Malam tadi saya sempat bersama dengan YAB Menteri Besar Perak di Kediaman MB dalam majlis berbuka dan Solat Tarawih. Saya dengan MB dan Exco Agama kebetulan duduk semeja makan. Kami sempat berbincang mengenai jawapan dalam Blog Cina Islam tentang Isu berkenaan.
MB dan Exco Agama mengatakan mengenai mereka pernah melawat ke Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. Pak Teh menjelaskan ada memohon dari ADUN Pengkalan Hulu dan juga MB pada masa itu untuk mengusahakan sebidang tanah yang terletak dibelakang pondok. Luasnya sekitar 40 ekar.
Kata Pak Teh, pondok memerlukan dana sehingga dalam bulan Syaaban dan Ramadhan semua pelajar cuti untuk mengutip derma bagi mebiayai pondok . Itulah nasib sekolah pondok walaupun MBnya di kawasan DUN pondok itu berada ia tetap dipinggirkan.
Buat masa ini EXCO agama sedang berusaha dengan pihak tertentu supaya kelulusan segera diberikan kepada Pondok Pak Teh.
Setakat ini kerjaan negeri juga telah meluluskan sebanyak RM 1.3 juta membantu Sekolah agama di Perak.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Mohd. Hilmi Ismail berkata, langkah itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini. Katanya jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.
Beliau percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik.
Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.
Dalam persoalan ini sebenarnya siapakah yang telah menyebabkan timbulkan jurang antara kaum dalam soal pendidikan ,Pakatan Rakyat atau BN ?. Jangan baling batu sembunyi tangan.
Politik siapakah yang paling kotor sehinggakan sanggup mematikan SAR dengan berbagai proses dan tekanan yang tetap akan dikenang sebagai suatu kerja khianat kepada agama sendiri.
3 ulasan:
saya masih bersetuju dengan hujah dan pandangan YB ..
tapi tetap mengharapkan MB dan YB umumkan pemberian serupa kepada SAR dan Pondok.
Rasanya semua org PAS tahu kedaifan SAR ini, bayangkan sebuah SAR yang tiga bulan tidak bayar gaji guru, guru besar ajak sama-sama solat hajat ..
Tak lama, ada dermawan derma sejumlah wang .. dapatlah bayar gaji guru dan sedikit bonus duit raya..baru tahun lepas jadi benda ni ..tak perlu sebut nama SAR, cuma moralnya, apakah dengan MB dari PAS pun kita nak biarakan nasib mereka kekal begitu ??
saya yakin ada usaha sedang dibuat, tapi sebagai rakyat, tetap ternanti-nanti kenapa pengumuman untu SAR/pondok lambat berbanding sekolah cina ..
bantuan RM1.3juta memang bagus, tapi bak pepatah cina, lebih elok beri kail dari beri ikan .. elok beri juga tanah untuk diusahakan oleh pondok & SAR ..
kalau pun tak dapat usaha sendiri, sar/pondok boleh pajak dan sudah tentu ada hasil tetap setiap bulan ..
teringat ada masjid kecil yang sewakan menara untuk kabel telekomonukasi, dapatla RM2000 tiap bulan..kesannya, tiap malam boleh panggil usatz mengajar ..
jadi jika sar/pondok ada pendapatan tetap, tentu rugu/ustaz lebih fokus untuk mengajar ..
rasanya langkah sama boleh dituruti oleh kedah .. memang kita mengharapkan pakatan rakyat terus memerintah, tapi elok sediakan payung sebelum hujan .. elok diberi dulu tanah kepada sar/pondok sebelum perkara tak diingini berlaku ..yang penting, masa depan sar/pondok telah kita usahakan...
Alhamdulillah, ada jugak bantuan untuk SAR di negeri Perak. Kalau bagi tanah macam bagi pada sekolah persendirian Cina, elok juga. Biar la bagi pancing, dari bagi ikan setiap hari.
Lagi satu, harap YB tengok-tengok kan jugak isu ambil tanah oleh KTMB untuk buat jalan keretapi letrik.
Tanah milik rakyat, yang nak beli kerajaan, tapi kena ikut harga yang kerajaan tentukan. Tolong lah beri penerangan, ayat Quran mana, Hadis mana atau peraturan ulamak mana yang tetapkan, jual beli kena ikut harga pembeli, bukan harga penjual.
Kalau ikut harga penjual dan jual beli ini pulak secara paksa, ni jual beli ke rampasan?
Kesian saya tangok orang kampung, dah la tanah nak kena ambik, ikut harga pihak yang nak ambik tanah, dah tu kena pegi pejabat Tanah Daerah pulak tu, nak selesaikan semua ni. Dah la tanah nak kena rampas, kena pulak "menyembah" orang pejabat tanah minta harga yg lebih tinggi. Apa punya kes ni YB?
Keadilan apa kenama ni YB?
Bukan nak tentang pembangunan, tapi kenapa perlu korbankan tanah rakyat? Berapa ramai orang kampung nak naik keretapi letrik ni? Kemajuan ni untuk orang bandar, tapi kenapa mangsanya orang kampung?
Tolong minta semua pihak berwajib, EXCO, MB tengok-tengok kan masalah orang kampung ni. Nak harap KERAjaan pusat? sampai kiamat pun rakyat tak terbela.
YB,
isu SAR adalah salah satu punca terawal saya mula tertanya-tanya mengenai hala tuju UMNO dalam konteks perjuangan Islam. Kemudian saya meninggalkan UMNO pada permulaan era Paklah.
Kini saya rasa berbaloi kerana Sek. Agama Rakyat telah kembali diperkasakan.
Catat Ulasan