IPOH: Perbicaraan kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta membabitkan dua bekas Exco Perak dan tiga orang lagi hari ini ditangguhkan ke 15 Jun depan.
Perbicaraan yang dijadualkan selama tiga hari bermula hari ini terpaksa ditangguhkan kerana Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Looi Heng menghadiri seminar di sini sehingga esok dan kes itu kemudian didengar di hadapan Majistret Sharmila Abdul Samad.
Bagaimanapun, dua bekas Exco terbabit, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi tidak muncul di mahkamah bagi perbicaraan kes itu kerana sakit.
Ekoran itu, Majistret Sharmila mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Mohd Osman kerana gagal mengemukakan sijil cuti sakit dari hospital dan menetapkan 13 April depan sebagai sebutan semula kes waran tangkap itu.
Terdahulu, adik Mohd Osman, Noriza Jailu sebagai penjamin beliau, memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh tidak dapat hadir kerana telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam semalam kerana masalah jantung.
“Belum dapat MC sebab doktor masih membuat observation,” kata Noriza.
“Tertuduh sepatutnya tahu bicara hari ini, kalau dia dimasukkan ke hospital dan memberitahu doktor tentang bicara hari ini, hospital tentu boleh mengeluarkan sijil cuti sakit. Mohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Timbalan Pendakwaraya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.
Bagaimanapun, mahkamah tidak mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Jamaluddin setelah peguamnya, Abdul Roni Rahman, memaklumkan tertuduh sakit dan mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada mahkamah.
Sementara itu, seorang lagi tertuduh, ahli perniagaan Usaili Alias, juga dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah hari ini.
Bagaimanapun perintah itu dibatalkan setelah tertuduh hadir kira-kira sejam kemudian.
Beliau menjelaskan tersalah faham mengenai waktu prosiding dijalankan dan menyangka kes itu akan disebut pada sebelah petang kerana beranggapan dua bekas Exco itu, Mohd Osman dan Jamaluddin, akan hadir ke Istana Iskandariah untuk majlis angkat sumpah barisan Exco baru kerajaan negeri itu pagi ini.
Mohd Osman, Jamaluddin, Usaili dan dua orang lagi iaitu, juruteknik Perbadanan Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini, dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lalu.
Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lalu di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.
Dalam prosiding hari ini, peguambela Mohd Asri Othman memaklumkan mahkamah beliau ingin menarik diri daripada mewakili Mohd Osman dan Jamaluddin atas alasan tidak mendapat apa-apa arahan daripada kedua-dua tertuduh.
Mohd Osman dan Jamaluddin kini diwakili peguambela Abdul Roni, sementara Usaili, Ruslan dan Zul masih diwakili oleh Mohd Asri. Bernama.

8 ulasan:
sakit lagi ke? haha
SAKIT YANG DI RANCANG DAN SIJIL SAKIT DI BELI LAH TU.............. MASA DAPAT RASUAH SEX DULU SIHAT PULAK O
depa dua ni suka menipu sakit ye? nanti betoi sakit baru padan muka
JADI ADUN SAMA-SAMA
MENANG SAMA-SAMA
EXCO SAMA-SAMA
RASUAH SAMA-SAMA
SEX SAMA-SAMA
LOMPAT SAMA-SAMA
HILANG SAMA-SAMA
NAIK COURT SAMA-SAMA
SAKIT PUN SAMA-SAMA
NEXT TRIAL 15 JUN SAMA-SAMA
KITA SAMA-SAMA
HEEEEEERANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
MAMPUS KAU KATAKKK
Sijil Cuti Sakit mana bole pakai kat Mahkamah.....
hari ni sakit 15 jun nanti apa lagi alasan yang depa nak bagi....
last-last buang kes dah tahu dah ni semua perancangan umno nak mengabui mata rakyat...
Bro....Kami cukup tertarik dgn komen2 dan berita PANAS PERAK dari blog saudara.. Izinkan kami untuk buat salinan untuk tatapan orang2 Kuala Pilah. Doa kami agar PR PERAK terus maju dgn tarbiah dan keilmuan. Trajedi PERAK banyak mengajar kita mengenai politik dan perlembagaan. Syabas moga gelombang kesedaran ini akan bertiup ke Neger Sembilan. Takbirrr
Salam, waktu Nabi saw mula2 menyampaikan dakwah Islam di Mekah, Kuasa, Harta & Wanita lah yang ditawarkan oleh puak musyrikin. Hari ini episod sama telah di praktikkan oleh UMNO/BN.
Catat Ulasan