26 Februari 2009

Jam 11.30 pagi : ADUN Malim Nawar sampai ke SPRM untuk membuat laporan.

IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN.

Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim.

Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami sokong semenye
dedahkn ape yg patut
smp bila kebenaran palsu mereka
akan bertahan...
kadangkala terpk sendiri
mereka2 ini x takut mati ker???
sbg rakyat marhaen, kami dh cukup
menyampah dgn seme ni...

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

rasanya kita tak payah buat laporan pada SPRM la Drs. BUANG MASA.

ibarat kita pergi buat laporan kepada pencuri bahawa kat kampung kita ada kes kecurian.

atau...

ibarat kita suruh lembu menjaga lembu.

mereka semua ni baik SPR atau SPRM adalah "PARTI KOMPONEN BN" yang paling baru...

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

alah..yang awak tu sokong bang nuar nak tumbangkan kerajaan pusat tu...cam ne..sampai taiwan di kejornye...bila tak dapat salahkan orang lain lak..bertaubatlah...percayalah kepada kunfayakun

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH SULTAN AKAN MELANTIK NIZAR MENJADI MB PERAK KEMBALI ?

Tanpa Nama berkata...

skong untk kebaikan semua pihak xpa..xmcm umno..pnuh ngan agenda jaht..kalo buat cra elok xpe gak,ini x,culik n rasuah. xda moral langsung..ak plik still ada lg yg dok skong umno nie..to sprm: nama ja tkar bru,isi dlm tetap sama..sprm(suruhanjaya pemberi rasuah malaysia)

Power Renjis berkata...

brape ekor lembu dibawak?

Tanpa Nama berkata...

berkenaan dengan lompat melompat ni,bukankah UMNO yang mulakan dulu.

Abuarif berkata...

Alias Congo kata:Hidup pun susah,mati pun susah(filem madu Tiga)

Sekarang ni kalau Alias Congo ada mesti dia kata:LUA-LUA PUN SELUPA,PR KASI LEPOT,BN PUN KASI LEPOT.LEPOT POLIS PUN SELUPA SAMA ITU LEPOT SPRM.....LUA-LUA PIJAM MATA MAU TELUJUN.

Tanpa Nama berkata...

TERKINI !!!

SULTAN PERAK SAKIT KEPALA NAK BUAT PILIHAN...( MENURUT SUMBER DOKTOR PERIBADI BELIAU )

Tanpa Nama berkata...

SPRM..bila TOK GURU NIK AZIZ lapor dalam akhbar pernah tolak rasuah...la la tu SPRM pi siasat..

Sekarang bila ada laporan rasuah pihak Umno /bn haprak ..usah harap la SPRM ni nak siasat..

apa lagi yang boleh di harap kan pada penguasa undang2..polis , hakim , sprm , semua tak boleh pakai..

elok REVOLUSI je..

Tanpa Nama berkata...

Teman cadangkan kita dedahkan aje semua salahlaku pemimpin Umno di Perak ni banyak bebenor skandal mereka...dulu banyak pihak yang ada maklumat nak dedahkan tapi MB Nizar kata tak perlu jangan bukak aib orang.... punye le sabo nye dia..tapi datuk seri kalau macam ni le deme buat kat datuk seri dedahkan aje londehkan aje semua rahsia penyelewengan baru padan muka deme..belagak...tak sedor diri..deme semua ni naik kepale pasa MB kite ni penyabo sesangat sangka baik bebenor dengan kome...kalau teman le heiii...mangkor le kome teman teghebankan terkirap ke tanoh... ni haa sekor lagi adun Kuala Kurau bukan oghang tak tahu skandal mike di Lumut....baru padan muke kome..wahk ka ka ka(bekas penyokong UMNO Sungai Korok Parit)

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan bukan adun kuala kurau tu yob batu kurau

Tanpa Nama berkata...

bolenkan deme.. bionye teberancey..

Tanpa Nama berkata...

adun kuala kurau dia takda kandal yop.. jgn silap, pembetulan batu krau