05 Mei 2009

Surat Speaker Kepada Tuanku Sultan Perak

Kenyataan Media YB. V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 4 Mei 2009.

Surat Speaker Kepada Tuanku Sultan Perak

Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shan pada hari ini. Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan Dewan Negeri Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian. Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009.

Saya membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah. Kes Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato Seri Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan YAB Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah.

Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut. Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu.

YB. V.Sivakumar
Yang Dipertua Dewan
Negeri Perak Darul Ridzuan

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beta perkenankan.!.

Tanpa Nama berkata...

Saya tak fikir Sultan akan memperkenankan permohonan Speaker ini..kerana Tuanku Sultan sangat selesa dgn kerajaan negeri dibawah BN.

madkrie berkata...

Harap Sultan tak perkenankan.Barulah akan tercipta sejarah moden Perak pada 7 Mei Nanti.Pakat2 bawa handycam rakam gelagat geng2 Pekida mengganas.

Tanpa Nama berkata...

walau apapun, semoga PR akan terus berusaha kembalikan kuasa rakyat Perak.

Yong berkata...

Cuma satu Yong cukup jelas. Ameno memang benci Sivakumar. Deme kata PR bagi Hindu (speaker) perintah Perak. Teman balas, abih tu Ganesan (MIC) tu yang konon nak ganti speaker bukan Hindu ke? Ameno nak bangkitkan kemarahan orang Melayu dengan menjadikan bangsa dan agama Sivakumar sebagai isu. Tapi deme sendiri nak lantik seorang Hindu jugak. Kah kah kah. Ameno peninnnn.

Tanpa Nama berkata...

Tuan speaker kenapa perlu dapatkan tarikh lain. Semua press dah dibenarkan buat liputan dan mereka tak sabar dapatkan berita dari DUN Perak. Harap-harap semua dalam keadaan selamat.

Tanpa Nama berkata...

kita serahkan kepada kebijaksanaan Tuanku. Ampun Tuanku sembah patik harap diampun

Tanpa Nama berkata...

FIRMAN ALLAH TAALA DI DALAM AL-QURAN YG BERMAKSUD: KAMU ADALAH SEBAIK2UMMAH DITURUNKAN KEPADA MANUSIA,KAMU MENYERU MELAKUKAN KEBAIKAN,KAMU MELARANG MELAKUKAN KEJAHATAN, KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH...ampun Tuanku,patik pacar yg hina menyerahkan urusan ini kepada Tuanku moga Tuanku mempertimbangkannya dgn sewajar dan bijaksana agar keharmonian di Perak ini kembali semula. Ampun Tuanku

Tanpa Nama berkata...

diharap kerajaan Pakatan Rakyat memerintah kembali....


kembalikan hak rakyat...

bukan hak nasional....

Hidup....Hidup Rakyat....!!!!!

hapuskan kerajaan haram..... be-end!!!

Tanpa Nama berkata...

semoga Ir Nizar dikekalkan sebagai Menteri Besar Perak....!!!!!


kami tak mahu mb haram zombi...


dari penduduk tambun....

Tanpa Nama berkata...

Firman Allah SWT yg bermaksud, "Jangan kamu (wahai manusia) condong kepada orang-orang zalim, jika tidak (yakni kamu condong), kamu akan disambar oleh api neraka." Insya'Allah, Sultan Perak akan di beri hidayah untuk tidak condong kepada kerajaan yang zalim dan haram. Penangguhan sidang DUN akan di perkenankan... Allahu Akbar!!!!!
Ahmad afnan bin omar..

Tanpa Nama berkata...

sedarlah BN

Tanpa Nama berkata...

Cepat atau lambat, semuanya urusan Allah. Cuma apa yang perlu ialah kita tunggu hikmah disebalik kejadian ini. Kita harus berikhtiar mengikut kemampuan kita dan berdoa....yang selainnya kita serahkan pada Allah, TAKBIR!

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu hikmah disebalik peristiwa ini dengan usaha mengikut kemampuan diri sendiri dan berdoa. Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Yang baik semuanya datang dari Allah s.w.t dan yang tidak baik datang dari atas kelemahan kita sendiri. olehitu patik berharap Tuanku dapat membuat pertimbangan yang sebaik mungkin dan jangan dipengaruhi oleh atas kepentingan mana-mana pihak maupun peribadi.kembalikan hak kepada yang hak "RAKYAT PERAK"