Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi.
Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memeerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.
Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.
Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu.
Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut?
Laporan Bernama telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.
Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu( bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahan dengan tanaman Kelapa Sawit dimana dalam jangka masa 5 tahun,akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.
Perlu diketahui, bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.
Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan ; dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina disana.
Sememangnya,Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini; bukan macam Umno / BN yang sehingga kini gambar MB Pakatan Rakyat di lima buah negeri tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah.
Kerajaan Negeri Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.
2 ulasan:
Alhamdulillah, semoga SAR lebih bertenaga lagi dimasa akan datang ... Ini yg kami harapkan..
copy paste daripada forum TRANUNGKITE.NET....
Mari kita lihat berapa banyak 9 buah sekolah Cina boleh dapat dari hasil penanaman kelapa sawit seluas 400 ha atau 1000 ekar..
Kelapa sawit mula mengeluarkan hasil selepas 3 tahun ditanam. Pada tahun ke 8 dan seterusnya kelapa sawit pada puratanya mengeluarkan hasil ffb sebanyak 22 mt se hektar setahun. Pada harga masa kini lebih kurang RM 400/mt, 9 buah sekolah cina akan mendapat hasil sebanyak RM 3.52 juta setahun. Ditolak kos pengeluaran lebih kurang RM 3000 sehektar, atau RM 1.2 juta setahun untuk 400 hektar, 9 buah sekolah Cina akan tetap mendapat pendapatan bersih sekurang-kurangnya sebanyak RM 2.32 juta setahun., dan jika dibahagi samarata setiap sekolah Cina akan mendapat imbuhan sebanyak RM 257,000 setahun.
Jika dibandingkan dengan wang yang akan diperolehi oleh sekolah agama rakyat sebanyak RM 1.3 juta untuk 18 buah sekolah, atau pada purata RM 72,200 setahun. Ini bermakna pendapatan yang diterima oleh sekolah Cina adalah hampir 4 kali ganda berbanding dengan Sekolah Agama Rakyat.
Dengan ini saya mengucapkan "tahniah" kerana YB MB yang sangat perihatin dengan kebajikan Sekolah Cina dengan "makan besar', manakala sekolah agama rakyat cukuplah diberi gula-gula..
p/s.. tingginya harga yang perlu dibayar oleh Pas untuk satu jawatan MB!
---------------------------
ADAKAH MAKLUMAT INI TEPAT...????
TETAPI SETELAH DIFIKIRKAN MASIH BANYAK PERSOALAN -DIATAS ITNDAKAN BIJAL IR NIZAR INI.
AYUH PAS BUKTIKAN--KREDIBILITI ANDA.
Catat Ulasan