Us Nasaruddin Tantawi telah menyiarkan sebuah artikel yang sepatutnya menjadi pedoman kepada kita selaku pendokong Islam di dalam blog beliau. Artikel tersebut menceritakan tentang kewujudan 2 team di dalam PAS. Memang benar, di sana memang terdapat 2 team di dalam PAS, bahkan boleh saya katakan, ia lebih daripada itu. Di dalam sebuah hadis Nabi SAW, sepertimana yang telah disebutkan oleh Us Nasaruddin di dalam artikelnya, bahawa di akhir zaman, Islam terpecah kepada 73 kumpulan, dan satu kumpulan sahaja yang akan menang.
Hakikatnya, di dalam PAS, hanya dilihat terdapat 2 kumpulan sahaja, bahkan ia sebenarnya lebih banyak dari itu. Demikianlah suara hati yang diluahkan oleh Us Nasaruddin. Sebelum ini saya pernah menulis artikel yang bertajuk “Jangan tubuhkan BN yang kedua setelah menjatuhkan BN yang pertama”. Namun, hakikat yang perlu diketahui oleh semua ahli PAS ialah janganlah menyuntik virus politik kotor UMNO ke dalam tubuh PAS!
Saya teringat Sirah Nabi Muhammad SAW, ketikamana Baginda SAW sendiri mengalami situasi yang sama sepertimana yang terjadi di dalam PAS hari ini. Iaitu wujudnya beberapa golongan Islam yang tidak percaya dengan Nabi Muhammad SAW sendiri, dan terdapat juga golongan munafik yang berlakon sebagai seorang Islam, tetapi bertujuan menghancurkan Islam.
Ketika peperangan Bani Mustalik selesai, orang Islam pergi mendapatkan bekalan air di sebuah perigi. Perigi yang satu itu menyebabkan mereka berebut-rebut untuk mendapatkan air sehinggakan berlaku pertengkaran kecil. Lalu terdengarlah seorang ansar memanggil, “Wahai kaum Ansar….” Dan terdapat seorang muhajirin juga memanggil “Wahai kaum Muhajirin…”……
Apabila mendengar panggilan tersebut, Rasulullah SAW bersabda “Apakah mereka masih menyeru kepada jahiliyyah sedangkan aku masih bersama mereka?!!”. Pertengkaran sesama umat Islam ketika itu menyebabkan Nabi Muhammad SAW begitu benci, kerana meraka mengembalikan sifat taksub perkauman yang telah dihapuskan oleh Baginda SAW. Baginda SAW begitu benci dengan kelakuan orang Islam ketika itu yang menyeru kepada jahiliyyah.
Begitu juga apa yang terjadi hari ini, terdapat parasit di dalam PAS yang telah cuba mengembalikan PAS kepada Jahiliyyah UMNO! Politik kotor UMNO cuba diserap di dalam PAS. Perpecahan UMNO diserap di dalam kesatuan PAS. Seolah-olah parasit-parasit ini cuba mengUMNOkan PAS setelah UMNO gagal mendapat pengaruh rakyat.
Parasit inilah yang telah disebut oleh Us Nasaruddin sebagai golongan Asy Syaqawah. Tidak dinafikan, bukan setakat UMNO sahaja yang membencikan ulama’, bahkan terdapat parasit PAS sendiri yang membenci ulama’. Bertaubatlah sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka. Parasit-parasit ini cuba menjadi hero dalam perjuangan PAS, sedangkan hero ini tidak lain hanya ingin mendapat nama sepertimana yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay, seorang munafik di zaman Nabi Muhammad SAW.
Abdullah Ubay memang hebat menabur fitnah. Dia bertujuan menghancurkan pengaruh Nabi Muhammad SAW kerana kehadiran Nabi SAW di Madinah mengganggu kenaikannya sebagai pemimpin Madinah. Oleh itu, beliau sering bertindak menyuntik racun ke dalam pemikiran umat Islam supaya tidak mempercayai kepada Nabi Muhammad SAW.
