26 Mac 2009

Ucapan pemuda UMNO biadap, tidak hormat undang-undang.

Pembahas daripada Pulau Pinang Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" daripada penjara.

"Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul menyentuh ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.

Demikianlah kebiadapan pembahas dalam perhimpunan Agong pemuda UMNO yang melangkaui bidang kuasa dan tugas sebenar sebagai seorang warga negara yang mesti menghormati maruah dan hak seorang warga negara Malaysia.

Anwar dibebaskan atau ditahan tidak ada kaitan dengan perhimpunan agong UMNO. Ia berkaitan dengan undang-undang dan perbicaraan di mahkamah yang masih diharapkan ada bibit keadilannya, walaupun yang jelas ianya difitnah dan dianaiya dan dipermalukan oleh musuh politiknya.

Adakah pemuda umno mahu mencadangkan Malaysia sebagai negara polis atau "kuku besi" demi mempertahankan kuasa yang hampir hilang. Bebas atau tidaknya seseorang dari penjara tidak semudah yang diucapkan kerana ianya adalah kaitan dengan kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah.

Ucapan sedemikian semacam seorang yang melihat rumahnya terbakar hangus, dalam keadaan kelam kelabut dia sudah tidak tahu apa yang hendak dibuat. Demikianlah pemuda umno yang tahu kapal umno hampir karam dan sudah tahu kubur umno sudah siap digali. Kerana itulah ucapan sedemikian diucapkan.

Pembahas inilah sebetulnya petualang bangsa yang disebutkan oleh tukang cium keris di atas.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umno buta undang undang tu .. buat laporan polis kerana hina mahkamah !

Tanpa Nama berkata...

biaso la yb...mmg kito samo2 kenal ore umno ni...kalau tak biadap dan kurang ajar bukan umno...

Tanpa Nama berkata...

Kalau manusia tentu ada perasaan,sepatutnya mohd zaidi punya perasaan bukan perasan.Salahkan diri sendiri bukan mencari kesalahan orang lain kenapa orang melayu banyak yang menolak UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Pendek kata . Bail buruk janji keuntungan
itu di kawalan keluarga sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak nampak camtu, janganlah pimpinan PAS berperangai macam puak tu. Tunjukkan adab dan etika yang baik kepada masyarakat. Biar masyarakat menilai. Tunjukkan keindahan Islam yang diperjuangkan.

Tanpa Nama berkata...

maknanya mmg betul Anwar ditahan kerana konspirasi politik bukannya kerana kesalahan liwat.

Tanpa Nama berkata...

Pemuda UMNO ni tak cerdik Itu la realiti pelapis pemimpin mereka. Selesaikan masalah dalaman UMNO itu dulu. tak de kaitan dengan Anwar atau yang lain-lain. Ilmiah la sikit.Tunjukkan Melayu berbahas secara profesionalisme bukan dengan emosional.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni dah memang hina..
tahu tak aku ni ahli umno yang berstatus aktif sampai sekarang bagi cawangan kampung..
tapi aku benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... UMNO.. aku jadi ahli UMNO pun kerana kesian kat pak cik aku.. tapi tak pernah pun pangkah UMNO dalam 3 kali PRU.. mereka juga pernah nak beri pangkat peringkat PEMUDA pada aku pasal aku berpendidikan.. peringkat cawangan kampung je ler.. tapi aku tolak.. aku bukan gila kuasa.. aku menyampah atas pihak atasan parti yang konon jaga melayu, jaga islam tapi haprak.. orang bawah pulak sibuk nak itu nak ini yang boleh mendatangkan untung.. kalau untung baik pada dia dan rakyat tak per.. ni baik untuk dia sosorang..

Adun tempat aku tahun 80an.. dia UMNO dan aku respek kat dia.. walaupun adun BN dia menjalankan tugas untuk rakyat tak kira parti.. dia tetap bantu bapa aku walaupun dia tahu bapa aku pro PAS dan aku dapat biasiswa pelajaran..

Sudah lama aku tidak mendengar berita dari dia.. tup tup baru-baru ini aku jumpa dia.. dia dah jadi Ahli majlis dalam PBT di negeri PR.. rupa-rupanya dia dah lama kuar UMNO semenjak krisis ANWAR.. alhamdulillah..

apa yang aku cakap nih lillahhitaala..

