25 Mac 2009

Biodata lengkap Ir. Nizar.

Mengenali Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.

17 ulasan:

Modern Talking berkata...

perbandingan dr latar belakang pendidikan, mmg terserlah Calon Ir. Nizar Lebih berkaliber dr calon BNatang

Tanpa Nama berkata...

syabas Nizar

Tanpa Nama berkata...

new pas icon in perak n malaysia..

Tanpa Nama berkata...

kami setia bersama mu.
jatuh bangun bersama rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Dr khalil saya mencadangkan agar ada sedikit ruang dalam bahasa cina ,ia sedikit sebanyak dapat menarik perhatian untuk golongan dari kaum tionghua.Saya amat meminati karekror dan imej,serta keluarga yang sempurna dan cara bertemu dengan pengundi di TT Serong,pemimpin macam tuan Dr. harus di ketengahkan lagi agar dapat menarik minat kaum bukan melayu.TQ

Tanpa Nama berkata...

the star is born

Tanpa Nama berkata...

Ini baru lah betul-betul Melayu baru.Ketokohan bukan terletak kepada wang ringgit tetapi kepada ilmu dan iman di dada.

Tanpa Nama berkata...

salam...sempat berada di syria masa anak DS Nizar di Syria, cuma tak sempat sembang dgn anaknya di sana...

Apa pun, tentu sejuk perut isteri DS Nizar mengandungkan anak2 yang al-Hafiz..Amin

http://al-qedahi.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Baca biodata Datok seri IR..meremang roma teman..moga kita di anugerah kemenangan selamanya demi islam.
Tahniah Dato Seri..teman akan turun berjuang dibukit gantang bersama petugas PR .

Tanpa Nama berkata...

Sila boikot mee udang makteh kerana ia merupakan hard core umno. maklum kan pada semua petugas..teman dah lama tahu hal ini . sila bantu sesama jamaah kita demi perjuangan islam...tapi baru terperasan MB IR ada menjamu selera di sana. harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

takbir...

Tanpa Nama berkata...

Salam ..gelong gajah..

Xper la kita makan kat sana.. semoga hati makteh tu ada rasa teringin nak bersama PR. yg x bolehnya klau dia ada campur Babi Najis (BN) dalam mee dia tu. klau setakat dia tu sokong umno jer xper laa.. semoga dia diberi petunjuk akhirnya..wallahualam.

(harapan63)

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Kepada gelong gajah,
Kita patut dakwah supaya makteh kembali kepada menyokong perjuangan yang benar... Langkah boikot bukanlah satu tindakan yang bijak, dia bukannya memberi sumbangan kepada ekonomi Yahudi/Israel laknatullah. Cuba dekati orang2 macam ni dan kita pikat hati mereka supaya dapat kembali kepada kebenaran. Dapat jugak pahala...

Tanpa Nama berkata...

Bukan taraf Nizar diPasir Panjang shj, suara dan kewibawaan beliau sepatutnya sudah lama bergema diparlimen.Saya yakin Nizar bakal PM Malaysia selepas Anwar dan PAS perlu menaikkan nama beliau diperingkat pusat....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Kita melihat kehebatan DS Ir Nizar.. Alhamdulillah, Allah kurniakan PAS tokoh yg hebat mcm ni. Tapi, apa yg lebih penting. Kita kena berusaha utk melahirkan 1000 lagi pemuda2 PAS yg berkarisma dan mempunyai sifat2 Islam.

Inilah yg kita panggil Teknokrat Hizbullah. Atau dlm erti kata lain, kita kena lahirkan Mukmin Profesional.

Amin..

Anak Kuala berkata...

hebat calon pas nie. belajar ke luar negara. Duit mak bapak dia ke duit kerajaan?

Tanpa Nama berkata...

woi anak kuala,ko ingat duit kerajaan tu orang amnoo je boleh pakai,ingat tu duit mak bapak ko ke,duit kerjaan tu duit rakyatlah bodoh..duit pembayar cukai dan hasil mahsul negara,semua rakyat berhak menikamatinya..