09 Mei 2009

BN rancang sidang hanya untuk singkir Sivakumar , dakwa Khalil Idham

IPOH, 8 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang diadakan semalam tanpa menunggu sebarang keputusan Mahkamah hanyalah helah BN untuk menyingkirkan Speaker Dun yang sah, V.Sivakumar.

Demikian telahan Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui di Badanb Perhubungan PAS Perak selepas sidang kontroversi Dun Perak semalam.

BN katanya sengaja beberapa kali melengahkan perjalanan sidang, menafikan hak Sivakumar membuat arahan dan keputusan selaku speaker yang sah.

Malah sidang yang boleh disifatkan sebagai satu lagi usaha rampasan kuasa itu turut menggunakan polis bagi menekan Pakatan Rakyat, ujarnya.

Kata Khalil Ihdam lagi, polis sengaja dibiarkan menceroboh dengan jumlah yang sangat besar sehingga 400 orang semata-mata membantu untuk mengusung Sivakumar keluar dari kerusi Speaker dan menyorokkan Speaker itu di dalam stor tingkat dua.

Dalam pergelutan adun-adun Pakatan Rakyat mempertahankan Sivakumar, ramai yang dikasai polis dan akibatnya ada yang dipijak polis, katanya.

Beliau sendiri bergelut dengan polis menyebabkan ditarik keluar dengan cara yang paling tidakj bertamadun dan menyedihkan, katanya.

"Saya sebut nama Allah, Allah,cukup kuat tekanan ketika itu dan saya dihentam polis, ditolak dan tarik saya keluar, kita tidak mengalah tetapi sampai bila kami nak begelut, inilah kaedah BN dalam menidakkan demokrasi kepada kami,"katanya kesal.

Justeru kata Khalil Idham, secara keseluruhannya sidang pada hari tersebut adalah satu usaha dan bukti, satu hasrat untuk rampasan kuasa kerusi Speaker.

"Tindakan beberapa kali penangguhan itu dirancang untuk S.Ganesan (Wakil MIC bukan Adun) duduk di kerusi Speaker," katanya.

Sehubungan itu Khalil Idham menyifatkan tindakan itu satu perancangan yang dilakukan oleh BN untuksingkair dengan cara yang tidak beretika, ujarnya. Harakahdaily.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahai rakyat malaysia, sedarlah kini kamu semua belang pihak polis yg sebenarnya..kes sharlini?asmawi?kes ragut yg terbaru ni??di mana polis??? di dewan undagan negeri perak rupanya!!!hahaha

Tanpa Nama berkata...

bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

diri ini berkata...

Ganesan ttp bkn speaker sah Negeri kami...
Die x lyk..

ibnu sobr berkata...

واستعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصبرين

Ketahui kebenaran akan terserlah jua, moga bersabar dan banyak berdoa kepada Allah. sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar

ismel berkata...

hanya rakyat yg boleh mengajar sibedebah2ini masanyakan tiba jua.suatu masa nanti akan HANNCURRR UMNOOO/BE END.aku akan kencing diatas kubur cap kati bagdad bila ameno/be end ditimbus tanah nanti.aku akan nyalakan unggun api dikuburan be end nantiagar kebusukan tinggalan be end menjadi abu2yg sial

musafirlalu berkata...