Tanpa Nama berkata...

Inilah katanya mahu change. Cuma mahu change luar, dalamnya sama. kakaka

Tanpa Nama berkata...

Secara halusnya nak beritahu yang Pak Lah and KJ yang dah silap... so, janganlah pilih si KJ...

Tanpa Nama berkata...

MANGKUK TU INGAT MALAYSIA NI UMNO PUNYE KE??? ELOKLAH TU UMNO ADA BAHALUL2 JADI AHLI. LAGI CEPAT KAPAL BURUK UMNO NI TENGGELAM DAN SEMUA AHLI2 DIA MATI LEMAS LAGI BAGUS....AMAN MALAYSIA..

Unknown berkata...

kalau dah bodoh, tetap bodoh!

Tanpa Nama berkata...

UMNO tolonglah sampai bila nak berubah menjadi parti baik .Setiap tahun ada saja mulut besar yang cakap rektorik burukkan orang/kaum lain.Yang siapa masuk keluar penjara adalah kerana undang-undang dan BUKAN kesukaan seseorang.

Anak Perelih berkata...

Akhirnya Pemuda UMNO mengaku Anwar adalah tahanan politik, Anwar dipenjara kerana faktor politik, dakwaan keatas anwar adalah bermotif politik dan Kehakiman Malaysia adalah dibawah telunjuk UMNO...

Macam ni sapa la nak masuk invest ke Malaysia... pakat pakat takut melabur di Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

buat laporan POLIS kerana HINA MAHKHAMAH.
aku setuju bebenor.

ismel berkata...

bukan apatuu...nak tunjuk jantan dlm reban sendiri.org macm tu berlambak dlm amenono.kokok saja kuat nampak fulus sikit habeihlaa.yg nyata ekor dia org penoh taik.,busk pulaktuu.

kekwa66 berkata...

lim kit siang kata umno gila, memang betul!!! cakap macam orang gila si mamak tu!

kekwa66 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Puan Ainon Mohd. berkata...

Ejaan yang betul 'biadab'.

Tanpa Nama berkata...

kepala pon dh betui..ekor ikut sama la...neh la pertualang bangsa yg betui..haprak punyer ameno...

Tanpa Nama berkata...

Berucap di himpunan UMNO di PWTC bukan seperti berucap di Parlimen. Setiap kata-kata yg melanggar undang-undang patut di siasat oleh pihak polis. Mungkinkah mereka ni sudah rupa bangunan PWTC bukan bangunan Parlimen?

Tanpa Nama berkata...

bodo punye pewakilan tu..ingat umno wat keputusan suh bebas saudara anwar..ingat mahkamah umno punye ker...lu pikir la sendiri....

Tanpa Nama berkata...

dia ni baru aje ambik bini orang untuk buat bini ke 3 nya
kesian kat anak binibarunya yang kembar 3. asyik tanya mama mana.
maknya tengah sibuk melayan si petualang tanjung putus.

Tanpa Nama berkata...

dia ni baru aje ambik bini orang untuk buat bini ke 3 nya
kesian kat anak binibarunya yang kembar 3. asyik tanya mama mana.
maknya tengah sibuk melayan si petualang tanjung putus.

Tanpa Nama berkata...

gaya macam sultan aje !!!!!!!!
jangan perasan.

ZAMRI kecik's berkata...

baru rakyat tau sapa UMNO yang sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

Sejak dari zaman merdeka melayu telah digula-gulakan sampai ke hari ini pasal menjaga bangsa sahaja. Sebenarnya kita mesti memilih ISLAM di dalam semua perkara di dalam kehidupan dan bukan bangsa yg menjadi keutamaan. Alhamdulillah nampaknya hari demi hari ada sedikit perubahan dan generasi hari ini ada keterbukaan mengenai ISLAM sebagai perjuangan. Pergerakkan ISLAM perlu di tegakkan dan dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir. Itu adalah satu ibadah. Untuk itu perjuangan ISLAM perlu disokong oleh semua orang yg beragama ISLAM. Ini kerana di mahkamah Allah nanti kita akan disoal selidik semasa perjalanan kehidupan di dunia. Baik di balas Syurga dan jika sebaliknya ... Renungkanlah saudara2 ku seagama sekelian. Seperti saudara2 ketahui bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan akhirat adalah kehidupan yang nyata...