Adakah kita juga salah seorang yang bertugas sebagai penyuntik ke dalam pemikiran umat Islam supaya tidak mempercayai ulama’ yang juga pewaris bagi Nabi? Inilah beberapa ekor parasit yang hidup di dalam tubuh PAS, dan berusaha untuk merosakkan PAS!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

12 ulasan:
Salam drs,
Ana berharap artikel yg hendak dipaparkan diblog drs pun sepatutnya disaring dahulu. Sejak kebelakangan ini, ana nampak drs hanya cut n paste sahaja tanpa menilai dan melihat kesan hasil daripada aktiviti cut n paste itu. InsyaALlah yang lepas itu lepas... kita move forward dengan semangat dan fikrah yang bebas dari anasir2 yang tidak sihat
tulisan diatas ada asas dan perlu diambil perhatian, saya rasa inilah realiti yang sedang dihadapi dalam pas di tempat tertentu sekarang ini
Sebagai suatu ingatan kita tidak terjebak kepadanya saya kira apa salahnya.
Siapa agaknya Abdullah Ubay dalam PAS ini? Berat tomahan ini.
YB Drs,
Isi artikal yang anda muatkan itu pun dikutip dari golongan yang mahu menegakkan kumpulannya. Berbeza pendapat ini dibenarkan dalam Islam tetapi janganlah sampai peringkat berpuak-puak.
Kalau ada dua pendapat yang berbeza kita ambillah keputusan suara banyak. Kalau suara banyak mahukan pendapat yang pertama, kumpulan yang mendukung pendapat kedua kenalah akur.
Rasulullah mencadangkan supaya bertahan di Kota Madinah tetapi suara banyak mahukan supaya bertahan di bukit Uhud. Rasulullah kemudiannya bersetuju dengan suara banyak.
Tidak timbul pun perpecahan.
Yang susahnya bila kita menggunakan ulamak untuk mempertahankan pendapat kita. Kita seret ulamak kekancah pertikaian kerana mahu mempertahankan ego.
Lebih buruk lagi gunakan hujah-hujah dangkal. Berdosa lawan tok gurulah, tak tahu adaplah dan bermacam-macam lagi.
Rasionallah sikit. Kalau Tuan Guru Presiden sendiri akur dengan pendapat ramai, kenapa orang mendokong idea Presiden tidak boleh akur.
salam drs. khalil,
saya setuju dgn penulis artikel dan drs. relitinya mmg perit dan menakutkan utk jemaah ttp pendokong harus menerima barah itu yg sedang merebak didalam jemaah kita. pendokong PAS harus berwaspada, musuh2 Islam ada dimana saja.
artikel ini sama dgn kebimbangan yg diutarakan oleh ust. nik abduh. marilah kita sama2 berdoa semoga usaha utk menjatuhkan kepimpinan ulama ini tidak berjaya dan setiap ahli jemaah perlu memperkukuhkan benteng pertahanan.
salam semua...
ada benarnya pndpt saudaara ustaz khalil mengenai realiti yg brlaku..namun prlu disedari jk pndedahan ini lbh menyemarakkan lg usaha dn pengaruh utk meng"kem-kem"kan lg ahli dlm prti sy kira ini bknlh suatu tindakan yg bijak sebaliknya akn menguntungkn lg musuh di luar dn musuh dlm selimut..oleh itu seharusnya prlu ada usaha yg brsepadu oleh pimpinan melakukn pmbrsihan trhdp kekotorn yg menular ini..sy prnah trdgr seorang pemerhati merungut "nk pegang negara?sesama sndiri pn brcakaran dn brgduh...."
mksud org itu tntunya dalam..
tidak sependapat dlm sesuatu hal itu brgkali lumrah tetapi jk smpai membntuk kmpln2 itu bkn lg lumrah tetapi kelemahan...
smoga bntuk penyelesaian yg ditnjukkan Rasul S.A.W akn trus dikaji sedalam2nya..
alfaqir ila Allah..
damak...
