27 Februari 2009

Dua ADUN Perak dakwa ditawar RM20 juta

IPOH: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar wang sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di sini ialah Adun Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A. Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).

ADUN Titi Serong menjelaskan mereka akan memanakan siapakah pemimpin BN yang menawarkan kepada mereka sogokan wang dan jawatan tersebut dalam laporan penuh mereka kepada SPRM. "Tidak kurang dari 3 orang" katanya.

Khalil kelihatan menemani ADUN Kuala Kurau dan ADUN Malim Nawar menemui pegawai SPRM secara berasingan semasa menyampaikan laporan tersebut.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

Kerajaan pakatan pembangkang Perak tumbang awal bulan ini selepas BN menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mereka mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.

Tawaran jawatan Anggota Exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang agen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang agen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nyata sekali pemimpin-pemimpjn umno ini tidak peduli dosa...
Adakah pemimpin yang sebegini patut kita taati...

AvanzaG berkata...

Tapi dalam Mstar depa tunjuk ex-Adun Kuala Kurau, bukan YB Yunus

Tanpa Nama berkata...

kelakar la anonim 17:27... jgn la post lawak kat sini... kalo nak buat lawak g join pak lah masuk raja lawak...

dah tentu la org PKR yang g repot sebab bukan org pas yang dapat offer... hahahha... umno tak beran offer org PAS...

dalam PR mmg mcm ni saling sokong menyokong.. tak kira apa hal.. PAS , PKR , DAP sentiasa bersama...

tak la mcm UMNO... sentiasa berseorangan... sedang MCA , MIC , GERAKAN... dok rumah gelakkan korang...

senang citer dengki la tu....

Tanpa Nama berkata...

syurga itu jelas nyata jalannya
neraka itu pun jelas nyata jalannya
pilihan ditangan kita sendiri

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan semua rumah dan pejabat ADUN PERAK dipasang dengan CCTV supaya malaun2 tu tak berani nak buat kacau...

Tanpa Nama berkata...

Itu le teman dah kate...semalam..dedahkan aje semuenye skandal pemimpin Amneno nie...deme ni sombong bebeno...dulu lagi dah bile ade pihak yang nak dedahkan salahlaku pemimpin Ameno peghak Dato Sri Nizar kata toksah..kite jangan bagi aib orang..punye le sabonye MB kesayangan aku nie..ate udah deme buat Dato Sri macam nie ape lagi dedahkan ajea....boi deme tahu langit tu tinggi ke rendoh ...baru deme tau sape yang kuat bedeah selame ini....walaupun mahkamah ke..sprm..ke...hakim..ke..polis..kea deme semua ni bila pkatan yang report deme nyeghrongin buat tak tau tak ngape Allah ade bersame kite die udoh catat segale-galenye di akhirat kite berjumpe...Allah dedohkan segale-galenye...mase tu baru le tebeliak segale biji mate...yang gelap jadi nyate..yang salah dibetuikannye...yang jahat akan binase...mangkor le kome.....(bekas penyokong Ameno-Sg Korok Parit)

Tanpa Nama berkata...

Nak tunggu persidangan UMNO March ini. Ada tak perwakilan UMNO yg berani tegor bab rasuah ini. Eric Mersat

Unknown berkata...

Saya menyokong penuh tindakan Yb-yb yang selama ini menyimpan cerita/tawaran kpd mereka, sepatutnya awal2 lagi buat laporan...
anyway..biar lambat asal sampai...

Tanpa Nama berkata...

DAH BANYAK SGT DAKWAAN KAT PEMIMPIN UMNO NIE..TAPI HAIRAN..DIORANG NIE SABAR JER..PALING BAGUS PUN DIORANG BUAT PENAFIAN KAT MEDIA DIORANG..BILA LA AGAK NYA DIORANG NAK SAMAN BALIK KAN....KALAU BETOL TAK BUAT SAMAN JE LA...KALAU BERANI...KALAU BETOL DIORANG NI BENAR...BARU KITA TENGOK SAPA YANG KENE......

Tanpa Nama berkata...

Kalau YB2 ni lemah semangat hari tu dah jadi 6 JAHANAM dah... 3+1+2=6