Inilah antara petikan berita yang disiarkan bagi meyakinkan khidmat bomoh tidak digunakan sehingga kenyataan saya dipetik sebagai mana dikatakan oleh Zambry sebagai."Ini sikap seorang ADUN yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau."
Beliau juga mengatakan "Dia membuat tuduhan yang begitu terdesak. Kalau ia pun, ini bukan cara untuk bertindak mengikut suka hati dia. Ini satu tindakan keterlaluan.
Namun ingin saya bertanya adakah tindakan menggunakan bomoh untuk menjampi dewan sesuatu yang tidak menjijikkan, dan merupakan satu tindakan yang tidak terdesak ? nampaknya semua pembaca blog kesayangan ini punya hati budi dan pemikiran yang waras siapakah yang sebenarnya yang sering menggunakan khidmat bomoh, PAS atau UMNO ?
16 ulasan:
...Bismillah! Alhamdulillah! Selawat dan Salam untuk Rosulullah! Kami doa dan pohon kan perlindungan Allah untuk semua ADUN PR, semoga selamat dari sebarang kejahatan syaitan sama ada dari kalangan jin atau manusia
Amin ! Ya Robbal `alamin!.
Kita balik pada pokok persoalan asal. Siapakah yang lebih jijik dan memualkan daripada seorang manusia yang terhegeh-hegeh terlompat-lompat cuba menghalalkan perkara haram rampasan kuasa yang dia lakukan.
Seluruh dunia tahu Yahudi itu laknat, jijik dan memualkan kerana merampas kuasa daripada rakyat Palestin. Justeru apakah perkataan yang sesuai untuk perampas kuasa rakyat di Perak???
Sihir itu syirik. Boleh YB bagi tau ape die bukti yg kukuh YB ade tuh, kalau boleh bagi tahu..
Umno ngan bomoh ni ibarat semut ngan gula. Masih segar diingatan ADUN Batu Talam yang dipotong 18 kerat oleh satu pasangan bomoh.
Berita itu mengkecohkan negara dan politik negara pada waktu itu.
13) Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar. (14) Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi Neraka Jahanam.
surah Al-Jinn ayat 13-14
Pertama kali join blog YB. nampak kecoh sikit pasal bab bomoh. YB Zamri kata gini dan sdr YB kata gitu. Biasa la bagi org politik, kata mengata sudah menjadi lumrah. Hari ini sy mengikuti perkembangan entry YB. Mungkin sepanjang masa hari ini YB asyik menghadap komputer untuk mengeluarkan entry-entry terbaru sebagai tatapan pembaca. Mungkin termasuk saya juga untuk membacanya. Harap-harap pengundi-pengundi di kawasan YB jgn dilupakan kerana khuatir asyik ber blog dan mereka di abaikan.
Berbalik kepada bab bomoh ni. Pertama, saya berpendapat siasatlah dulu sama ada berita tersebut sahih atau meragukan. Jangan asyik menghebohkan di media. Rakyat menjadi celaru dan meluat. Kalau ada bukti, tunjukkan bukti tersebut kepada yang mengadu. Kalau ada saksi, minta saksi itu menceritakan hal sebenar.
Kedua, kita sebagai umat Islam tidak perlu percaya kepada bab bomoh ini. Saya lihat YB asyik bercerita beria-ria dan saya sebagai pembaca entry YB menganggapkan YB sendiri percaya kepada perkara yang karut atau percaya kepada bomoh. Diharapkan YB tak lah seburuk itu.
Doa saya pada persidangan DUN pada 7 Mei ini dalam keadaan yang aman. Tak perlulah kita kecoh. Semoga rakyat Perak hidup aman damai dalam berbilang bangsa dan agama.
Dulu rakyat Perak hidup aman dan tiada gangguan. Tiada demonstrasi, dan tak pernah adanya sidang DUN di bawah pokok.
Kini masa telah mengubah segala-galanya. Keadaan nampak kecoh seperti yang di war-war dalam media atau blog. Hinggakan pihak istana dibabitkan dalam kancah politik Perak.
Tindakan terbaik, kita semua harus bersabar. Dengan bersabar mungkin keadaan yang buruk dapat diselamatkan. Malah dengan bersabar mungkin kita akan menemui kemenangan di kemudian kelak.
Wallahualam.
