21 Mei 2009

Siapakah MB Perak yang sah ditentukan hari ini .

Mahkamah Rayuan jam 9.30 pagi pada hari ini akan bersidang bagi mendengar kes rayuan DS. Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas.

Mahkamah Rayuan juga pada hari ini akan memulakan sidang bagi membicarakan rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang tidak sah sekaligus mengistiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sesiapapun yang menang, kembalikan kepada rakyat yang lebih berhak menentukan siapa yang patut memimpin, ampun tuanku, kembalikan keadilan, kembalikan keharmonian negeri tempat hamba rakyat bernaung sembah.

IBNUISMA berkata...

Ya Allah....
Tunjukkan dimana kebenaran dan kepada yang berhak....semoga islam diangkat ketempat yang sepatutnya oleh hambamu yang bertaqwa...

Amin

Edyes berkata...

saya rasa keputusan mahkamah akan menyebelahi BN namun disusuli pula dengan pengishtiharan bubar DUN oleh BN sendiri bagi menarik sedikit simpati dan kononnya di pihak yang benar...

solahuddin the warrior berkata...

rasa kat hati ni mcmdah dpt agak je sapa yg menang :)
tambahan plak lpas tau sapa salah sorang hakim tu

fikrah islamiah berkata...

Satu pesanan untuk YB dan DS Nizar, jadikanlah keputusan hari ini suatu yang muktamat. Cukuplah kita bermain politik sehingga agenda rakyat seperti tidak penting lagi. Kalau DS Nizar menang lakukan seperti yang sebut sebelum ini. Kalau Zambery menang, biarlah dia memerintah dan PR hendaklah menjadi pembangkang yang kuat dan mengawasi segala projek yang membazir. Kalau rakyat lihat profesionalnya PR pasti tahun akan datang ada peluang memerintah pula.

zizi3131 berkata...

Ya Allah.
Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Adil
Menangkan pejuang pejuang Agama Mu ini.

amin..

Anak Bugis berkata...

tidak ada masalah yg tidak berperhujung. ..
sudah pasti UMNO tidak mahu imejnya semakin punah di mata rakyat..semuga pengundi di perak memberikan mesej yang jelas dan nyata agar kerajaan PR nanti dapat menjalankan tugasan tanpa gangguan dari rejim BN.

Samsul Ghazali berkata...

Salam YB..
Minta izin copy YB punya teks.. Saya copy and paste di TKODaily..

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ya Tuhan ku berilah kekuatan pada hamba mu yang benar dan beri petunjuk kepada orang ingkar dan selamatlah negeri kami dari ditimpa musibah.Amin.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allh minta hakim memperkenan permohonan PKR supaya berpehak kepada yang hak.Amin

Tanpa Nama berkata...

hanya Allah yang mengetahui, kembalikan hak rakyat

org kuat berkata...

HANYA ALLAH SAJA YG TAHU..SIPA YG LEBIH ADIL...