Sebenarnya peristiwa dipersidangan dewan undang negeri telah dirancang dengan teliti oleh BN haram dengan sokong pihak berkuasa.Ini boleh dilihat dengan permohonan mahkamah oleh pihak polis untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 500 meter.Dari situ kita boleh lihat akan agenda yang akan dilakukan oleh BN haram dengan dinasihat oleh bahagian risikan polis,bagaimana cara yang akan dilakukan untuk merampas kuasa kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.Sebab itulah kita boleh lihat dengan Pihak Polis berpakaian preman melakukan kawat ditingkat bawah SUK.Tidakkah kita terfikir apa yang akan mereka lakukan untuk perampasan kuasa itu.Memang kita tahu tentang peranan pihak polis yang memang dah lama menjadi tali barut BN.Tidakkah pengangan pihak UMNO memengang idologi "matlamat menghalaikan cara".Wahai Adun Pakatan Rakyat,ingatlah bahawa tanda-tanda awal Kerajaan BN akan berkubur dari sejarah bermula di Negeri Perak.Kerana itulah BN sangat takut dengan PRK.Pihak BN akan mengunakan apa jua saluran agar tidak akan ada PRK,kerana mereka tahu mereka akan dihukum oleh Kuasa Rakyat.Dalam masa 3 tahun ini kita jangan hairan bila belaku pekara-pekara pelik yang akan dilakukan oleh BN dalam cara mengambil balik hati rakyat yang telah hilang kepercayaan kepada Kerajaan.Kerana itulah apabila penasihat undang-undang Hindraf yang di ISAkan bercadang melepaskan jawatannya sebagai adun,tak semene-menenya KDN yang D.Hisamuddin sebagai menterinya mengumunkan penbebasan 13 tahanan ISA termasuk beliau.Tidakkah ini satu perkara yang pelik,kerana takutnya BN pada PRK.Dan saya pasti kalau Tun Abdullah memerintah selama 5 tahun,kita akan pastikan Datuk Seri najib hanya memerintah selama 31/2 tahun sahaja ......Insyallah.Dibawah pokok Demokrasi akan kitakan dengan "Selepas 3 tahun belakunya persidangan Dun dibawah pokok maka pada tarikh ../../....,pohon inilah yang menjadi saksi tumbangnya kerajaan zalim BN yang diterajui oleh UMNO dengan sokongan pihak berkuasa yang banyak membuatkan rakyat dipukul,ditahan dan dihina telah tumbang hingga tersungkur ditangan rakyat,maka berkuburlah UMNO dalam lipatan sejarah".Sama-sama kita memohon rakyat jelata agar berusaha dengan banyak-banyak berdoa dan bekerja keras dari sekarang.

Abdullah Ngah berkata...

bercakap pasal sah tidak sah apa yang dilakukan oleh Umno di Perak itu teringat saya dengan halal dan haram.

Bagi orang Umno halal dan haram tiada perbezaan. Apalah sangat dengan sidang DUN pada 7 Mei 2009 itu.

Kalau hukum Allah dia boleh tolak dan langgar apalah sangat dengan undang undang yang buat manusia.

Umno boleh langgar api merah tapi orang lain salah, dia tidak salah.

Jadi apa yang diperlakukan keatas pembangkang di perak ke di mana mana ke itulah adalah sah tidak salah.

Bagi yang melakukan jihad teruskan berjihad kerana ini adalah perintah Allah yang akan dibalas dengan kemenangan suatu hari nanti baik didunia mahu pun diakhirat.

Tanpa Nama berkata...

baru skrang kita dapat beza halal haram..
sebelum nie MB haram, skarang speaker haram, tak lama lagi haram BN kot...

UPIN & IPIN berkata...

ABDULLAH NGAH...BETUL BETUL BETUL

faiz berkata...

wahai 'jundullah' idham lim jadilah kamu singa Allah,janganlah kamu berputus asa islammu tidak sia2 bagai matahari terbit pagi hari.biar apa polis,yb umno,sapa2 pun buat anaya jangan getar..teruskan.untuk polis ingat jangan jga periuk nasi sangat,banyak lg kerja halal lain boleh dapat.taat atasan jangan sampai sekat pekembangan islam,jahil bukan alasan.ingat slogan BERSIH,CEKAP,AMANAH hanya di respect rakyat jika benar dilaksana..apa perasan polis\yb bila anak anda lihat dimana2 sumber,kelakuan anda tempoh hari dalam sidang dun perak..ditipu atasan.melakukaan kerja2 bodoh luar bidangkuasa..anda munkin boleh menipu anak anda,kelak kebenaran terbongkar terpahat penipuan dkat muka anda sendiri walaupun si anak tak bersuara.negative result si anak berfikir 'ooo rupanya bapa aku mudah ditipu'.tak nyanya bila hampa dah tua esok..

faiz berkata...

ingat polis2,tugas hanya "wakil" menjaga keselamatan negara & orang awam saja..kalau salah guna kuasa\luar bidang tugas walaupun arahan atasan apa hukum..silap2 ada percent gaji haram..sara anak bini pulak xnyanya.dalil quran'waulil lilamr'.taat pada yang xcanggah hkum Allah ja bulih.hampa pi taat kacau sidang dun perak buat pa.terang2 luar bidang.gaji 8 atu 9 ratus pun,tak payah pulun sangat.berbaloi ka ganti jilat dengan api neraka.hampa xcya tanya ulama umno&pas,kalau pening,xcya dua2 sok akhirat tanya pada Allah..kena balun dulu baru dapat jawapan,padan muka..hampa polis insaf&taubat cepat..