29 Mei 2009

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan

Tahun depan tidak akan lagi kedengaran anak-anak genius Malaysia yang mampu mencapai 20 A dalam peperiksaan SPM seperti sebelumnya ini berikutan dasar baru setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serentak dengan itu, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

Alasannya ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek hari ini.

Muhyidin, yang juga Menteri Pelajaran, diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Muhyiddin berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.

"Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara daripada sudut lain dan ini dilihat daripada segi keputusan peperiksaan," katanya.

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya.

"Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan. Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik daripada segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju," kata Muhyiddin.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.

Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lepas untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, masih banyak cabaran lain perlu ditangani.

Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangkan kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

Kompleks Pendidikan yang dilawati Muhyiddin hari ini terletak di kawasan seluas 400 hektar dan menempatkan kompleks Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Kos keseluruhan projek ialah RM1.3 bilion dan sebahagiannya dijadual siap pada penghujung 2010.

(Berita asal dengan sedikit edit dari Mstar).

20 ulasan:

alamalikut berkata...

Bodoh punya idea.... kalau student nak ambil 30 subjek pun apa salahnya. Otak kartun sungguh siMuhyiddin... alasan yg diberi paling benggong dan lemah pemkiran. Kalo anak nko Mahyuddin tak boleh perform, tak bijak macam anak org lain jg jeles..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ada kemungkinan depa ni(puak UMNO/BN) nak sekat lahir ramai cendekiawan Islam seperti yg dihasilkan oleh maahad muhammadi lelaki dan perempuan di Kelantan.Kalau betul,aku doa balas secepat mungkin kejahatan depa kat dunia ni lagi.Utk jadi iktibar pada rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

sebab apa ye.., mungkin sebab tahun ni budak kelantan dari maahad muhammadi tu yg byk score.., ngalahkan sekolah kerajaan....

dey tambi.., biarlah budak2 tu nak amik berapa banyak matapelajaran.., apa yg bangang sangat...,

Usmad berkata...

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan. makna nya pasni takde lagi la kita dapat dengar genius-genius yang akan mengharumkan nama keluarga dan negara.

Apa punya bodo menteri pelajaran sekarang ni. nama je timbalan perdana menteri tapi pemikiran macam orang kampung. Orang kampung pun pandai lagi nak bezakan mana baik mana buruk.

Antara alasan yang diberi: nak rapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. ello bila kita check balik antara bandar dan luar bandar anak-anak sape yang lagi pandai. siti fatimah tu anak sape??? Nik maziah tu anak sape?? hai betul ke ni pak menteri yang bertanggung jawab tentang pelajaran??? Yang kat bandar pun ramai anak orang kampung.

Lagi alasan dia nak guru-guru tumpu tuk pelajaran utama. Maknanya lagi sket subjek lagi boleh diberi tumpuan la yek??? bila dah kurang subjek guru-guru tuk subjek tu akan jadi makin ramai tapi peluang dah di isi oleh guru-guru lain yang lagi berpengalaman .So ramai la pulak guru-guru yang akan menganggur. Nak ngajar tuition pun susah sebab student tak ambik subjek tambahan.

Bila maksimum 10 subjek sme tu hanya akan diisi dengan subjek-subjek utama (dunia) macam math, sains dan bahasa. tetapi subjek-subjek agama terpaksa dikesampingkan kerana kouta dah penuh. Pandainya pak menteri ni nak bunuh budak-budak agama.

Dan yang pasti dorang cuba untuk mempertahankan PPSMI. Tu la dia kerajaan yang memerintah sekarang.

Tanpa Nama berkata...

hidup ma'haad lelaki/perempuan! sistem pendidikan sekular di negara ini jelas makin kabur n gagal dri semua aspek...PPSMI? hmm...kita tunggu n lihat ape si muhideen tu akn buat nt.runding meja bulat, lain keputusan yg disetujui lain pula yg dia bg thu press...dh mmg dasar kerajaan korup/kurap! buat sesuatu dasar atas nk dpt projek/.komnisen..hidup la wahai pemimpin2 Be END dgn dasar2 korup kamu itu.gubal, laksana, batal,gubal laksana, batal...yg jd mangsa anak2 n rakyat bawahan..yg perut buncit kamu wahai pemimpin " satu malaysia, rakyat diutamakan" satu apa? utama apa?.....!!

Tanpa Nama berkata...

ini politik umno punyalah.. asyik2 anak orang PAS aje yang dapat 20A.. mana boleh! Habis satu malaysia puji sekolah kelantan..! kah kah.. sekolah kerajaan tak de orang bijak macam kat kelantan... kih kih..

