21 Mei 2009

DUN Perak pasti akan dibubarkan - Husam

Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Dari Blog Husam Musa

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh diharap ke? mereka yang ditemui husam sudah tidak mempunyai pengaruh kepada umno-bn. apakah logiknya jika mahkamah rayuan menyebelahi zambry dun perah akan dibubarkan? jika mengikut pihak yang gila kuasa jika mahkamah memihak kepada mereka , sudah tentu akam terus berpaut kepada keputusan itu!

yobround.

Ibn Aris berkata...

Assalamualaikum
Apa pun yang sedang berlaku di perak adalah sebahagian hikmah dari Allah ta'ala agar PR lebih berpengalaman dan bersedia pada masa2 akan datang sekiranya ditakdirkan Allah ta'ala menerajui negara.

Kemelut politik di Perak menjadikan pemimpin2 yang sedia ada dan bakal pemimpin bukan sahaja lebih bijak bahkan lebih cerdik dalam menangani apa jua isu-isu berkaitan perlembagaan dan hak rakyat.

Bahkan juga kepada pemimpin-pemimpin PKR yang lain, INGATLAH pesan Allah didalam surah al-Asr agar kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran kerana kemenangan yang menyebelahi kita bukanlah milik MUTLAK kerana kemenangan juga merupakan UJIAN dari-Nya.

Tajdeed

Ibn Aris berkata...

Assalamualaikum
Apa pun yang sedang berlaku di perak adalah sebahagian hikmah dari Allah ta'ala agar PR lebih berpengalaman dan bersedia pada masa2 akan datang sekiranya ditakdirkan Allah ta'ala menerajui negara.

Kemelut politik di Perak menjadikan pemimpin2 yang sedia ada dan bakal pemimpin bukan sahaja lebih bijak bahkan lebih cerdik dalam menangani apa jua isu-isu berkaitan perlembagaan dan hak rakyat.

Bahkan juga kepada pemimpin-pemimpin PKR yang lain, INGATLAH pesan Allah didalam surah al-Asr agar kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran kerana kemenangan yang menyebelahi kita bukanlah milik MUTLAK kerana kemenangan juga merupakan UJIAN dari-Nya.

Tajdeed

5/20/2009 4:53 PM

Assalamualaikum Apa pun yang sedang berlaku di perak adalah sebahagian hikmah dari Allah ta'ala agar PR lebih berpengalaman dan bersedia pada masa2 akan datang sekiranya ditakdirkan Allah ta'ala menerajui negara. Kemelut politik di Perak menjadikan pemimpin2 yang sedia ada dan bakal pemimpin bukan sahaja lebih bijak bahkan lebih cerdik dalam menangani apa jua isu-isu berkaitan perlembagaan dan hak rakyat. Bahkan juga kepada pemimpin-pemimpin PKR yang lain, INGATLAH pesan Allah didalam surah al-Asr agar kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran kerana kemenangan yang menyebelahi kita bukanlah milik MUTLAK kerana kemenangan juga merupakan UJIAN dari-Nya. Tajdeed

TurkeyKini berkata...

yubround, tak pelah pandangan awak juga boleh diterima, tp andaian di atas juga ada benarnya. Ini kerana politik adalah seni & semua perkara adalah serba mungkin..

Tanpa Nama berkata...

Salam..Ada lojiknya hujah YB Husam. Itu salah satu option mereka. BN sudah tersempit dan mereka perlu menyelesaikannya sebelum PRU13. Pasti sesuatu yang besar akan dilakukan BN selepas keputusan mahkamah nanti.

Tanpa Nama berkata...

Husam Musa kenyataan kekadang kurang cerdik

Tanpa Nama berkata...

komen saudara idham lim ada kebenaran.. stategi BN tidak bertanding di penanti ada sebab yang kukuh.. mungkin jentera BN akan sepenuh kuasa di Perak jika berlaku pilihanraya... sama-sama kita nantikan..
SALAM

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH DALAM SEJARAH POLITIK UMNO DIA BEGITU BAIK DGN PEMBANGKANG? ADA KA? SESAMA UMNO LAGIKAN SANGGUP BERBUNUHAN HINGGA BERPECAH KPD PARTI KEADILAN, GENG MAHAIR GASAK GENG ANWAR, GENG IDRIS JUSUH GASAK GENG AHMAD SAID . GENG SHAHIDAN KASIM GASAK GENG HASHIM SUBUOH/RADZI AHMAD. MAHADIR LANYAK PAK LAH LUNYAI! SO APA DIHARAP PADI SEBERANG ENTAH JADI ENTAH TIDAK, APA DIHARAP KPD MAHKAMAH SEKARANBG, ENTAH ENTAH DIBELI DENGAN WANG