MOGA ALLAH KURNIAAN KEJAYAAN PADA PAS
Ahli PAS bukannya melayu Islam Hadhari!
Catat Ulasan