05 Mei 2009

Lelongan Camry Perak kurang sambutan, hanya 7 tender diterima

IPOH: Kereta Toyota Cambry yang menjadi perhatian ketika kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat 'tidak mendapat sambutan' sebagaimana dijangkakan.

Sekretariat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya menerima tujuh borang tender untuk membeli 16 kereta Toyota Cambry itu, berusia dua bulan, yang kini dilelong.

Tawaran untuk membeli kenderaan itu pada harga pasaran RM148,000 setiap satu dibuka 28 April lalu dan ditutup tengah hari ini.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Shamshuzaman Sulaiman sebanyak 40 borang telah dikeluarkan sejak minggu lalu

"Mereka yang membida boleh beli kereta berkenaan secara berasingan atau kesemuanya sekali," Shamshuzaman beliau di sini hari ini.

Kata beliau, tawaran tender itu akan diteliti oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada tiga orang.

Keputusannya dijangka diketahui Rabu depan.

Katanya, kereta-kereta itu didaftarkan Januari lalu dan berada dalam keadaan baik dengan hanya telah melalui antara 2,000 hingga 20,000 kilometer perjalanan.

Beliau tidak menyatakan butiran pihak yang membidanya dan harga yang ditawarkan. Kata beliau, jika tiada pembeli sesuai dalam usaha kali pertama itu, pihaknya akan membuka lelongan semula. Mstar.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak sgt rakyat xmenyokong perkara ini. kepada suk jadikanlah ia muhasabah terhadap diri anda begitu juga zamri

Tanpa Nama berkata...

eemmm...mungkin rakyat Perak tak berkenan pakai kereta secondhand sebab bekas tangan org lain. Lebih baik beli kereta baru.

anakjatiperak berkata...

Lebih baik beli yang baru..ada ka RM148K tu murah.
Orang yang lelong benda baru beli ni hanya bagi orang yang dah tak dak duit.BN watpa pakai perdana v6.Hangpa tak tengok ka apa kereta TPM pakai masa hadir ziarah arwah isteri KM Sarawak.Lihatlah dengan mata hati, pasti BN akan ditinggalkan.

Tamingsari berkata...

Sudah menjadi tradisi tukar kereta jual kereta apabila berlaku political changes ... whatever reasons, ia isu yang dikodkan sebagai tindakan membazir

Tamingsari berkata...

Satu tindakan silap UMNO yang menyebabkan rakyat melihatnya tidak bijak ... ia lebih bersifat dendam UMNO kepada PKR/PAS/DAP dan bukannya bersifat benar-benar ingin memerintah. Percayalah lelongan ini menjadikan persepsi negatif kepada UMNO dan BN kian bertambah ... situasi merugikan UMNO menguntungkan PKR.

alamalikut berkata...

Orang akan maki hamun sapa sapa yg pakai kereta exco tersebut... nombor cantik cantik...tapi hati tak senang nak pakai ..buat apa. Ini semua kereta rakyat...lelong cara penyamun.

Tanpa Nama berkata...

sesipa nak beli kete tu beli la...xyah kate punce kenape orang xnak beli...rezki tu..kepada sesiapa nak, dan teringin beli..tak dapat bersyukur la..dah bukan rezki...kalo tak dapat jual pun bukan rezki gak...

Tanpa Nama berkata...

ala.. dlu nizar pn jual gk kereta.. x payah nk bising la..

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkah.... tak laku... lawak betoi... macam cerita penyamun da....tapi kali ni memang betol2 penyamun....kuakuakua