Tanpa Nama berkata...

aku ni cikgu, tapi aku x dapat terima alasan bodoh menteri pelajaran ni.kalau pelajar ambik lebih 10 subjek, mestilah dgn persetujuan mak bapak dia.lepas tu tentang tuisyen sudah tentu mak bapak dia dah ready bila izinkan anak dia ambik lebih 10 subjek.bulan pinjam duit muhyidin pun.biarla byk A jadi nampak la keberkesanan institusi pelajaran.boleh hasilkan pelajar bijak. biarlah anak2 malaysia ni cari ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan hidup dia. ni la padahnya bila fikir belajr untuk kerja bukan untuk cari ilmu Allah.Ya Allah, bg cepat2 PR jd kerajaan.Pandai skit nak handle pelajar2 cerdik.

Musafir Kelana berkata...

Assalamualaikum WBKT,

Saya khuatir kalau-kalau beberapa komentar di atas hanya sarat dengan hasad dengki dan kebencian tanpa melihat kepada isu secara objektif serta adil.

Bagi saya, walaupun cadangan ini kelihatan agak dangkal daripada seorang Timbalan Perdana Menteri yang memegang portfolio yg besar + penting - Portfolio Pelajaran - kita mesti melihat isu ini melalui beberapa sudut.

Saya fikir, antara kelebihan cadangan ini ialah akan berlaku kaedah pemberian biasiswa yang lebih adil kepada semua pihak. Kita sedar bahawa pelajar-pelajar bukan bumiputera terpaksa mengambil berbelas-belas subjek semata-mata mahu setara dengan rakan-rakan bumiputera yang hanya mengambil sembilan atau sepuluh subjek sahaja. Dengan cadangan ini, jurang antara kaum dapat dikecilkan kerana semua pelajar akan mempunyai peluang yang sama.

Tetapi masalah akan timbul bagi pelajar-pelajar aliran sains agama dan sesetengah aliran sains. Bagi pelajar-pelajar aliran sains agama, mereka perlu mengambil 12 subjek - BM, BI, Maths, Add Maths, Sejarah, Physics, Chemistry, Biology, EST, Bhs Arab Tinggi, Syariah dan Quran Sunnah. Jika cadangan ini dilaksanakan, adakah terdapat dua subjek yg bakal digugurkan daripada pakej ini? Ataupun akan berlaku pemansuhan subjek?

Bagi meletakkan pelajar di atas padang yang sama rata, saya fikir, pelajar-pelajar sepatutnya dibenarkan mengambil subjek SPM dalam lingkungan 9 ke 12 subjek sahaja, bukannya meletakkan constraint 10 subjek sahaja. Adil bagi pelajar semua aliran, adil bagi semua status pelajar.

Lagipun, apakah motif mengambil sampai berpuluh subjek jika pada akhirnya pelajar itu hanya akan menumpu kepada satu aliran sahaja? Lebih baik ia menumpukan perhatian kepada aliran yang berpotensi bagi dirinya daripada memperjudikan diri dengan berbelas atau berpuluh subjek SPM.

Alasan mengenai tuisyen merupakan alasan yg sangat cetek daripada seorg yg kita harapkan mampu membawa transformasi dalam pendidikan. Sungguh menyedihkan.

Sekadar pandangan seorang bakal pendidik dari London.

Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Budak Sekolah Agama ambil banyak subjek agama. Budak Cina aliran sains yang ambil Prinsip Akaun dan Bahasa Cina dah jadi 11 subjek. Macam mana tu. Jangan jadikan alasan mak bapak kena bayar duit tusyen, diorang sendiri yang sanggup bayar.

Tanpa Nama berkata...

Macam PPSMI. Keputusan tiada fikiran. Menteri Pelajaran wajar baca dan faham falsafah pendidikan negara. Tindakan ini bertentangan dengan Pelan Induk Pendidikan n Falsafah Pendidikan Negara.

Unknown berkata...

org nk p ke depan dia p ke belakang....anak2 org amno je la limit kan 10 subjek hehehe anak2 pakatan stakat 10 subjek x de hal hahahahah ksian la tgk org2 yg dlm tempurung nye sndiri....bengang la kan..sekolah buruk tah kt ceruk mana pon bole perform ...berkat x guna duit haram heheheh

Emir The VI berkata...

Isk3.. X patut wat camni... Itu kehendak pelajar. Kte x ley nak masuk campur dengan menghadkan jumlah mata pelajaran... Kalo 10 subjek, maknenya, tiada lagi budak sekolah agama. Tiada lagi budak teknik n tiada lagi budak maahad. Sekarang ni kalo nak biasiswa, paling koman pon 10A...

Alasannya, sebab ramai pnduduk kat sabah sarawak yg x mmpu... Jd, nape x hadkan je kat sabah n sarawak tu???

miee berkata...

bagaimana utk bdk aliran agama islam yg juga mengambil klas sains...ia sudah lbh 10...

