Semasa sidang media di Ipoh pada 3 Mei lepas saya juga menjelaskan kepada wartawan mengenai arahan yang saya keluarkan kepada semua ADUN PR mengenai keselamatan mereka yang mesti diutamakan dalam saat-saat akhir menunggu tarikh sidang pada 7 Mei ini.
Demikian juga saya menyarankan supaya pembantu peribadi semua ADUN mesti mengelakkan diri dari sesuatu yang menimbulkan kontraversi dan sesuatu provakasi yang akhirnya dikaitkan dengan ADUN itu sendiri.
Kelmarin saya sekali lagi memohon dari semua ADUN untuk memastikan mereka diberi perhatian oleh pihak yang berada disekeliling ADUN. Rayuan ini saya sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan untuk merancang secara serius bagi memastikan keselamatan ADUN difikirkan dan dirancang sedemikian rupa dalam tempoh-tempoh akhir ini.
Pengorbanan semua pihak amatlah penting untuk melancarkan perjalanan sidang pada khamis ini termasuklah saya sangat mengharapkan keselamatan ADUN diambil perhatian oleh pimpinan, penyokong, teman dan saudara di sekelilingnya mulai dari sekarang walaupun sudah agak terlewat.
Demikian juga saya menyarankan supaya pembantu peribadi semua ADUN mesti mengelakkan diri dari sesuatu yang menimbulkan kontraversi dan sesuatu provakasi yang akhirnya dikaitkan dengan ADUN itu sendiri.
Kelmarin saya sekali lagi memohon dari semua ADUN untuk memastikan mereka diberi perhatian oleh pihak yang berada disekeliling ADUN. Rayuan ini saya sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan untuk merancang secara serius bagi memastikan keselamatan ADUN difikirkan dan dirancang sedemikian rupa dalam tempoh-tempoh akhir ini.
Pengorbanan semua pihak amatlah penting untuk melancarkan perjalanan sidang pada khamis ini termasuklah saya sangat mengharapkan keselamatan ADUN diambil perhatian oleh pimpinan, penyokong, teman dan saudara di sekelilingnya mulai dari sekarang walaupun sudah agak terlewat.
7 ulasan:
salam yb, saya pelik mengenai cerita yang timbol ni... mana satu betul mana satu salah? ok macam gini, kalau berkaitan keselamatan mesti berkaitan dengan pihak berkuasa contohnya polis. tapi kalau yb sendiri pun tak percaya polis macam mana? tak semua yang keje polis tu jahat. apa kata yb tubuhkan satu unit yang tangkap polis jahat ni. ni satu cadangan aje, sebab rakyat pon dah malas naik menyampah dengan pihak berkuasa yang jahat. tapi yb jangan lar pulak fikir semua polis jahat, sebab kalau berlaku apa2 berkaitan kecurian atau hal-hal lain kita kena rujuk juga ke pihak berkuasa. kalau lah betul keselamatan ADUN terancam ( dari segi apa maksud terancam tu? ) sila lar buat laporan rasmi. dan sepatutnya ADUN2 tak perlu risau tentang ancaman, nama pun untuk rakyat.. jadi jangan gunakan rakyat sebagai perisai. kalau gunakan rakyat untuk menilai itu boleh diterima kalau untuk benteng diri sendiri pergi lah berjuang sorang-sorang. harap ADUN lain dengar luahan saya ni dan fahamkan maksudnya! Perjuangan kena ikhlas walaupun tak angkat senjata!
agak keliru kenyataan ano di atas.
Macam Israel pulak....
Laknat punya manusia...!
Allah di pihak yang benar
Pelik jugak....dulu-dulu tu tak sibuk pulak nak jaga!
Salam Kayrolldin, apa yang saya tulis tu berkaitan punca pihak berkuasa digunakan dalam menangani, isu-isu politik dan juga kuasa rakyat, suara rakyat. saya pure rakyat yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik. jika ada pilihan raya saya akan mengundi. dan undian saya adalah rahsia. tapi dari segi pihak berkuasa pula saya perhatikan ada juga golongan-golongan yang terlalu fanatik sehingga membuat provokasi ataupun tindakan-tindakan di luar batasan. saya orang perak, saya dah bosan dengan perkara-perkara terjadi. masalah dengan pihak berkuasa yang tak adil dan juga setengah ahli politik menggunakan kesempatan terhadap rakyat. dalam apa jua yang kita buat janganlah hilang pertimbangan, fitnah-memfitnah dan ketulusan diri penyampaian hilang! banyak lagi masalah yang kita ( rakyat ) perlu diambil kira, gejala sosial dan mat rempit. saya tak mempunyai blog, tapi saya suka membaca blog untuk mendapatkan maklumat termasuklah blog YB Khalil Idham ni, TAPI, blogers-blogers juga perlu lah ada dari segi keseimbangan menyalurkan maklumat yang tepat dan tidak mengutuk mana-mana penduduk negeri. BISA tapi Tepat itu lebih penting. berkaitan ADUN2 yang bimbang keselamatan mereka, sepatutnya mereka tidak perlu takut, kerana dengan kuasa rakyat mereka dipilih, dan jangan lah disebabkan oleh ancaman sebegitu mereka melompat, dan menggunakan rakyat pula sebagai perisai.Memang dari segi logiknya peralihan kuasa diperak menunjukkan tidak ada keadilan, tapi biar lah pejuang-pejuang yang menuntut hak tersebut berjuang face to face sama ada di mahkamah atau perdebatan yg tidak menimbulkan fitnah. bagi orang bawahan pejuang tersebut ( pengikut ) perlu lar berjuang dengan menyelesaikan isu-isu setempat untuk rakyat contohnya, daripada ADUN2 tersebut risau hal sendiri baik dia risau hal rakyat. Kenapa YB Nizar boleh bergerak sendiri? ada dia kena pukol? kena kidnap? ini sebab rakyat dah kenal, lawan yg hormat. sepatutnya ADUN2 tersebut bantu lah menguruskan hal-hal rakyat sementara beliau berjuang menuntut hak! pada mereka yang suka condemn blog, tulis lar bahasa yang baik. tak kisah lar pembangkang ke atau tak, YB Zambry perlu juga ketepikan hal berkaitan perbalahan dengan YB Nizar, orang bawahan dia perlu juga jalankan tugas masing-masing untuk rakyat. ok dari situ kita boleh lihat parti mana yang jalankan tugas dengan baik. Kuasa rakyat yang akan menentukan nanti. tak kira lah esok, lusa tahun depan atau 4 tahun lagi. jangan disebabkan sesuatu isu politik peribadi rakyat tercicir. Saya hormat YB Khalil, YB Nizar ataupun YB Zambry, tapi sebagai rakyat saya cuma dapat luahankan disini, kalau kirim surat, nak jumpa mesti ada birokrasi. Senang aje nak pujuk rakyat Buatlah kerja, bekerja lah demi rakyat.sebagai rakyat saya rasa sering tertipu dengan media massa, tak kisah lar dari surat khabar atau pun media electronic. yang betul pun mesti kes mati. jadi nak menentukan perkara yang benar dan adil saya nak tengok dari segi perhatian ahli politik terhadap rakyat tu aje. baru lah saya sebagai orang biasa dapat lihat ketulusan.
Catat Ulasan