assalamualaikum,sy sbagai penyokong pas dr generasi muda betul2 mnharapkan kepimpinan pas terhindar dr virus politik kotor umno nie..so kpada ahli2 pas tolonglh pilih pemimpin yg betul2 memperjuangkan islam,yg ingin menegakkan syiar dn pemerintahan islam(ekonomi,undang2,etc)dn jgnlah pilih pemimpin yg bercakap soal islam sbagai kosmetik saja..bg sy biarlah dlm kepimpinan pas yg baru seimbang antara pemimpin berlatar belakangkn agama dn golongan profesional..kalu golongan profesional pula cth kalu seorang doktor biarlah dia doktor yg betul2 mnghayati ajaran islam yg menjadikan islam sbagai amalan hidup.itulah hrapan sy kepada ahli2 pas seluruh negara..harapn generasi muda especially org melayu sekarang hanyalah kepada pas so ahli2 pas skrg yg diamanahkn utk melahirkan kepimpinan pas yg boleh mmperjuangkan islam............ayie_100983@yahoo.com
Terima kasih yb di atas komen itu. Firasat saya juga menyebelahi yb. Kepada puak yang ingin meng UMNO kan PAS diharap berhati-hati. Marilah kita sama-sama akan kuburkan mereka satu liang dengan umno jika mereka tidak mahu bertaubat, biar yang tinggal hanya pejuang islam tulin bersama PAS.
Dua-dua pihak ada hujah masing-masing. Jika YB ada masa, elok juga tulis pro dan kontra kedua-dua pasukan. Supaya pembaca boleh menilai sendiri. Cara sesetengah orang hentam terus tak berapa betul. Sebab bukan semua pembaca faham latarbelakang isu ini. Ini pula ia melibat pemimpin tinggi parti dan orang2 yg sudah banyak berjasa kepada jemaah....
Zaman Nabi Mohammad SAW ada abdullah Ubay, tidak mustahil dalam PAS pun ada.
Zaman Nabi SAW adalah zaman umat Islam yang paling terbaik ada abdullah Ubay.Apa lah sangat zaman kita ini.
Zaman Ali dianggap zaman umat islam buruk. Bayangkan zaman kita ini. Betapa jauhnya jarak macam langit dengan bumi.
Mereka cakap hendak islam. Tapi makan Riba. Makan Rasuah. Tidak mustahil dalam PAS pun ada orang macam itu.
Allah masuk Abdullah ubay zaman Nabi SAW untuk dijadikan pengajaran.Zaman kita untuk hancur PAS dan perjuangan islam yang syumul.
Jangan lupa mensyiahkan PAS pun ada...
Perbezaan pendapat, lain. Puak-puak yang mempunyai fikrah dan agenda tersendiri, lain. Perbezaan pendapat adalah sesuatu yang sihat dan apabila berlaku, mudah diselesaikan dengan merujuk kepada nas atau merujuk kepada suara ramai (jika tiada nas yang berkaitan). Pada saya, apa yang menjadi kebimbangan di sini ialah wujudnya golongan-golongan yang hanya menjadi ahli PAS untuk merebut pengaruh dan menyebarkan ideologi mereka di kalangan ahli PAS. Inilah yang dibimbangkan dan diperkatakan di sini; sekadar berlakunya perbezaan pendapat dari masa ke semasa, kita tidak bimbang.
Janganlah hanya kerana kita ingin mengelak dari pergolakan hingga kita 'membutakan mata' kepada realiti yang ada. Puak-puak ini wujud. Mereka merancang. Mereka bergerak. Ahli yang menyedari hakikat ini bersuara atas dasar kebimbangan dan cinta kepada Islam dan jemaah. Mereka bukan 'melabelkan' orang kerana suka-suka atau jumud.
Sirah mengajar kita tentang wujudnya kaum munafiq di kalangan sahabat, tentang kerosakan yang mereka lakukan kepada perjuangan Islam. Jadikanlah sebagai pengajaran.
Semua yang cintakan Islam perlu bangun dari lena, buka mata luas-luas dan berwaspada. Jangan kita begitu naif hingga tertipu dan jangan pula kita menipu diri kita sendiri.
Catat Ulasan