KUALA LUMPUR: Kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kenaikan kadar tolitu membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
"Bagi Plus, kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus( Lebuhraya E1 dan E2) akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen sekilometer bagi kenderaan Kelas 1, bagaimanapun kenaikan itu tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau berkata, Sprint-Kerinchi dan Damansara Link, kadar tol dinaikkan antara 30 sen dan 50 sen bagi kenderaan kelas satu manakala bagi Akleh, kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.
"Kadar tol di Lebuhraya Besraya dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1 dan bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines berikutan Plaza Tol Salak Jaya ditutup pada 24 Februari lalu.
Sementara itu bagi Lebuhraya NPE pula, kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kelas kenderaan yang sama," katanya. - Bernama

17 ulasan:
elok sangat la tu..dah tau zaman gawat..harga barang keperluan naik..naik pula tol..terima kasih BARISAN NASIONAL..
UNDILAH BARISAN NASIONAL..
byk2 la bersabor..x lama dah tu..PRU akan datang kita ajar habis-habisan.
Tol naik, BN turun
ha...tahniah BN ..STANDBY di 2 bukit nanti
Projek Lebuhraya Utara Selatan
kena tukar jadikan
Pantang Lalu Ulur Selalu
itu leh kerja BN menyusahkan rakyat.. kita akan ajar BN nanti
HIDUP RAKYAT PERAK
tipu tol Bn..
kate hapus tol npe n besraya..pastu naek tol..same je..barua umno/bn!!!
ingat rakyat bodoh!!!
no wonder baru2 ni dia batalkan tol di laluan lebuhraya pendek! rupanya ada udang duh!
hampas nye bn! tak abis2 nak cekik kami rakyat
Elok lah tu....UMNO/BN kaya raya....Rakyat pergi mampos....tergolek papa kedana...
...TAHNIAH kepada penyokong2 BN.. Jangan pula penyokong BN mengeluh..padan muka kau orang.
Berita terbaru, Pak Lah kata kena kaji balik?
Sah lah Pak Lah dah takut kalah!
kaji semula buat apa, teruskanlah. Lainlah kalau kaji nak tutup semua tol- tol plaza, barulah berjiwa rakyat namanya. ni nak kaji semula apa, silap-silap naik lagi. Ai macam nak ambik hati pengundi je, . Tiba-tiba naik, tiba-tiba nak kaji semula. Rakyat faham sangat dah dengan flip flop ni. Tunggu lah hangpa wahai penyokong-penyokong Umnobn oi. nape rungut, dah habuan.
tahniah kepada semua pengundi UMNO/BN...
BN memang dah hilang akal...jangan fikir tentang konsesi@kroni ajer...tapi fikirlah tentang nasib rakyat Malaysia. Naik kadar tol nie mesti nak cover duit yang Najib Toooonya dah labur untuk beli 4 ekor katak hari tu....dan untuk 'pembelian' akan datang....Kita tengok pilihanraya kecil nanti.....Tunggu......
ALLAH HUMMA ALAIKA BI BARISAN NASIONAL MAKTINIL KUFRI WALFASAT, ALLAH HUMMA ALAIKA B PAKLAH MAKTINIL KUFRI WALFASAT, ALLAH HUMMA ALAIKA BI NAJIB BIN RAZAK MAKTINIL KUFRI WALFASAT. HANCUR HANCUR, HANCUR UMNO BN.
2 tol dimansuhkan = 5 tol dinaikkan..
mmg takdak otak kerajaan Be-End..
lu pikir la sendiri....
Aku pun tak terkata apa dah ni....pening...pening...pening....nak pengsan dah ni...uuuuuuppppp....gedebummmmm....(pengsan)....(bila dah sedar balik...) Memang CELAKA UMNO/BN.....itu komen ringkas, padat dan tepat lagi mutakhir....
haha..best2..naik2 lagi..pastu mula lak barang2 naik alasan depa tol dh naik so barang pon kena la naik margin hahaha..oii rakyat malaysia dok tunggu apa lagi.nk sokong lg ka..awat hampa jd mcm tu haa..klau hampa x kesian kat diri hampa kesian la kt anak cucu hampa besok..dh la susah dpt keja..yg dok keja pon kena buang..renung2kn..
Ha ha ha, Agak dah! Kenaikan kadar tol ditangguh sehingga hujung tahun ni..
Ada orang sudah takut bayang2 sendiri tapi x takut bayang2 Altantuya.
UMNO/BN sedang nazak dah ni...
Talian hayat yang tinggal:
1. Sultan/Raja2 Melayu
2. Polis
3. Surat Khabar / media
Catat Ulasan