03 Jun 2009

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh

Gambar dari Malaysiakini.

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini. Lapor Malaysia kini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya. Malaysiakini.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah akibat klu satu2 projek nak siap nk cepat...

ninja97 berkata...

memanglah runtuh.....dah x dapat berkat

anti korupsi berkata...

nasib baikla bumbung stadium tak runtuh masa tuanku rasmi hari tu..
idris jusoh bersiap sedia kerana Yb akan di kritik hebat nanti..

spyperak berkata...

Salam Semua.

Hari ini dikejutkan lagi berita terhadap industri pembinaan di negara kita.

Stadium tak sampai setahun runtuh.

Adakah kita tidak belajar dari isu-isu sebelum ini. Contohnya kecacatan bangunan kerajaan sebelum ini. Menurut kajian dilakukan, kecacatan bangunan berlaku dari pelbagai faktor tetapi yang paling diambilkira dari segi rekabentuk.

Saya enggan ulas lanjut sehingga mendapat berita yang sahih terhadap isu ini. Minta pihak yang mahir antaranya jurutera, arkitek, jurukur bangunan (penyelanggaraan)dan mereka yang pakar menilai mengikut kemahiran masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

atap tu sapa buat...masa atap tu dibuat adalah semasa zaman mat said...sebabnya bab2 atap ni kerja mat said....masa pilihanraya kecil Kuala Terengganu rakyat diberi atap percuma....tak tahu la sapa yang salah....mat indon kot...

Abdullah Ngah berkata...

Rakyat Terengganu tidak terkejut sedikit apabila dengar cerita bumbung satdium Sultan Mizan Gong Badak runtuh.

Mengapa? Walaupun stadium ini mahal harganya tapi tidak ikut spek kerana mahu cepat siap untuk digunakan Terengganu tuan rumah SUKMA.

Semasa perasmiannya dahulu bumbungnya didapati bocor, termasuk Sultan basah terkena air hujan.

Atas sebab bumbung bocorlah rakyat Terengganu tidak terkejut langsung, kerna memang wajar bumbung runtuh.

Inilah akibatnya apabila Idris Jusoh menteri besar yang tidak mendapat perkenan Istana.

Lebih lebih lagi beliau kejar kemewahan sehingga lupa spek pembinaan stadium yang mahal itu.

Beliau seolah olah tidak ambil kisah sangat dengan spek yang patut dititkberatkan agar dapat menjamin keselamatan nyawa rakyat yang hadiri menonton perlawanan bola sepak.

Yang panting bagi puak puka mereka keuntungan yang diperolehi daripada projek yang dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

kuasa tuhan semua tu...bodoh!

Tanpa Nama berkata...

alaaaa ape susah buat la stadium baru pulak,kerajaan umno kan banayk duit..setakat stadium ape la sangat!!!

Tanpa Nama berkata...

Aisey man itu hari hujan ada lebat, dia sudah hantamlah,hantamlah, itu pasal dia tarak tahan.
Itu hari juga sana angin monsun banyak kuat lah, itu pasal dia hantamlah-hantamlah, itu pasal dia tarak kuat.
Jadi ini sudah roboh lah. Apa mau bikin sudah kehendak alam lah.

man aina13 berkata...

Takziah,esok buat lagi.

masuksuku berkata...

salam yb.tragedi tu memang kuasa Tuhan sebab Tuhan dah tunjukkan cara yang betul menjalankan tugas walau siapa pun..masallahnya adalah lepas siasatan nanti takda siapa yang salah..biasalah kan..silap silap salahkan kontraktor..nak buat macam mana..contoh projek 100 juta sebenarnya cuma 10 juta je yang digunakan yang lain masuk poket kurang kurangpun poket 10 orang..daripada budak pejabat kalau nasib baik hingga ke menterinya..padan muka

Tanpa Nama berkata...

tu baru stadium yg runtuh...klau kerajaan BN YH RUNTUH...mcm agaknye

Tanpa Nama berkata...

Runtuhkan BN lak selepas ini!!!!!

abu muaz berkata...

Sebenarnya tak salah stadium tu runtuh, Aku ada baca perjanjiannya menyebut: bahawa sesungguhnya tempoh ketahanan bumbung stadium ini mengikut undang-undang pembinaan negara putumayam iaitu tempohnya adalah selama 15 bulan sahaja. Jika ia runtuh selepas 15 bulan ia sudah dikira termasuk didalam kos untuk membina kembali bumbung tersebut.Jika ia runtuh dan tiada kemalangan jiwa tiada boleh diambil sebarang tindakan undeng-undeng.Dan ia memang dibuat untuk runtuh.

bukan student engin berkata...

owh..macam tu rupanya..stadium berjuta dibuat untuk runtuh..laaa..baru tahu.

Tanpa Nama berkata...

macamana nak buat undi tak percaya kat ahmad said ogos ni. idris jusoh dah runtuhkan stadium. kansel dulula..nanti tunggu dulu ..

Kucing Parsi berkata...

Stadium ni diorang robohkan sebab nak bina loji reaktor nuklear yang baru...

kahakahakaha

Tanpa Nama berkata...

siapa yang patut dipersalahkan

noorra berkata...

contoh kenapa rasuah itu memberi kesan buruk dlm segala aspek kehidupan. Masa nak dpt tender pun rasuah, bila beli bahan pun mcm tu...bila siap adalah sebuah bangunan yg mudah rosak dan tidak berkualiti. Org yg dtg utk memeriksa pun dpt rasuah lalu luluslah bangunan itu. Jika projek pun diberi kepada yg bukan hak maka tiadalah keberkatan dr A-Z.

Fikir2kan lah wahai org yg mempertahankan Umno ni...

Tanpa Nama berkata...

siapa yang patut dipersalahkan

Tanpa Nama berkata...

buatan manusia..mmg xkekal