21 Mei 2009

Jangan ada mana-mana pihak campurtangan

Pembicaraan yang diadakan pada hari ini di mahkamah Rayuan Kuala Lumpur adalah siri pembicaraan yang mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya warga Negeri perak yang menantikan sinar baru politik negeri itu yang nampaknya terus berlanjutan.

Walau apapun harapan yang diberikan kepada perbicaraan itu, satu harapan yang paling tinggi dan saya rasa sangat diharapkan juga oleh pelbagai pihak, iaitu tidak akan ada campurtangan dari mana-mana pihak pun dalam menentukan keputusan kes ini.

Kemenangan DS. Nizar di mahkamah Tinggi sebenarnya telah menaikkan kembali martabat dan imej badan kehakiman dimata rakyat.

Semuga keputusan yang paling adil diberikan sebagaimana ianya diberikan kepada DS. Nizar di Mahkamah Tinggi.

3 ulasan:

al-basori berkata...

Saya sebagai rakyat yang bertugas di Negeri Perak amat mengharapkan agar sesuatu keputusan yang boleh menguntungkan semua rakyat. Selaku rakyat Perak saya menyeru kepada semua agar marilah kita semua berdoa kepada Allah mudah - mudahan keputusan yang bakal diputuskan Mahkamah Rayuan hari ini berpihak kepada kebenaran.....Allahu Akbar

al-basori berkata...

Semoga kemenangan terus berpihak kepada kebenaran. Diharapkan hakim menjalankan tugas dengan penuh keadilan....

Ingatlah setiap hakim yang menghakimi sesuatu kes dalam masa yang sama dia juga sedang dihakimi

http://albasori.blogspot.com

Anak Bugis berkata...

akhirnya tiba masa dan saat yang ditunggu oleh seluruh negara..mengikut mood dan keadaan semasa, sudah pasti mahkamah akan mengistiyarkan sekali lagi Ir. Nizar sebagai MB yg mutlak. Itu adalah 1 sebab mengapa UMNO tidak meletakkan calon di DUN Penanti yang pasti menerima kekalahan dan memberi kemenangan moral kepada PR. Seumuga rakyat di perak tidak tertipu dengan pendekatan suadara Najib dalam memperbaiki imejnya.