Maaruf Mohamad berkata...

apa jadi dengan budak2 asal sekolah agama yang memang amik 13 subjek skrg.subjek apa pulak yang nak dibuang dr sekolah tu padahal yang tu memang dah jadi asas bagi sekolah agama.
cetek akal betul depa ni...haih

Tanpa Nama berkata...

hurm... sy sbnrnye sokong amek 10 subjek.. pasal.... bebudak sekola tak tensen sgt nanti, nak bersaing... akibat nak kejar A sgt, smpai sanggup amek 20 matapelajaran.. alih2 bukan semua dpt skor... lg merudum adela... baik kita amek sederhana.... tp keputusan canteek!

sy tau msti ramai marah ngan sy.... hehehehe

sabar.......... jgn marah dulu!!

tp.. msti ade pengecualian.. cthnye.. cikgu rasa budak ni leh amek 20 -30 mataplajaran.. bg je dia amek.. cikgu slalu tau tahap kecekapan n IQ student dia.. ini menjaminkan semua student dpt skor ngan exam dia..

sy ckp mcm ni pasai.. ms sy sekola dulu.. mmg average amek 10 subjek..(sy adalah BATCH PERTAMA yg pakai kiraan A, B, C...-SPM 2000) tp ade yg tak mampu, dia leh withdraw, ade amek 11, 12 n ade amek 9.. no offence from the school, hasilnya alhamdulillah rata2 dpt smbung study ke lebih tinggi.. mengikut interest masing2.... :)
janji subjek asas perlu diambil, termasuk yg ugama...

Tanpa Nama berkata...

hmm...dh memang dasar sekular mcm tu lg jugak, jgn bg budak agama pndai..nt lama2 budak2 ni makin ramai yg pandai..nt negara ada pemerintah cerdik pandai islam susuah puak2 nasionalis/sekular ni nt nk rembat duit rakyat!nk belajar agama cukup je belajar ilmu asas fardu ain tu je.jgn bg belajar feqah,tassawuf,hadis,tafsif...nt bila budak ni besar nt dia lawan kerajaan..klu budak ni tk belajar agama dalam2 senang cucuk idung nt..hehe.dah tu, lepas ni anak aku la pulak nk jd PM...kerajaan Be END suku sakat , sepupu sepapat je la..

dfario berkata...

Sekarang ini kita ke arah melahirkan ulama professional. Melahirkan insan yg hidup bercirikan ulama dlm masa yg sama seorang yg professional. Cita2 ini jelas akan lebih mudah dihalang dgn membuat sekatan diperingkat awal spt yg diputuskan dlm dasar pendidikan negara baru2 ini.

Pada pandangan saya, apa rasionalnya? Menurut TPM, guru2 boleh beri tumpuan kpd subject2 utama & ibu bapa tak perlu spend banyak wang utk tuisyen. Bukankah jika pelajar diberi peluang mengambil lebih banyak subject, secara tak langsung, ianya akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kpd guru2 yg mengajar subject2 lain tu. Soal biasiswa tak menjadi isu. Skg ni pun ramai budak2 kita sedang dibebani dgn hutang PTPTN jugak! Sebenarnya, lagi ramai org tahu ttg Islam, lagi susah mereka. Apatah lagi org yg tinggi pengetahuan Islam itu adalah seorang professional yg akan dikagumi masyarakat berbilang bangsa & agama.

Samy vellu pun dah sedar yg dasar ini akan menyekat pelajar2 India dari belajar subject berkaitan kaum India. Walaupun itu bukan sasaran mereka, tetapi pelajar India turut menjadi mangsa sekatan yg disasarkan terhadap usaha kebangkitan Islam di bumi Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

belum pernah lagi negara di dunia ini yang mengehadkan kepintaran rakyatnya tapi Malaysia yang dikatakan BOLEH ini buat kerana mempunyai Pelajaran Yang BODOH.... Aku ni pelajar SMKA... ambik 13 subjek... kalau aku ambik 10 je... aku nak jd ape? dah la 3 sbjek agama wajib ambik... baik xpayah jd menteri pelajaran kalau bodoh... ni la akibatnya bagi kat orang2 jahil memerintah...

Tanpa Nama berkata...

Nak bantah kena bantah sekarang, kalau tak jadi macam PPSMI, kita pulak yang dipersalahkan sebab tak bantah awal-awal.

Tanpa Nama berkata...

1hb.Jun 2009 menteri pelajaran istihar 4 subjek ters SPM tidak termasuk Pendidikan Islam.Bermakna pelajar tak wajib ambil Pendidikan Islam.Maka pelajar tak wajib belajar subjek Pendidikan Ugama Islam. Tak belajar ugamalah jenerasi selepas ini.Wajib belajar ugama masalah sosial semakin teruk.Apatah lagi kalau tak belajar ugama.Semakin teruk rosakalah masyarakt malaysia ni.Mereka ni bakal menjadi pemimpin. Jahanamlah malaysia ni.