Diharapkan semua komen pengunjung dapat dipaparkan. Rakyat berhak untuk bersuara tanpa sebarang sekatan. Tak perlu khuatir kritikan yang dilemparkan.
harap YB boleh ceritakan sedikit mengenai sumber cerita tersebut.
apa pun, tindakan menggunakan Bomoh adalah tindakan terdesak dan sangat terkutuk lagi menjijikkan. buang je orang yang ambik Bomoh tu ke longkang najis bersama bomoh2 nya..
si zombi tue dah mula nak posting macam2 kat blog dier.... kdg2 tergelak plak isi ati aku.. bila dier dok mula bukak blog....
adun batu talam tue bukan kerr datuk mazalan yang kene bunuh dek bomoh mona fendi tue....
x pasal2 kene kerat 18 pastu plak ditanam dengan kejam....
Sulaiman berkata:-
"Kita balik pada pokok persoalan asal. Siapakah yang lebih jijik dan memualkan daripada seorang manusia yang terhegeh-hegeh terlompat-lompat cuba menghalalkan perkara haram rampasan kuasa yang dia lakukan.
Seluruh dunia tahu Yahudi itu laknat, jijik dan memualkan kerana merampas kuasa daripada rakyat Palestin. Justeru apakah perkataan yang sesuai untuk perampas kuasa rakyat di Perak???"
NI ulasan aku:-
sapa yang ajaq budaya lompat parti??? 16 september dll??? keji sungguh dia kan??? biasalah dia pon bekas UMNO jugak kan??? hehehe
Orang UMNO memang gitu YB, nak tunjuk baik konon kalau dah resam tu tak payah selindung orang tau.
NI ulasan aku:-
sapa yang ajaq budaya lompat parti??? 16 september dll??? keji sungguh dia kan??? biasalah dia pon bekas UMNO jugak kan??? hehehe
aku pulak kata gini:
One Malaysia dah tahu 3 adun tidak dapat dikesan. hilang.tup-tup muncul di putrajaya.Pening gak kami.Ketua jabatan call,tak angkat, anak bibi contact tak dapat, tiba-tiba yang tak ada pertalian pulak yang jumpa kat putrajaya.One Malaysia kecoh wei..
yang 16 september tu, dia cuma ajak mari bentuk kjn yang adil,telus. Tak dak pun YB Parlimen BN yang hilang.Cuma kena pelari ke Taiwan belajar pertanian. Tapi sampai la ni tak bentang pun kat Parlimen apa hasilnya.(Pencapaian diutamakan)tu je ler komen aku pada yang tak bernama di atas. SALAM.
SUNKISS BERKATA :
NI ulasan aku:-
sapa yang ajaq budaya lompat parti??? 16 september dll??? keji sungguh dia kan??? biasalah dia pon bekas UMNO jugak kan??? hehehe
DUDE BERKATA :
Salam...alo sahabat...sapa yang ajar sebenarnya??..lu baca sejarah ke tak??..juak2 lu la yang mula2...ingat kisah Kelantan zaman2 dulu kala??..sapa yang ajak ahli2 Parti Pas melompat??..sapa yang ajak geng2 S46 melompat balik dkt UMNO...hak ptuih...lu bicara macam tadak selidik langsung...bicara macam orang pandai..tapi ilek..tadak apa2 langsung...kosong...
p/s : tolong la baca buku skit..ni guna emosi ja..watpa...
Mungkin termasuk saya juga untuk membacanya. Harap-harap pengundi-pengundi di kawasan YB jgn dilupakan kerana khuatir asyik ber blog dan mereka di abaikan.
< apa plak masalahnya kalau YB berblog hari hari pun? Kita makan minum pun hari2, kencing berak pun hari2 hari2, tulis diari hari, hari, tido hari2 ... apa punya bodo nasihat nko ni
apa plak masalahnya kalau YB berblog hari hari pun? Kita makan minum pun hari2, kencing berak pun hari2 hari2, tulis diari hari, hari, tido hari2 ... apa punya bodo nasihat nko ni
< Makan minum hukum alam... kencing berak hukum alam... tido hukum alam... tapi berblog, tulis diari tidak semua manusia buat dan bukan hukum alam...fikir dulu sebelum tulis...malu rasanya dgn komen anda.
< Makan minum hukum alam... kencing berak hukum alam... tido hukum alam... tapi berblog, tulis diari tidak semua manusia buat dan bukan hukum alam...fikir dulu sebelum tulis...malu rasanya dgn komen anda.
malu kerana fikiran anda cetek.
berfikir, menterjemahkan fikiran kedalam bentuk bunyi dan paparan simbol di atas juga hukum alam tau. jadi menulis pun hukum alam. semua yang dalam langit dan bumi adalah hukum alam. 7 petala langit dan 7 petala bumi semua tertakluk kepada hukum alam dan di bawah kekuasaan Allah swt. jadi mana plak berblog diluar dari hukum alam?
Catat Ulasan