11 Februari 2009

JAM 12.15 : Tidak sepatutnya kami dihalang, Nizar.

IPOH, 10 Feb :- Saya bersyukur kerana datang ke bangunan SUK kerana hari Selasa adalah hari bertemu pelanggan dari dalam dan luar negeri untuk , tidak sepatutnya kami dihalang tetapi saya akur dengan keadaan itu. Demikian antara kenyatan YAB Menteri Besar perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di kediamannya setelah balik dari Bangunan SUK sebentar tadi.

" Saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang masih menyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat" kata Ir. nizar.

Beliau juga menjelaskan kepada wartawan sampai sekarang tidak ada surat mengenai jawatan beliau, dan bertegas jawatannya masih sah dan akan teruskan tugas seperti biasa.

Ir. Nizar juga melahirkan kekesalan tidak sepatutnya dihalang kerana kami masih lagi ADUN.

Ditanya mengenai calon Parlimen Bukit Gantang, beliau mengatakan masih terlalu awal dan serahkan kepada pihak negeri dan pusat untuk memutuskan.

Menjawab persoalan perlantikan cuma 6 exco, beliau mengatakan ini menunjukkan Exco tidak sah, bahkan kami adalah Exco penuh yang sah. Kerana Kerajaannya tempang maka kerajaannya tempang.

Persoalan mengenai Perayaan Jubli Perak dijelaskan oleh Ir. Nizar, "mengenai Jubli Perak kami dah janji lebih awal kalau ada pembubaran DUN ianya akan berjalan seperti biasa kerana ada "care taken goverment", dengan apa yang berlaku ini kita pun tidak tahu.."

Menteri Besar juga memberikan penegasan dan yakin PR akan menang dengan majoriti yang besar .

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape yang sahnye kan sultan dah lantik mb dan exco yang baru dengan kuasa sultan tuh automatik la mb n konco2 exco yang lame dah tak valid lagi
jangan la lupa nizar n konco2 dulupun sultan yang lantik sah plak lantikan sultan dulu macam mana plak lantikan yang skarang boleh tak sah.... konco2 pakatan rakyat niihh tak skolah kot tu pasal tak paham2 bahasa tamak plak tuhhh

Tanpa Nama berkata...

anonim: persoalannya sah ka dr aspek undang2. lu x skolah punya olang.

Tanpa Nama berkata...

i'm law student .... perhaps i know better than u about sah atau tak sah di sisi undang2
u belajar undang2 macam i ker????

Tanpa Nama berkata...

hanya 3 perkara sahaja yg membolehkan jawatan MB terlepas....

1) pembubaran kesemua dun
2) berlakunya undi tidak percaya di dewan dun
3) MB itu sendiri yg meletak jawatan


TAK PERLU NAK BERDALIH LG WAHAI MB HARAM (BN)

Tanpa Nama berkata...

selalunya orang yg faham dan belajar undang-undang akan langgar undang-undang .....

Tanpa Nama berkata...

kami tak mengiktiraf kerajaan haram dan menteri besar haram dari BN tu

Tanpa Nama berkata...

anonim 22:26
kalau belajar undang-undang tapi tak paham,lagi lah teruk...tak lulus agak nye :)

Tanpa Nama berkata...

"i'm law student .... perhaps i know better than u about sah atau tak sah di sisi undang2
u belajar undang2 macam i ker????"
Hoi...mangkuk...amik case ni sebagai beanchmark...
http://haninasution.blogspot.com/2009/02/sejarah-berulang-di-perak.html

mohd fitri berkata...

ade jugak law student yang bengap@mangkuk@bangang

Tanpa Nama berkata...

Bukan "law student", tapi, "malau student". "Malau" dalam Bahasa Cina bermaksud.... Monyet. Dah monyet ni dasar melompat, maka melompat parti tak ada masalah bagi dia

Tanpa Nama berkata...

anonim nie bukan ambil LAW but LOw class.... sama mcm itu mangkuk jambat... mangkuk jamban lg ada kelas ma...

Tanpa Nama berkata...

kalu gtu, mungkin xplu dh PilihanRaya, x payah berkempen, smua kaki tangan kpala badan SPR dh tak di perlukan kot. Rakyat jelata senyap jelah, undi kamu x bermakna wlp di pihak yg betul..lantik!!

Tanpa Nama berkata...

Alahai, baru jadi law student dah mendabik dada. Kalau tengah belajar jangan la nak berlagak, belum khatam lagi tu. Nampak gaya nada ayat macam biasa ahli puteri ameno.